Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Guna telefon terlalu lama di tandas meningkatkan risiko buasir

    Guna telefon terlalu lama di tandas meningkatkan risiko buasir

    By Umi FatehahSeptember 22, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Guna telefon terlalu lama di tandas meningkatkan risiko buasir. - GAMBAR HIASAN RDNE/PEXELS

    KEBANYAKAN kita akan ke tandas setiap hari. Mereka yang sihat akan mempunyai rutin membuang air besar yang sihat. Sesetengah individu menjadikan masa itu sebagai spa mini, bilik bacaan dan ruang meditasi.

    Hari ini, buku dan majalah yang dibaca di dalam tandas diganti dengan telefon pintar. Kelakuan ini menyebabkan ramai duduk lebih lama daripada sepatutnya.

    Menurut laporan CNN, tabiat duduk terlalu lama di tandas kini menjadi isu kesihatan. Kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One mendapati semakin ramai orang mengalami masalah buasir apabila mereka membawa telefon pintar ke tandas.

    Buasir ialah sekumpulan salur darah di dalam rektum atau di sekitar dubur yang boleh membengkak apabila ada tekanan berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan kegatalan, ketidakselesaan, rasa sakit dan pendarahan.

    Kenapa duduk di tandas terlalu lama menyebabkan buasir?

    Dalam kajian itu, 125 orang dewasa yang menjalani kolonoskopi saringan diminta menjawab soal selidik tentang tabiat mereka di tandas termasuk sama ada mereka menggunakan telefon pintar. 

    Soal selidik itu bertanya tentang tabiat meneran, pengambilan serat dan rutin senaman. Kesemua itu merupakan faktor yang mempengaruhi risiko buasir.

    Hasilnya, 66 peratus responden mengaku kerap menggunakan telefon pintar di tandas. Mereka yang membawa telefon menghabiskan masa lebih lama duduk di mangkuk tandas berbanding mereka yang meninggalkan telefon di luar. Lebih separuh menggunakannya untuk membaca berita, manakala 44 peratus melayari media sosial.

    Kajian mendapati penggunaan telefon pintar di tandas meningkatkan risiko buasir sebanyak 46 peratus. Malah, 37 peratus pengguna telefon menghabiskan lebih lima minit di tandas berbanding hanya tujuh peratus bagi mereka yang tidak membawa telefon.

    Buasir sering dikaitkan dengan duduk terlalu lama tetapi risikonya meningkat apabila duduk terlalu lama di mangkuk tandas. 

    Kedudukan duduk di atas mangkuk menyebabkan tekanan pada bahagian rektum kerana tiada sokongan lantai pelvik. Lama-kelamaan, tekanan ini menyebabkan darah berkumpul di bahagian tersebut, lalu mencetuskan bengkak buasir.

    Selain itu, kedudukan badan ketika menunduk melihat telefon juga boleh menambah risiko. Pakar Bedah Kolorektal dari Holy Name Medical Center, Dr. Hima Ghanta menjelaskan bahawa kedudukan mencangkung sebenarnya lebih baik untuk proses membuang air besar.

    “Masyarakat dahulu yang mencangkung jarang mengalami masalah ini. Tetapi kini kita duduk terlalu lama dengan posisi badan yang kurang sesuai dan ini menjadi faktor penyumbang kepada buasir,” katanya.

    Kes buasir meningkat dalam kalangan anak muda

    Walaupun kajian ini melibatkan mereka berusia 45 tahun ke atas, pakar kesihatan yakin keputusan ini juga relevan untuk golongan muda malah mungkin lebih ketara kerana mereka hampir sentiasa membawa telefon ke mana-mana.

    Pakar Gastroenterologi di New Jersey, Dr. Sandhya Shukla berkata dilaporkan berkata beliau semakin kerap melihat pesakit muda datang dengan masalah buasir. Faktor lain seperti kurang serat dan obesiti turut menyumbang tetapi tabiat bermain telefon terlalu lama di tandas jelas menjadi salah satu punca utama.

    Cara kurangkan risiko buasir

    Laporan itu menyatakan penyelesaiannya mudah – jangan bawa telefon ke tandas. Namun, kita tahu itu bukan senang, lebih-lebih lagi bila tandas jadi satu-satunya tempat untuk lari sementara daripada dunia luar. Jadi, berikut beberapa cara praktikal yang boleh anda cuba untuk jaga kesihatan usus dan elak buasir.

    1. Hadkan masa duduk di tandas

    Cuba jangan duduk lebih daripada 10 minit. Masa ideal ialah sekitar tiga hingga lima minit sahaja. 

    Lebih lama daripada itu hanya menambah tekanan pada kawasan rektum. Anda boleh pasang penjaga masa di telefon sebagai peringatan atau tetapkan peraturan mudah seperti hanya dua video TikTok atau satu thread X sebelum keluar.

    1. Tingkatkan pengambilan serat dan air

    Masalah buasir sering dikaitkan dengan sembelit. Jadi pastikan pemakanan terdiri daripada kandungan serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh yang mencukupi. Minum air secukupnya setiap hari supaya najis tidak terlalu keras dan mudah dikeluarkan.

    1. Gunakan kedudukan mencangkung atau ‘squatty potty’

    Kedudukan mencangkung meluruskan saluran rektum dan menjadikan proses membuang air besar lebih lancar. Jika tandas duduk tidak membolehkan anda mencangkung, letakkan bangku kecil untuk alas kaki supaya badan condong ke hadapan dan seakan-akan posisi mencangkung.

    1. Jangan tahan bila perlu

    Apabila terasa ingin membuang air besar, pergi ke tandas dengan segera. Menahan terlalu lama boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras dan perlu meneran dengan kuat, sekali gus meningkatkan risiko buasir.

    1. Kekalkan berat badan sihat dan aktif bergerak

    Berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan pada kawasan pelvis. Senaman berkala, walaupun hanya berjalan 30 minit sehari, membantu sistem pencernaan bergerak lancar.

    1. Elakkan membaca atau skrol telefon terlalu lama

    Jika mahu membaca, pilih artikel atau berita pendek sahaja. Tujuannya bukan untuk menjadikan tandas tempat bersantai tetapi sekadar membantu fokus untuk menyelesaikan “urusan”. – RELEVAN

    Previous ArticleAkses kepada pendidikan seimbang cabaran Malaysia – Kajian Ipsos
    Next Article Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.