Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Elaun sara hidup bakal guru, wanita kembali bekerja dan keseimbangan hidup-kerja

    Belanjawan 2025: Elaun sara hidup bakal guru, wanita kembali bekerja dan keseimbangan hidup-kerja

    By Umi FatehahOctober 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025: Elaun sara hidup bakal guru, wanita kembali bekerja dan keseimbangan hidup-kerja. - GAMBAR HIASAN FAIZ ALIF ZUBIR

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa insentif menarik sebagai usaha memelihara rakyat dari sudut kerjaya dalam Belanjawan 2025.

    Salah satunya, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Elaun Sara Hidup kepada siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).

    Ia malah ditingkatkan kepada RM530 sebulan berbanding RM430 pada tahun sebelumnya.

    Selain itu, kerajaan turut mengambil berat tentang wanita dan akan meneruskan pemberian insentif untuk menggalakkan kaum wanita kembali bekerja.

    “Purata wanita memegang jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah pada kadar 32.2 peratus setakat 10 Oktober.

    “Meskipun sasaran 30 peratus penglibatan wanita telah tercapai, ia masih belum dipenuhi oleh 39 syarikat dalam lembaga pengarah mereka. Kerajaan menyeru supaya sasaran ini dicapai semua syarikat sebelum akhir 2027,” tegas Anwar.

    Berikut merupakan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan kaum wanita kembali bekerja.

    • Program Perantisan Kepimpinan Wanita (Perantis) diperkukuh di bawah Kementerian Wanita sebagai usaha melahirkan lebih ramai tokoh korporat dalam kalangan wanita.
    • Program Returnship akan diperintiskan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja dalam sektor kewangan. Program anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) itu akan menyediakan kemudahan latihan dan rangkaian dengan bakal majikan yang bersesuaian untuk kembali bekerja.
    • Kerajaan bercadang memberikan potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.
    • Sejumlah RM470 juta dana pembiayaan disediakan oleh SME Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) wanita mendapatkan modal kerja, membeli aset dan seterusnya meningkatkan kapasiti perniagaan ke tahap lebih tinggi.

    Keseimbangan kerja dan kehidupan

    Kerajaan juga menyokong pembudayaan kerja dan kehidupan yang seimbang di samping menyokong agenda ekonomi penjagaan kepada pekerja. Justeru itu, kerajaan mencadangkan galakan cukai kepada majikan seperti berikut:

    • Potongan cukai tambahan 50 peratus ke atas perbelanjaan kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian yang ditanggung majikan dalam melaksanakan pengaturan kerja fleksibel.
    • Potongan cukai tambahan 50 peratus bagi kemudahan cuti penjagaan tambahan berbayar oleh majikan sehingga 12 bulan kepada pekerja yang menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya.

    Meningkatkan peluang pekerjaan

    Bagi inisiatif memperluas pasaran kerja dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat, kerajaan menggalakkan industri awam dan swasta bekerjasama bagi merealisasikan misi tersebut.

    Galakan diberi melalui Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang menggariskan hala tuju ampuh dalam memperkukuh hubungan strategik badan awam dan swasta. 

    Tumpuan utama juga diberikan untuk meningkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion dan menjana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2025: PLKN, kanak-kanak autistik dan pembangunan AI
    Next Article 7 sasaran KPI Belanjawan 2025

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.