Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah Icarus yang terbang terlalu dekat dengan matahari

    Kisah Icarus yang terbang terlalu dekat dengan matahari

    By July 26, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PADA zaman dahulu, hidupnya seorang pembuat arca dan arkitek legenda bernama Daedalus. 

    Hasil kerja Daedalus dikatakan sangat sempurna. Malah, ukirannya seakan-akan hidup sehingga pembelinya terpaksa mengikat arca tersebut pada tiang kerana takut ia melarikan diri. 

    Bagaimanapun, Daedalus bukanlah seorang pembuat arca semata-mata, beliau adalah seorang pencipta yang mendahului zamannya. Boleh dikatakan, Daedalus adalah seorang genius.

    Disebabkan reputasi beliau, Daedalus telah diupah oleh Raja Minos dan isterinya untuk mengurung seekor raksasa yang telah lama mengganas di kepulauan Crete. Raksasa tersebut adalah seekor Minotour (manusia berkepala lembu) pemakan daging. 

    Raja Minos percaya dengan kepandaian Daedalus, raksasa tersebut akan dapat dikurung selama-lamanya.

    Akur dengan permintaan tersebut, Daedalus membina sebuah kurungan dengan jalan masuk yang berselirat. Arkitek tersebut memberi jaminan, setiap apa yang masuk ke dalam kurungan tersebut tidak akan berjaya keluar, termasuklah dirinya. 

    Bagaimanapun, Raja Minos sebenarnya ada niat jahat lain. Disebabkan dendam, Raja Minos ingin mengurung Daedalus bersama anaknya, Icarus di dalam kurungan sama. 

    Raja Minos juga bertindak demikian dengan harapan rahsia kurungan tersebut tidak tersebar dan akan terkubur bersama-sama Daedalus. 

    Nasib Icarus yang tragis 

    ICARUS
    Daedalus mendapat ilham daripada kawanan burung dan mula mencipta sepasang sayap. – GAMBAR HIASAN GARETH DAVIES/UNSPLASH

    Ketika dikurung, Daedalus hanya mampu termenung sambil memandang kawanan burung merpati di dada langit. 

    Walaupun ditemani Icarus setiap masa, Daedalus dihantui rasa resah. Dia tidak berhenti-henti berfikir tentang cara terbaik untuk keluar daripada kurungan tersebut. 

    Bagaimanapun, Daedalus bukan merancang untuk melarikan diri semata-mata. Jika boleh, dia ingin ‘terbang’ keluar dari kepulauan Crete dan mulakan hidup dengan anaknya di tempat baharu.

    Tidak lama kemudian, Daedalus mendapat ilham. Dia meminta Icarus mengumpulkan bulu pelepah burung merpati dan kemudiannya melekatkannya dengan lilin. 

    Dalam masa beberapa minggu, Daedalus berjaya menyiapkan dua pasang sayap yang boleh membawa Icarus dan dirinya keluar daripada kepulauan tersebut. 

    Bagaimanapun, sebelum melarikan diri, Daedalus sempat berpesan kepada anaknya:

    “Ingat anakku, jangan terbang terlalu dekat dengan matahari. Jika tidak, lilin akan cair dan sayap akan rosak. 

    “Jangan terbang terlalu rendah, jika tidak, kau akan terhempas masuk ke dalam laut,” pesannya.

    Kemudian, kedua-duanya melompat turun dari kurungan dan terbang merentasi laut. Bagaimanapun, keindahan matahari membuatkan Icarus lupa diri. Tergoda dengan cahaya Sang Mentari, dia terlupa akan pesan ayahnya. 

    Akhirnya, Icarus terkalah dengan nafsu sendiri. Dia tidak sedar lilin pada sayapnya sedang mencair. 

    Daedalus hanya mampu menjerit ketika melihat susuk tubuh anaknya jatuh ke dalam laut. 

    Daedalus tidak ada pilihan lain. Dia terpaksa berlalu pergi, meninggalkan mayat anaknya terapung sendirian. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Sisyphus menolak batu ke atas gunung dan betapa mengarutnya hidup manusia

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bucu retorik untuk jadi penghujah yang baik

    Konsep sophrosyne dalam kehidupan harian

    Kisah tersebut membuktikan betapa pentingnya konsept sophrosyne, satu terma yang berasal dari Yunani, yang menekankan tentang kawalan diri (self control). 

    Ia mengingatkan kita agar sentiasa bersederhana serta tidak melampaui batas dalam apa-apa juga pekerjaan. Terlebih itu tidak bagus, terkurang juga tidak bagus. 

    Memilih sophrosyne bermaksud anda memilih untuk bersabar, merendah diri dan kekal bertenang. Bagi masyarakat Yunani, sophrosyne adalah tonggak utama masyarakat dan dipanggi sebagai kewarasan modal. 

    Dalam kisah di atas, Icarus ditimpa musibah kerana dia tidak mendengar nasihat ayahnya. Malah, dia juga terlalu mengikut nafsu sehingga tindakannya memakan diri. 

    Pengajaran dalam kisah Icarus adalah betapa pentingnya menjaga perasaan diri agar tidak terbawa-bawa oleh emosi. 

    Perkara ini juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Ketika melakukan satu-satu tugasan, jika boleh, jangan lakukannya secara berlebihan sehingga membuatkan kita burnout. Namun, jangan pula kita lepas tangan dan selalu curi tulang. – RELEVAN 

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.