Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    By Umi FatehahSeptember 11, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    PEMINAT sanggup beratur panjang, tunggu berjam-jam dan ada sanggup untuk bermalam di kaki lima hanya untuk menjadi pembeli terawal patung Labubu, Crybaby dan figura comel lain. Kepada peminat tegar ini, setiap patung yang berjaya dibeli, tidak kira cara mana sekalipun memberi kepuasan tidak terhingga. 

    Namun, di sebalik keterujaan ini, timbul persoalan pandangan Islam terhadap hobi mengumpul figura berbentuk makhluk bernyawa? Adakah ia dibenarkan atau wajar dibatasi supaya tidak menjejaskan akidah seseorang?

    Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, dalam Islam, asas hukum berkaitan patung berteraskan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: 

    لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

    Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.

    Tambahnya, hadis ini menjadi dalil utama larangan menyimpan patung makhluk bernyawa kerana menyerupai ciptaan Allah. 

    Kelonggaran untuk kanak-kanak

    Namun, para ulama memberi kelonggaran dalam konteks kanak-kanak bermain bersama anak patung atas dasar pendidikan dan hiburan buat mereka.

    Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:

    كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى

    Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda SAW menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.

    Hadis riwayat al-Bukhari: (6130)

    Hukum untuk orang dewasa

    Mohd Sukki berkata, bagi orang dewasa, hukum menyimpan patung untuk hobi atau hiasan rumah adalah tidak dibenarkan. 

    Jika bentuk figura itu menyerupai makhluk hidup secara sempurna, ulama bersepakat bahawa ia tidak wajar dijadikan perhiasan. Lebih-lebih lagi jika ia diletakkan di ruang tamu atau bilik solat kerana rumah yang dihiasi patung boleh menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk.

    “Sekiranya figura tersebut hanyalah rekaan kartun atau tidak sempurna sifatnya, sebahagian ulama membenarkan kerana ia tidak lagi menyerupai ciptaan Allah dengan tepat.

    “Ada juga anak muda yang menggantung figura kecil pada beg sebagai aksesori fesyen. Dari sudut syarak, jika rekaannya sekadar berbentuk fantasi yang tidak lengkap, ia harus. 

    “Tetapi jika menyerupai makhluk bernyawa secara sempurna, lebih baik dielakkan kerana ia tidak dibenarkan. Islam mengajar agar umatnya berhati-hati dalam perkara yang boleh mendatangkan fitnah,” katanya kepada Relevan. 

    Pembelian figura dalam blind box

    Fenomena blind box menjadi daya tarikan utama peminat patung koleksi. Namun, dari sudut fiqh, ia menimbulkan persoalan kerana pembeli tidak tahu karakter atau warna yang mereka akan dapat sehingga kotak dibuka.

    “Dalam fiqh muamalat, ketidakpastian dalam jual beli disebut gharar. Gharar merujuk kepada ketidakpastian atau risiko yang tidak perlu dalam sesuatu transaksi dan ia dilarang dalam Islam kerana boleh membawa kepada penipuan atau ketidakadilan. 

    “Dalam konteks pembelian anak patung Labubu dan sebagainya, pembeli tidak tahu apa yang mereka beli secara tepat dan boleh membawa kepada gharar,” katanya.

    Sabda Rasulullah SAW:

    أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ، وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang jual beli al-hashah(melempar batu) dan jual beli gharar(ketidakjelasan).”

    Riwayat Muslim (1513)

    Hobi yang mendorong pembaziran

    Mohd. Sukki juga berkata, sikap sesetengah individu yang sanggup berbelanja besar hingga ribuan ringgit demi koleksi patung ini wajar diperhalusi. 

    “Islam melarang pembaziran harta benda (israf) yang boleh berlaku jika seseorang menghabiskan wang untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat yang jelas. Dalam mengumpul patung atau barangan koleksi, kita perlu memastikan bahawa ia tidak membawa kepada pembaziran yang tidak perlu.

    “Membeli patung dengan tujuan untuk memenuhi hobi yang sihat adalah dibenarkan tetapi jika ia menyebabkan seseorang berbelanja lebih daripada kemampuan atau menjejaskan kewangan peribadi, ia sudah dianggap sebagai pembaziran,” katanya. 

    Selain itu, Mohd. Sukki menasihatkan umat Islam untuk berhati-hati jika figura yang dikumpul mempunyai unsur syirik, mistik atau simbol budaya yang bercanggah dengan akidah. 

    Jika patung itu diilhamkan daripada mitos yang boleh merosakkan kepercayaan, seorang Muslim wajib menjauhinya.

    Kesimpulannya, minat mengumpul figura moden boleh dianggap harus dengan batas tertentu. Ia menjadi masalah apabila melibatkan patung sempurna yang menyerupai makhluk hidup, diletakkan di ruang solat, melalaikan daripada tanggungjawab agama, membawa kepada pembaziran atau terlibat dengan unsur syirik. 

    Hobi ini sepatutnya kekal sebagai hiburan sampingan, bukan kegilaan atau menjadi tunjang kehidupan sehingga menjejaskan aqidah, pegangan agama dan status kewangan seseorang. – RELEVAN

    blind box featured gharar islam labubu pendidikan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.