Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 10, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri. GAMBAR HIASAN CANVA

    TARIKH 10 September bukan hanya angka dalam kalendar tahunan. Ia juga mungkin tidak menjadi perbualan sehangat 14 Februari, Hari Memperingati Kekasih atau peringkat negara 31 Ogos.

    10 September lebih dikaitkan dengan riben kuning – simbol solidariti seluruh dunia bahawa setiap nyawa wajar dipelihara dan mengatakan tidak kepada bunuh diri. 

    Menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 700,000 kematian akibat bunuh diri direkodkan di seluruh dunia, dengan purata satu nyawa hilang setiap 40 saat. 

    Di Malaysia, perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 1,087 kes bunuh diri dilaporkan pada tahun 2023, meningkat berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.

    Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, pengasas platform kesihatan mental Train Talks, Zarith Sofea Mohd Syaifulzafni atau lebih mesra dikenali sebagai Sofea, berkongsi panduan untuk membantu orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai isu berkenaan. 

    Menurutnya, setiap individu harus lebih peka terhadap tanda-tanda yang mungkin menunjukkan seseorang sedang terbeban dengan tekanan emosi.

    Tanda-tanda amaran boleh dilihat melalui perubahan tingkah laku, emosi dan kelakuan mereka di alam maya:

    Perubahan tingkah laku yang perlu diberi perhatian
    1. Memencilkan diri dari rakan dan keluarga
    2. Mengasingkan diri dari aktiviti biasa yang mereka nikmati atau membatalkan rancangan masa depan
    3. Peningkatan risiko pengambilan risiko (pemanduan berbahaya, penggunaan bahan terlarang)
    4. Perubahan tiba-tiba dalam pola tidur
    5. Perubahan mendadak dalam persona atau minat dalam talian mereka
    Petanda dari segi emosi 

    ‘Mood Swing’ atau perubahan perasaan

    • Dari “saya baik-baik saja” kepada gangguan jiwa dalam masa singkat
    • Semua adalah tentang hebat atau teruk, tiada perbezaan antaranya

    Corak emosi pada era digital

    • Membandingkan diri dengan kehidupan orang lain di media sosial
    • Cemas apabila telefon kehabisan bateri atau internet

    ‘Anxiety’ atau perasaan gelisah

    • Sentiasa rasa putus asa
    • Takut tidak mampu mencapai sasaran hidup

    Kecelaruan identiti 

    • ‘Imposter Syndrome’
    • Krisis identiti akibat perbandingan yang keterlaluan di media sosial
    Isyarat dari segi digital dan sosial

    Perubahan tingkah laku di media sosial

    • Terkenal dengan hantaran di media sosial yang sentiasa ceria, bertukar mendadak kepada kandungan yang gelap dan negatif

    Perubahan pada cara berkomunikasi

    • Menjauhi daripada group chat atau ‘kumpulan sembang’ tanpa penjelasan
    • Menghantar mesej audio yang kedengaran mendatar atau tiada emosi

    Perubahan pada profil di media sosial

    • Perubahan ‘bio’ atau biografi di media sosial tentang kematian, kekosongan, atau perasaan menyerah
    • Mengikuti akaun yang berkaitan dengan kandungan negatif seperti melukai atau bunuh diri

    Corak carian di internet

    • Carian di internet tentang kaedah bunuh diri atau ‘cara mati yang tidak menyakitkan’
    • Carian mengenai cara menulis surat selamat tinggal

    Pembersihan jejak digital

    • Nyah aktif akaun di media sosial
    • Menghapus semua hantaran di platform media sosial

    Petunjuk kecil pada sikap, emosi atau cara seseorang berinteraksi di media sosial mungkin kelihatan biasa. Namun ia boleh menjadi isyarat awal dan tidak boleh dipandang ringan.

    Kepekaan kita boleh menjadi penyelamat kepada mereka kerana sokongan paling bererti sering lahir daripada perhatian kecil yang ikhlas. Mari kita sama-sama membantu untuk membantu menyelamatkan orang lain dan mencegah insiden bunuh diri. -RELEVAN

    Previous ArticleRajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri
    Next Article Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.