Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

    Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

    By Umi FatehahSeptember 17, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja. - ILUSTRASI OLEH SHAH HASSAN

    KETIKA Tanah Melayu dijajah Jepun semasa Perang Dunia Kedua, kebanyakan rakyat hidup dalam ketakutan. Namun, dalam suasana penuh penderitaan itu, muncul seorang wanita bernama Sybil Kathigasu yang sanggup pertaruhkan nyawanya demi membantu pejuang tanah air. 

    Beliau bukan sahaja dikenang sebagai seorang jururawat tetapi juga sebagai simbol keberanian dan ketabahan seorang wanita.

    Dari klinik kecil ke pekan Papan

    Sybil bersama suaminya, Dr. Abdon Clement Kathigasu, pada asalnya menguruskan sebuah klinik kecil di Ipoh, Perak. Klinik itu menjadi tempat masyarakat setempat mendapatkan rawatan. 

    Namun, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941, kehidupan mereka berubah. Untuk terus hidup dan berkhidmat, keluarga ini berpindah ke pekan kecil bernama Papan.

    Di Papan, Sybil dan keluarganya menetap di sebuah rumah bernombor 74. Walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan, Sybil tetap menggunakan ilmunya sebagai jururawat untuk merawat orang sakit. Suaminya pula dihormati oleh masyarakat Cina tempatan sehingga digelar dengan nama Hakka, You Loy-De, bermaksud doktor yang boleh dipercayai.

    Membantu secara senyap

    Walaupun dalam keadaan bahaya, Sybil tidak duduk diam. Setiap hari, beliau akan mendengar siaran berita dari BBC secara rahsia untuk mengetahui perkembangan peperangan. 

    Disebabkan beliau fasih berbahasa Kantonis, Sybil dapat berhubung dengan masyarakat Cina dan menyokong pasukan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).

    Dengan penuh keberanian, Sybil membekalkan ubat-ubatan, rawatan perubatan serta maklumat penting kepada pihak MPAJA. Tindakan ini amat berisiko kerana jika tertangkap, nyawanya boleh melayang. 

    Namun, Sybil percaya bahawa membantu mereka adalah satu bentuk perjuangan menentang kezaliman penjajah.

    Penderitaan dalam tangan Jepun

    Malangnya, pada 1943, tentera Jepun berjaya menghidu tindakannya. Sybil, suami dan anak-anaknya ditangkap oleh Kempeitai (polis tentera Jepun). Mereka diseksa dengan kejam untuk memaksa Sybil membocorkan maklumat mengenai pergerakan pejuang MPAJA.

    Ketika itu, Sybil hanya mampu menangis melihat keluarganya diseksa di depan mata. Namun, walaupun menerima penderitaan fizikal dan mental yang amat perit, beliau tetap teguh. Sybil tidak pernah mengalah atau mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak Jepun. Keberaniannya ini menunjukkan semangat juang yang luar biasa.

    Anugerah dan akhir hayat

    Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Sybil dibawa ke Britain untuk mendapatkan rawatan akibat kesan seksaan yang dialaminya. Walaupun tubuhnya lemah, semangat juangnya tetap hidup.

    Pada 12 Jun 1948, Sybil menerima Pingat George, sebuah anugerah keberanian tertinggi dari Britain. Anugerah tersebut menjadikannya satu-satunya wanita dari Tanah Melayu yang pernah menerima penghargaan itu. 

    Namun, beberapa bulan selepas itu, Sybil meninggal dunia pada usia 49 tahun akibat kesan penderitaan yang ditanggungnya semasa dalam penjara.

    Sybil Kathigasu membuktikan bahawa seorang wanita biasa mampu melakukan perkara yang luar biasa apabila keberanian dan rasa tanggungjawab mengatasi ketakutan. Beliau selayaknya dikenang sebagai wira yang memberi inspirasi kepada generasi muda hari ini.

    Soalan renungan untuk pelajar

    1. Jika berada di tempat Sybil, adakah anda sanggup pertaruhkan nyawa demi orang lain?
    2. Bagaimana ilmu yang anda pelajari sekarang boleh digunakan untuk membantu masyarakat pada masa hadapan?
    3. Apakah nilai utama yang anda boleh teladani daripada keberanian Sybil Kathigasu?

      – RELEVAN

    featured pendidikan Utusan Pelajar

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.