Facebook Twitter
    Trending
    • Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    • Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025
    • Pendidikan

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    By Umi FatehahJune 11, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    “EH, kau pakai produk penjagaan kulit? Tidak cukup jantanlah!”

    Masih ramai yang percaya bahawa penjagaan kulit hanya untuk perempuan. Kononnya, lelaki tidak memerlukan produk penjagaan kulit, cukup cuci muka dengan air paip dan biarkan sahaja jerawat datang dan pergi. Realitinya, penjagaan kulit bukan soal jantina tetapi kesihatan dan kebersihan diri.

    Sudah tiba masanya kita ubah stigma ini. Lelaki pun berhak dan perlu jaga kulit. Bukan sebab nak jadi kacak semata-mata tetapi kerana kulit adalah pertahanan pertama badan kita. Ia terdedah kepada peluh, habuk, minyak, sinar matahari dan pencemaran setiap hari.

    Lelaki jaga kulit tidak jantan?

    Sejak dahulu lagi ideologi lelaki sejati dikaitkan dengan imej lasak, kasar dan tidak memerlukan produk penjagaan kulit. Apabila ada lelaki yang terlalu menjaga penampilan atau kebersihan, cepat sahaja dia dilabel sebagai “lembut” atau “bukan lelaki sejati”. Lebih-lebih lagi kalau dia guna produk penjagaan muka tambahan seperti memakai sheet mask!

    Padahal, dalam dunia moden sekarang, ramai lelaki profesional seperti doktor, jurutera, artis, pempengaruh, pelakon, atlet menjaga kulit. Malah, dalam bidang dermatologi yang khusus merawat kulit, doktor lelaki juga semakin ramai.

    Jadi, kenapa masih rasa segan nak sapu pelembap?

    Penjagaan kulit ialah penjagaan diri

    Kulit bukan sekadar soal luaran. Bila kita jaga kulit, kita sedang tunjuk rasa hormat pada tubuh kita sendiri. 

    Penampilan bukan segalanya tetapi ia memberi tanggapan awal (first impression) yang penting dalam banyak situasi. Kulit yang sihat, bersih dan terurus juga dapat meningkatkan keyakinan diri.

    Asas penjagaan kulit untuk lelaki

    Untuk yang baru berjinak-jinak dengan penjagaan kulit, tak perlu terburu-buru beli produk mahal. Cukup mulakan dengan langkah asas yang ringkas dan berkesan.

    1. Pencuci muka (Cleanser)

    Elakkan mencuci muka dengan sabun mandi kerana formulanya terlalu kasar untuk kulit wajah. Sabun badan direka untuk membersihkan kotoran dan minyak di bahagian tubuh yang lebih tebal, manakala kulit muka lebih sensitif dan mudah terjejas.

    Oleh itu, pilih pencuci muka yang lembut dan bersesuaian dengan jenis kulit seperti sama ada berminyak, kering, kombinasi atau sensitif untuk membersihkan tanpa merosakkan lapisan pelindung semula jadi kulit.

    1. Pelembap (Moisturiser)

    Ramai lelaki beranggapan bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Sebenarnya, apabila kulit kering, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak sebagai perlindungan. Pemakaian pelembap dapat  seimbangkan kelembapan kulit dan mengelakkan daripada penghasilan minyak berlebihan.

    1. Pelindung matahari (Sunscreen)

    Ini senjata rahsia ramai orang awet muda. Cahaya UV bukan sahaja akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap tetapi juga kedutan dan pigmentasi. Pemakaian pelindung matahari setiap hari sangat penting, walaupun anda tidak keluar rumah. Untuk perlindungan berterusan, sapukan semula setiap tiga hingga empat jam.

    1. Jangan picit jerawat!

    Memicit jerawat mungkin nampak menyeronokkan tetapi ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk. Tabiat ini berisiko menyebabkan parut kekal, menyebarkan lebih banyak bakteria ke kawasan kulit lain, serta mengakibatkan luka dan pendarahan. 

    Sebaiknya, gunakan rawatan khas untuk jerawat (spot treatment) jika perlu, atau biarkan sahaja jerawat itu surut secara semula jadi. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025
    Artikel Terkini

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.