Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Thomas Edison, tokoh revolusi tenaga elektrik

    Thomas Edison, tokoh revolusi tenaga elektrik

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAJanuary 1, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Thomas Edison, tokoh revolusi tenaga elektrik

    PADA 1 Januari 1880, dunia menyaksikan satu revolusi besar dalam sejarah teknologi apabila Thomas Edison berjaya mencipta mentol elektrik yang boleh bertahan lama dan praktikal untuk digunakan.

    Penemuan itu bukan sahaja mengubah kehidupan manusia di seluruh dunia malah ia menjadikan Edison sebagai salah seorang tokoh penting dalam dunia sains dan teknologi.

    Thomas Alva Edison dilahirkan pada 11 Februari 1847 di Milan, Ohio, Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang yang amat berdedikasi dalam bidang sains sejak kecil.

    Walaupun tidak mendapat pendidikan formal, Edison tetap berusaha untuk mengembangkan pengetahuan melalui pembelajaran sendiri. Beliau turut terkenal dengan sifat ingin tahu yang tinggi, rajin bereksperimen dan mencipta pelbagai peralatan.

    Lampu elektrik

    Pada abad ke-19, pencahayaan masih bergantung kepada lampu minyak tanah dan lilin. Namun, kaedah ini mempunyai banyak kelemahan. Lampu minyak tanah mudah terbakar dan menghasilkan asap yang mengganggu, manakala lilin pula tidak memberikan pencahayaan yang mencukupi.

    THOMAS Edison bersama lampu elektrik ciptaannya

    Walaupun idea lampu elektrik sudah diperkenalkan sebelum zaman Edison, ia masih tidak praktikal untuk digunakan secara meluas kerana kosnya yang tinggi dan jangka hayat yang singkat.

    Edison menyedari cabaran ini dan mengambil inisiatif untuk mencipta mentol elektrik yang lebih baik, tahan lama, dan ekonomik.

    Selepas melakukan ribuan eksperimen, beliau akhirnya berjaya mencipta mentol dengan filamen karbon yang mampu bertahan sehingga 40 jam.

    Penemuan ini kemudian dipatenkan pada 1879 dan Edison membangunkan sistem bekalan elektrik untuk menyokong penggunaan lampu elektrik secara besar-besaran.

    Tidak lama selepas itu, seluruh jalan di Menlo Park diterangi dengan cahaya mentol elektrik buat pertama kalinya. Peristiwa itu menjadi titik permulaan kepada penggunaan elektrik di seluruh dunia. Malah, ia menjadi asas kepada perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon dan radio.

    Ini merupakan satu pencapaian besar bagi Edison kerana keupayaan ciptaannya mampu memanfaatkan masyarakat seluruh dunia.

    Revolusi tenaga elektrik

    Revolusi tenaga elektrik yang dipelopori oleh Edison telah membawa impak signifikan kepada kehidupan manusia. Ia bukan sahaja menggantikan penggunaan lampu minyak tanah yang berbahaya dan kurang efisien malah turut menjadikan kehidupan lebih selamat dan produktif.

    Elektrik juga membuka jalan kepada kemajuan teknologi lain, termasuk perkakas di rumah seperti periuk nasi dan cerek serta pengangkutan moden.

    Kejayaan Edison dalam membawa elektrik kepada dunia membuktikan keazaman dan ketekunan beliau sebagai seorang pencipta.

    Pada masa yang sama, beliau juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berinovasi dan mencari penyelesaian kepada cabaran kehidupan.

    Kegagalan sebelum berjaya

    Kejayaan Edison dalam mencipta lampu elektrik bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Beliau melalui banyak kegagalan sebelum berjaya mencipta sesuatu yang mengubah hidup masyarakat dunia.

    Sikap tidak mudah putus asa dan keazaman tinggi yang ditunjukkan beliau perlu dijadikan inspirasi kepada orang ramai terutamanya generasi muda.

    Sebagai pelajar, kita boleh mencontohi semangat Edison dalam menghadapi cabaran. Tidak kira betapa sukarnya sesuatu, dengan usaha yang gigih dan keazaman yang tidak luntur, kejayaan pasti dapat dicapai.

    Peristiwa bersejarah pada 1 Januari 1880 mengingatkan kita bahawa inovasi mempunyai kuasa untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

    Semoga semangat juang Edison menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus belajar, berusaha dan mencipta sesuatu yang membawa manfaat kepada masyarakat.

    Selepas ini, selain menyambut tahun baharu pada setiap 1 Januari, kita boleh memperingati sumbangan Edison yang bukan sahaja menerangi kehidupan tetapi memudahkan dalam pelbagai aspek. – RELEVAN

    featured kerjaya thomas edison Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Realiti kesusahan mencari kerja

    May 26, 2025

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.