Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    By Umi FatehahSeptember 12, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TREND menggunakan ‘pen kurus’ seperti Ozempic atau semaglutide semakin popular di seluruh dunia, terutamanya selepas ramai selebriti dan pempengaruh berkongsi hasil penurunan berat badan yang drastik.

    Namun, kajian diterbitkan Journal of the American Medical Association (JAMA) mengesahkan penggunaan ubat ini boleh mendatangkan risiko tertentu khususnya bagi mereka yang menggunakannya semata-mata untuk kurus tanpa masalah kesihatan seperti diabetes.

    Apa itu GLP-1 Receptor Agonists?

    Pen kurus seperti Ozempic (semaglutide) dan Saxenda (liraglutide) tergolong dalam kumpulan ubat GLP-1 receptor agonists.

    Pada asalnya, ubat ini direka untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal paras gula dalam darah. Mekanisme ubat ini melambatkan pengosongan perut, meningkatkan rasa kenyang dan menurunkan selera makan. Kesan sampingan tersebut menjadikannya popular sebagai jalan pintas untuk kurus.

    Penemuan kajian JAMA

    Kajian tersebut merekodkan ribuan pesakit yang menggunakan GLP-1 untuk penurunan berat badan. Mereka mendapati ubat-ubat ini mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko pada sistem pencernaan berbanding ubat lain seperti bupropion-naltrexone.

    Antara risiko yang dikesan termasuk:

    • Gastroparesis (perut lambat kosong) – menyebabkan rasa cepat kenyang, loya dan muntah berulang.
    • Obstruksi usus – keadaan serius yang menyebabkan sakit perut teruk dan boleh memerlukan pembedahan.
    • Pankreatitis – radang pankreas yang boleh membawa komplikasi berbahaya jika tidak dirawat segera.

    Walaupun risiko ini dianggap jarang, kajian itu menekankan kepentingan menilai keseimbangan manfaat dan risiko terutama bagi mereka yang tidak mempunyai obesiti teruk atau diabetes sebelum menggunakan ‘pen kurus’ ini.

    BMI normal tidak sesuai ambil ‘pen kurus’

    Laporan JAMA menyatakan kurang keyakinan tentang bentuk badan bukan hanya dialami oleh individu yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi mereka yang sememangnya sudah kurus namun merasakan diri belum cukup langsing.

    Tekanan itu menyebabkan segelintir individu dengan BMI normal mengambil pen kurus semata-mata mahu memenuhi standard kecantikan yang tidak realistik.

    Utusan Malaysia sebelum ini memetik Ahli Farmasi dan Pensyarah Farmasi Klinikal, Fakulti Farmasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Ahmad Kamal Ariffin Abdul Jamil RPh yang berkata, penggunaan Ozempic dan Saxenda oleh individu sihat tidak wajar dan boleh membawa risiko kesihatan serius.

    “Tindakan mahu cepat kurus boleh menyebabkan malnutrisi, ubat-ubatan ini bukan untuk orang yang sihat dan BMI normal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

    Kesan buruk ambil tanpa preskripsi

    Penggunaan pen kurus tanpa pemantauan doktor boleh mendatangkan risiko kesihatan yang serius.

    Ubat seperti semaglutide dan liraglutide mengubah cara badan mengawal gula dalam darah serta mengurangkan selera makan. Kesan ini mungkin membantu menurunkan berat badan tetapi apabila diambil tanpa nasihat perubatan, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

    Ramai pengguna melaporkan mengalami loya, muntah berpanjangan, cirit-birit atau sembelit. Ada yang mengalami gastroparesis iaitu perut menjadi lambat mengosongkan makanan, menyebabkan rasa penuh, sakit perut dan ketidakselesaan yang berpanjangan.

    Dalam kes tertentu, ada laporan tentang halangan usus yang memerlukan rawatan kecemasan.

    Selain kesan sampingan, isu kesesuaian ubat perlu dipertimbangkan. Individu yang mempunyai sejarah masalah pankreas, batu karang atau penyakit hati berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa jika ubat ini diambil tanpa kebenaran doktor.

    Tanpa penilaian doktor, seseorang mungkin tidak menyedari mereka termasuk dalam kumpulan berisiko, menjadikan pengambilan ubat ini lebih berbahaya.

    Penggunaan berpanjangan tanpa kawalan juga boleh menimbulkan ketergantungan psikologi. Ada pengguna yang mula percaya bahawa satu-satunya cara untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan ialah melalui suntikan ini.

    Apabila penggunaan dihentikan, berat badan mungkin naik semula dengan cepat dan mendorong mereka untuk kembali menggunakan ubat tersebut. Jadi, ia akan mewujudkan satu kitaran yang tidak sihat serta mahal dalam jangka masa panjang.

    Pakar perubatan menegaskan bahawa suntikan ini bukan pengganti gaya hidup sihat. Tanpa perubahan pemakanan dan rutin aktiviti fizikal yang konsisten, penurunan berat badan mungkin hanya bersifat sementara.

    Ii boleh membuatkan seseorang individu kecewa, berasa gagal dan seterusnya terjebak dalam kitaran percubaan ubat atau suplemen lain yang lebih berisiko.

    Kuruskan badan secara sihat

    Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak mempunyai masalah kesihatan serius, pilihan paling selamat masih diet seimbang, kawalan kalori dan aktiviti fizikal konsisten.

    Sokongan pakar diet dan ahli psikologi boleh membantu menangani isu emosi atau corak pemakanan tidak sihat yang mungkin menjadi punca berat badan berlebihan. Elakkan untuk terus mengambil jalan pintas semata-mata untuk kurus.

    Menjaga pemakanan seimbang dan mengamalkan senaman secara konsisten memang memerlukan masa, disiplin dan komitmen yang berterusan tetapi ia cara yang lebih sihat dan selamat.

    Pendekatan lebih sihat itu bukan sahaja membantu menurunkan berat badan secara beransur-ansur malah memberi kesan positif jangka panjang kepada kesihatan fizikal dan mental berbanding bergantung sepenuhnya kepada pen kurus. – RELEVAN

    Previous Article‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    Next Article Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.