Facebook Twitter
    Trending
    • Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu
    • Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026
    • Kerjaya

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

    RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

    By Umi FatehahJuly 31, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat. - GAMBAR SHIDDIEQIIN ZON

    RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pembangunan yang adil dan menyeluruh perlu dicapai dengan kerjasama semua pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat agar tiada golongan yang tercicir dalam arus kemajuan.

    “Perkhidmatan kesihatan kekal sebagai antara sektor utama yang diberikan perhatian serius oleh kerajaan dalam RMK13.

    “Sistem kesihatan awam negara kini berdepan cabaran besar termasuk inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi,” kata Perdana Menteri.

    Menurut pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini, beberapa inisiatif utama dirangka termasuk:

    Pelaksanaan Skim Perubatan Madani bagi menjamin akses kepada rawatan yang lebih luas, berkualiti dan mampu milik untuk semua lapisan rakyat.

    Cukai pro-kesihatan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol. Langkah ini bukan sekadar menjana hasil tetapi sebagai galakan kepada gaya hidup sihat dan usaha mengurangkan beban penyakit NCD.

    Peruntukan RM40 bilion disalurkan kepada sektor kesihatan sepanjang tempoh RMK13, termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan (out-of-pocket expenses).

    Peningkatan infrastruktur kesihatan

    Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, RMK13 turut memperuntukkan pelaburan besar dalam membangunkan dan menaik taraf infrastruktur kesihatan:

    • Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban, Negeri Sembilan
    • Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor
    • Pusat Kanser Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah
    • Pusat Jantung Sabah, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu
    • Pusat Kanser Sarawak

    Menangani kekurangan tenaga kerja kesihatan

    Bagi menangani isu kekurangan sumber manusia dalam sektor kesihatan, kerajaan akan membangunkan rangka kerja pembangunan profesional peringkat kebangsaan.

    Inisiatif ini merangkumi keseluruhan ekosistem tenaga kerja kesihatan, termasuk latihan pra-perkhidmatan, pelesenan dan pendaftaran, pengambilan, penempatan serta pembangunan kerjaya.

    Usaha ini penting bagi memastikan sektor kesihatan negara terus kukuh dengan pengekalan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

    Pendigitalan kesihatan dipertingkat

    Sebagai langkah ke arah sistem kesihatan pintar, pengurusan rekod kesihatan akan didigitalkan dengan fokus kepada interoperabiliti merentas fasiliti.

    Sistem ini juga akan disokong oleh analitik kesihatan berimpak tinggi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Tindakan terhadap perubahan iklim dan bencana

    RMK13 turut memberi perhatian besar terhadap cabaran perubahan iklim dan peningkatan risiko bencana. Bagi mengawal selia tindakan iklim negara secara menyeluruh, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara akan diwarta.

    Pada masa sama, Pelan Adaptasi Kebangsaan akan diperkenalkan bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara terhadap kesan perubahan iklim yang semakin ketara.

    Selaras dengan usaha membina ketahanan, perancangan risiko bencana juga akan dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan.

    Dalam menghadapi ancaman bencana yang tidak menentu, sistem amaran awal akan ditambah baik dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan maklumat lebih pantas dan tepat dapat disampaikan kepada rakyat.

    Projek tebatan banjir bernilai lebih RM20 bilion

    Kerajaan memperuntukkan lebih RM20 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara. Antara projek-projek utama termasuk:

    • RTB Sungai Langat dan Sungai Buloh, Selangor
    • RTB Sungai Golok, Kelantan
    • RTB Sungai Gemencheh, Tampin
    • RTB Sungai Baru, Melaka
    • RTB Lembangan Sungai Johor dan Sungai Muar, Johor
    • RTB Lembangan Sungai Pahang
    • RTB Bandaraya Kuching, Sarawak

    Ketenteraman awam dan bahaya dadah

    Kerajaan memandang serius penyalahgunaan dadah yang dikaitkan dengan lebih 28 jenis jenayah lain. Justeru, melalui RMK13 kerajaan akan menggunakan pendekatan bersepadu penguatkuasaan, pemulihan dan pencegahan melalui kerjasama antara agensi penguatkuasa dan institusi berkaitan.

    Negara tua

    Malaysia telah menjadi negara menua sejak 2021 dan dijangka menjadi negara tua seawal 2043. RMK13 memperincikan langkah ke hadapan:

    Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 sebagai panduan strategik nasional.
    Sistem Penjagaan Jangka Panjang (LTC) akan dibangunkan agar lebih cekap, mudah akses dan mampu bayar.
    Undang-undang khusus akan digubal bagi menyeragamkan peraturan penjagaan warga emas.
    Insentif perlindungan sosial dan faedah kepada penjaga serta peluasan kurikulum TVET dalam bidang penjagaan akan diperkenalkan.

    – RELEVAN

    Previous ArticleRMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar
    Next Article RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

    Artikel berkaitan

    Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

    March 27, 2026

    Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

    March 26, 2026

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026
    Artikel Terkini

    Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

    March 27, 2026

    Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

    March 26, 2026

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.