Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bersyukurlah jika mampu menyimpan wang

    Bersyukurlah jika mampu menyimpan wang

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    menyimpan
    Hampir 55 peratus rakyat Malaysia mengakui mereka berbelanja sama banyak atau lebih daripada gaji yang diterima setiap bulan - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    APABILA bercakap mengenai tabiat menyimpan wang, kita semua sudah sedia faham dan ambil maklum mengenai nasihat-nasihat kewangan yang sering dikongsikan oleh pakar. 

    Selepas menerima gaji, duit yang diterima perlu dibahagikan dengan baik.  

    Sebahagiannya digunakan untuk membayar sewa, bil atau ansuran kereta. Sebahagian lagi sebagai duit makan setiap hari. Apa yang tinggal itulah yang menjadi tabungan untuk hari mendatang. 

    Mungkin ada yang gunakan kaedah 50-30-20 untuk menyimpan – 50 peratus digunakan untuk membayar perkara yang perlu, 30 peratus untuk keinginan dan 20 peratus lagi untuk simpanan.

    Bagaimanapun, bukan semua orang dapat menyimpan wang. 

    Kos bagi keperluan asas seperti rumah, makanan, kesihatan dan pengangkutan kadangkala boleh memakan hampir keseluruhan gaji. 

    Jangan terkejut jika ada antara kita yang terpaksa ikat perut pada hujung bulan. Mereka juga tidak mampu mengasingkan 20 peratus bagi tujuan simpanan. 

    Menurut Kajian Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus 2023 (RMFLS), hampir 55 peratus responden mengakui mereka berbelanja sama banyak atau lebih daripada gaji yang diterima setiap bulan. 

    Dari segi tabiat menyimpan, hanya 71 peratus sahaja yang mampu menabung, itupun kurang daripada RM500 sebulan.  

    Kos sara hidup yang kian menekan

    Tidak dinafikan, kos sara hidup yang tinggi merupakan punca utama kebanyakan orang tidak mampu menyimpan. 

    Bayangkan, gaji yang diterima hanyalah sekitar RM2,000. Namun, sewa bilik sahaja sudah menelan hampir RM500 atau lebih jika memilih untuk menyewa di pusat bandar. 

    Itu tidak termasuk lagi wang yang perlu dibelanjakan untuk makan.

    Tidak logik untuk kita meminta agar mereka yang tidak mampu menyimpan agar tidak berseronok. 

    Lagipun, akiviti sosial sangat penting dan merupakan antara penyumbang utama kesihatan mental yang baik. 

    Selain itu, kewujudan jurang gaji yang besar juga menjadi punca ramai orang tidak boleh menyimpan. 

    Hakikatnya pahit, namun ramai antara kita yang melakukan dua tiga kerja namun masih tidak mampu menabung. 

    Bagaimanapun, bagi yang bergaji besar, mereka mampu menyimpan dan melabur untuk masa hadapan kerana mempunyai lebihan wang. 

    Ramai tidak sedar bahawa menyimpan sebenarnya adalah satu keistimewaan – hanya yang berkemampuan sahaja boleh melakukannya. 

    Artikel berkaitan: Cabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan

    Artikel berkaitan: Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

    Tertekan kerana tidak mampu menyimpan

    Kajian RMFLS juga mendapati, 55 peratus responden mengakui mereka rasa malu dan resah jika tidak mampu menyimpan. 

    Tekanan untuk terus menyimpan, walaupun tidak mampu boleh mendatangkan kesan negatif terhadap mental seseorang. 

    Lebih memburukkan keadaan, mereka yang tertekan selalunya sukar menguruskan kewangan diri dengan baik. 

    Tekanan perasaan, ditambah pula dengan kehidupan yang semakin menghimpit membuatkan mereka yang tidak mampu menyimpan rasa terseksa.

    Itu tidak termasuk jika berlaku kecemasan. Mereka yang tidak mempunyai sebarang simpanan mungkin terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup.  

    Gaji pula masih di takuk yang lama. Lama-kelamaan, hutang pula tidak terbayar. 

    Hakikatnya, bukan mudah untuk individu yang mempunyai masalah kewangan untuk menyimpan. Lagipun, bagaimana kita hendak merancang kewangan sekiranya tidak ada apa untuk dirancang? 

    Bagaimanapun, kesedaran menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia nampaknya kian meningkat. 

    Kajian sama mendapati, hampir 94 peratus responden mengakui mereka sedang membaiki kewangan diri. 

    Antara langkah yang dilakukan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan bagi aktiviti masa lapang, memasak di rumah dan mula menjejak aliran perbelanjaan. 

    Jangan lupa, setiap masalah ada jalan keluarnya. Bagi meringankan beban hutang, wujudnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu. 

    Namun, bagi mereka yang boleh menyimpan, bersyukurlah. Bukan semua orang dapat lakukan perkara yang sama. – RELEVAN

    Previous ArticleKad kredit: perlu atau tidak?
    Next Article Idea-idea utopia dalam ekonomi

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.