Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana mahu pilih kerjaya sesuai dengan minat?

    Bagaimana mahu pilih kerjaya sesuai dengan minat?

    By Umi FatehahOctober 2, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana mahu pilih kerjaya sesuai dengan minat? - GAMBAR HIASAN MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    PERJALANAN memilih laluan kerjaya yang sesuai dengan minat ibarat menyelesaikan satu misteri. 

    Jangan takut, ia boleh menjadi pengembaraan misteri yang menyeronokkan! Masih belum terlambat untuk anda mulakan misi mencari kerjaya yang bersesuaian. 

    Mulakan dengan langkah pertama. Fikirkan apa yang anda suka lakukan di sekolah, dalam kelas atau pada waktu lapang.

    Adakah anda seorang pelajar yang sukakan fotografi, melukis, menulis atau menyelesaikan masalah matematik? Mengenal pasti apa yang diminati boleh membantu anda mencari kerjaya yang bersesuaian. 

    Seterusnya, mulakan penerokaan! Sertai kelab sekolah, program sukarelawan, cuba hobi baharu atau bekerja sambilan dalam pelbagai bidang (dengan syarat: anda sudah mendapatkan keizinan ibu bapa). 

    Lebih banyak perkara yang dicuba, lebih mudah untuk tahu apa yang anda suka dan tidak suka.

    Anggap sahaja penerokaan mencari kerjaya yang bersesuaian seperti mencari harta karun. Anda mungkin akan jumpa bakat tersembunyi yang tidak pernah disedari sebelum ini.

    Selain itu, rajin-rajinkan berbual dengan orang dewasa tentang pekerjaan mereka. Tanyakan keseronokan dan cabaran dalam bidang kerjaya mereka. 

    Mendengar kisah sebenar daripada orang dewasa yang berpengalaman boleh memberi idea dan inspirasi untuk anda teroka pelbagai pilihan kerjaya dengan lebih lanjut.

    Akhir sekali, ingat – jika anda belum menemui jawapannya sekarang, tidak mengapa. Perjalanan hidup masih panjang dan anda masih muda. Masih banyak masa dan perkara yang perlu diterokai sebelum anda menemui kerjaya yang bersesuaian dengan minat. 

    Jadi, teruskan rasa ingin tahu dan jangan putus asa untuk terus meneroka minat dalam diri masing-masing! – RELEVAN

    Previous ArticleHati-hati dengan rakan dalam talian
    Next Article Lelah mencari cinta sejati melalui aplikasi janji temu

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.