Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

    Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

    By Umi FatehahSeptember 19, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan

    KEBANYAKAN kita diajar untuk menyimpan wang dalam akaun simpanan, melabur dalam unit amanah, saham atau membeli hartanah. Tetapi semakin ramai yang menimbang pelaburan alternatif termasuk menyimpan barangan mewah. 

    Menurut Forbes, beg tangan mewah, jam tangan eksklusif atau lukisan daripada karyawan ternama kini bukan sekadar simbol status sosial tetapi aset yang boleh memberi pulangan lumayan pada masa hadapan.

    Fenomena ini lebih ketara dalam kalangan golongan muda berpendapatan tinggi yang mahukan sesuatu yang lebih unik berbanding pelaburan tradisional. Mereka mencari aset yang bukan sahaja boleh meningkat nilai tetapi boleh dinikmati dalam kehidupan seharian – dipakai, dipamerkan atau dijadikan warisan keluarga. 

    Pelaburan dalam bentuk barangan mewah

    Ketika ketidaktentuan ekonomi, inflasi dan turun naik pasaran saham, barangan mewah dilihat dapat mempelbagaikan portfolio dan melindungi nilai wang daripada mengalami penyusutan.

    Namun, menjadikan barangan mewah sebagai pelaburan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru. Tidak semua beg, jam atau lukisan akan meningkat nilai. Ada yang susut harga dengan cepat apabila trend berubah. 

    Justeru, memahami mengapa barangan tertentu mempunyai nilai jual semula yang tinggi dan bagaimana memilih yang betul adalah kunci untuk menjadikannya pelaburan yang bijak.

    Jam tangan jenama eksklusif

    Pasaran jam tangan eksklusif telah mencatatkan pertumbuhan yang ketara sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Menurut Grandview Research, pasaran global jam tangan mewah kini bernilai kira-kira $42 bilion (RM197 bilion). 

    Pertumbuhan ini dipacu kecenderungan orang ramai menggunakan jam tangan mewah sebagai simbol status dan pengaruh media sosial melalui perkongsian selebriti terkenal. 

    Rolex, salah satu jenama jam tangan mewah paling dikenali di dunia telah mencatatkan kenaikan harga yang ketara dalam tempoh lima tahun lepas. 

    Indeks Rolex WatchCharts yang terdiri daripada 30 model teratas jenama tersebut, meningkat hampir 70 peratus antara Mac 2020 hingga Mac 2022. Namun, purata harga telah menurun sekitar 30 peratus, daripada $30,300 (RM142,000) kepada $21,300 (RM100,000). 

    Walaupun purata jam Rolex masih dijual sekitar 20 peratus lebih tinggi daripada harga runcit asalnya, beberapa pemerhati industri percaya harga pasaran sekunder masih berpotensi untuk terus menurun.

    Bagi memastikan jam mempunyai nilai jual semula yang baik, penting untuk memilih model yang mempunyai sejarah permintaan tinggi seperti Rolex Submariner atau Daytona. 

    Keadaan jam, kelengkapan asal seperti kotak dan sijil ketulenan serta sejarah servis akan memberi kesan besar pada harga pasaran. 

    Pasaran jam tangan mewah pra-milik kini berkembang pesat sehingga ada pembeli yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan jam yang sudah tidak dikeluarkan.

    Beg tangan jenama mewah

    Beg Hermès Birkin dan Kelly dianggap sebagai penanda aras utama dalam dunia beg tangan mewah wanita. 

    Harga di pasaran sekunder sering kali dijual sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding harga runcit, menjadikannya pelaburan yang sangat menarik. Pelabur beg tangan yang serius hampir pasti akan memiliki sekurang-kurangnya satu Birkin atau Kelly dalam koleksi mereka.

    Bekalan yang terhad dan pengiktirafan jenama di seluruh dunia menjadikan beg Birkin dan Kelly sangat diidamkan. 

    Tidak seperti jenama mewah lain, seseorang tidak boleh masuk ke butik Hermès dan membeli beg Birkin. Isunya bukan pada kemampuan membeli tetapi kerana beg ini tidak dijual sewenang-wenangnya.

    Ia dijual melalui sistem peruntukan. Peruntukan ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pembelian keseluruhan, tahap kesetiaan kepada jenama serta hubungan pembeli dengan jurujual dan butik tertentu.

    Disebabkan bekalan terhad dan permintaan tinggi, harga sesetengah beg tangan ini hampir tidak pernah turun dengan ketara di pasaran sekunder.

    Untuk mengenal pasti beg tangan yang berpotensi tinggi sebagai pelaburan, perhatikan model yang ikonik, warna klasik dan material premium seperti kulit eksotik. Beg yang dijaga dengan baik, lengkap dengan kotak asal, resit dan dust bag biasanya dijual semula dengan harga lebih tinggi. 

    Ada sesetengah model Birkin yang nilainya meningkat sehingga mengalahkan pulangan pelaburan saham dalam tempoh 10 tahun.

    Ilmu, sabar dan penjagaan adalah kunci

    Melabur dalam pasaran beg tangan dan jam jenama mewah bukan perkara yang boleh dibuat secara tergesa-gesa. Ia memerlukan penyelidikan, pemahaman tentang trend pasaran dan kesanggupan menjaga barangan tersebut dengan rapi. 

    Penyimpanan yang betul seperti memastikan beg tangan tidak lembap dan jam diservis secara berkala boleh memastikan nilainya tidak merosot.

    Walaupun memerlukan modal yang agak besar, menyimpan kekayaan dalam bentuk barangan mewah boleh menjadi strategi yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Ia bukan sahaja memberi kepuasan estetik tetapi juga berpotensi menjadi aset yang boleh diwariskan atau dijual pada harga lebih tinggi di masa hadapan. – RELEVAN

    Previous ArticleRealiti badan kurus yang ramai tidak tahu
    Next Article 4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.