Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Golongan yang terhindar daripada api neraka

    Golongan yang terhindar daripada api neraka

    By Umi FatehahApril 22, 2025Updated:April 22, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DALAM Islam, kepercayaan kepada hari akhirat dan balasan syurga serta neraka adalah asas rukun iman. Neraka digambarkan sebagai tempat yang sangat dahsyat azabnya, tempat kegelapan yang tiada belas kasihan.

    Namun, Allah SWT yang Maha Penyayang tidak pernah menutup pintu harapan. Dalam lautan kemurkaanNya, sentiasa ada ruang kasih sayang. 

    Dalam banyak nas dan hadis, disebut bahawa ada golongan tertentu yang akan terhindar dari api neraka. Bukan kerana mereka sempurna tetapi hati mereka teguh menuju Allah.

    1. Mereka yang bertauhid dengan ikhlas

    Mereka yang menyembah Allah dengan sepenuh hati tanpa mensyirikkanNya sudah melangkah di jalan keselamatan menuju syurga. Tauhid ialah akar keimanan, pelindung paling awal dari panasnya azab neraka.

    Sabda Nabi Muhammad SAW:

    “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, akan masuk syurga.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Keimanan yang tulus ini bukan hanya dalam berkata-kata tetapi juga secara beramal. Mereka yang menjadikan Allah tempat bergantung, mengadu dan titik kembali dalam segala hal akan merasai ketenangan dunia dan perlindungan di akhirat.

    1. Mereka yang menjaga solat lima waktu

    Solat adalah tanda hubungan antara hamba dan Penciptanya. Bukan sekadar melakukan pergerakan solat seperti ruku dan sujud tetapi penyerahan diri sepenuhnya. Orang yang menjaga solat walau letih dan sibuk menunjukkan kesetiaan kepada perintah Allah.

    Solat juga akan menjadi pendinding di akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

    “Amalan pertama yang akan dihisab pada Hari Kiamat ialah solat. Jika baik solatnya, baiklah seluruh amalannya.”

    (Riwayat Tirmizi)

    Mereka yang menjaga solat bukan sahaja mendisiplinkan jiwa malah akan termasuk dalam golongan yang diberi naungan dan dijauhkan dari azab api neraka.

    1. Mereka yang menjaga lidah dan akhlak

    Di zaman media sosial, lidah bukan hanya pada mulut tetapi juga pada jari. Fitnah, cercaan, umpatan, semua itu mampu menjatuhkan manusia ke dalam neraka walaupun amalnya banyak.

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Sesungguhnya seseorang berbicara dengan satu perkataan yang tidak difikirkannya boleh menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka sedalam 70 tahun.”

    (Riwayat Tirmizi)

    Mereka yang menjaga kata-kata dan memilih untuk menyebar kebaikan serta menahan amarah,akan dipandang tinggi di sisi Allah. Akhlak mulia bukan sekadar hiasan, ia adalah pelindung.

    1. Mereka yang memberi dan membantu tanpa mengharapkan balasan

    Ramai antara kita bukan ahli agama. Tetapi itu tidak bermakna kita tiada tempat dalam syurga. Allah melihat hati dan amal hambanya.

    Kisah pelacur yang memberi air kepada anjing dan diampunkan dosanya cukup untuk membuktikan satu kebaikan kecil dengan hati yang tulus boleh membawa ke syurga.

    Mereka yang meringankan beban orang lain walau sekadar menghulur makanan atau menghadiahkan senyuman, ia tetap dihitung sebagai amalan kebaikan yang berpahala. Pahala itu bukan sekadar ganjaran tetapi menjadi langkah menuju rahmat Allah dan pintu syurgaNya.

    “Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain di dunia, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat.”

    (Riwayat Muslim)

    1. Mereka yang bertaubat dan tidak berputus asa

    Tiada manusia yang sempurna. Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, rahmat Allah lebih luas dari langit dan bumi. Jangan takut untuk kembali kepadaNya walau sejauh mana kita pernah tersasar.

    “Wahai hambaku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri, jangan berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.”

    (Surah Az-Zumar: 53)

    Orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat, berazam untuk berubah dan kembali memperbaiki diri adalah golongan yang sangat dekat dengan rahmat Allah.

    1. Mereka yang sabar dan reda dengan ujian

    Hidup tidak selalu indah. Ujian datang dalam pelbagai bentuk seperti kemiskinan, kehilangan, penyakit atau kekecewaan. Tetapi orang yang bersabar, bersyukur dan reda, mereka akan diangkat tinggi darjatnya di sisi Allah.

    “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”

    (Surah Az-Zumar: 10)

    Sabar itu bukan kelemahan tetapi kekuatan dalaman yang luar biasa. Mereka yang memiliki dan mempraktikkan kesabaran akan dijauhkan dari kemurkaan dan azab.

    Syurga bukan milik mutlak orang alim dan neraka bukan tempat yang ditentukan hanya untuk pendosa. Ada ulamak yang mengatakan bahawa syurga itu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik, wallahualam.

    Jadi, kita semua diberi peluang dan setiap langkah dalam hidup ini membawa kita menuju salah satu dari dua destinasi abadi itu.

    Apa yang membezakan hanyalah keikhlasan, usaha dan istiqamah. Jangan pernah rasa diri terlalu baik hingga yakin selamat. Tetapi jangan juga rasa diri terlalu hina hingga putus harapan. Setiap detik adalah peluang untuk berubah. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.