Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya ketagihan permainan dalam talian
    • 5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda
    • Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya
    • Rahsia turun berat badan dengan brisk walk
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025

      Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

      November 10, 2025

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

    4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 19, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kerja sambilan fleksibel, peluang tambah pendapatan dan pengalaman. GAMBAR HIASAN CANVA

    RAMAI pelajar hari ini melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan harian selain menimba pengalaman. Bagaimanapun, ia tetap menjadi cabaran untuk mencari pekerjaan yang tidak bercanggah dengan waktu pembelajaran dan tetap memberi pulangan memuaskan.

    Sebenarnya, banyak pilihan kerja fleksibel yang boleh dicuba mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Berikut empat pekerjaan sambilan yang sesuai untuk pelajar yang ada masa lapang selain mencari wang tambahan.

    1. Jurugambar bebas

    Anggaran bayaran : RM150 – RM500

    Pekerjaan ini sesuai bagi mereka yang suka mengambil gambar atau berkecimpung dalam bidang fotografi. Selain pendapatan agak lumayan, musim konvokesyen dan perkahwinan yang kini hampir tidak bermusim meningkatkan permintaan terhadap khidmat jurugambar.

    Bagi pelajar jurusan fotografi, kerja sambilan sebagai jurugambar bebas pada hujung minggu atau cuti semester menyediakan peluang emas untuk mengasah kemahiran dan mengumpul portfolio.

    2. Kru program atau acara

    Anggaran bayaran: RM100 – RM250 untuk sehari

    Setiap tahun, khususnya pada musim cuti, pasti akan ada pihak penganjur yang mengadakan konsert atau festival. Acara berskala besar biasanya memerlukan ramai tenaga kerja, sekali gus membuka peluang untuk bekerja sebagai kru acara dengan tugas seperti menguruskan tetamu serta membantu di belakang tabir.

    Selain memperoleh duit poket, anda berpeluang menikmati persembahan dan bertemu secara dekat dengan selebriti atau figura kegemaran secara percuma. Untuk mencari peluang kerja sebegini, ikuti laman media sosial atau laman web rasmi pihak penganjur.

    3. Pekerja katering

    Anggaran bayaran: RM100 – RM150

    Syarikat katering sering memerlukan tenaga kerja tambahan untuk acara besar seperti majlis perkahwinan atau jamuan khususnya ketika musim perayaan. Tugas katering biasanya melibatkan penyediaan makanan, menghidang makanan kepada tetamu, mengemas peralatan serta memastikan kelancaran perjalanan majlis. Jika berminat, anda boleh terus menghubungi pengurus syarikat katering terpilih.

    4. Jurusolek

    Anggaran bayaran: RM100 – RM200 setiap pelanggan

    Selalunya pekerjaan sebagai jurusolek lebih popular dalam kalangan wanita. Jika anda mahir bersolek, bakat tersebut boleh dijadikan sumber pendapatan. Mulakan dengan menawarkan khidmat solekan kepada rakan atau keluarga ketika majlis istimewa pada harga berpatutan atau secara percuma bagi mendapatkan testimoni. Sama seperti jurugambar, jurusolek juga mendapat lebih banyak permintaan pada musim tertentu seperti musim konvokesyen dan majlis perkahwinan.

    Gunakan bakat sama ada sebagai sumber pendapatan sampingan atau sebagai persediaan masa depan. Hobi seperti fotografi , solekan atau memasak boleh menjadi peluang besar jika dikembangkan. Selain membantu menampung kos kehidupan seharian, kerja sambilan juga boleh menjadi batu loncatan ke arah kerjaya profesional.

    Lebih daripada memperoleh duit lebihan, pengalaman ini membina keyakinan diri , menambah kemahiran baharu dan kenalan. Semua ini memberi nilai tambah yang berharga serta mampu memberi manfaat jangka panjang dalam kehidupan anda. -RELEVAN

    featured kerja sambilan

    Artikel berkaitan

    Bahaya ketagihan permainan dalam talian

    November 12, 2025

    5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

    November 12, 2025

    Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

    November 12, 2025

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025
    Artikel Terkini

    Bahaya ketagihan permainan dalam talian

    November 12, 2025

    5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

    November 12, 2025

    Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

    November 12, 2025

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.