Facebook Twitter
    Trending
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara tolak tawaran kerja dengan gaji yang rendah

    Cara tolak tawaran kerja dengan gaji yang rendah

    By Umi FatehahJuly 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SUDAH berbulan-bulan Hana menjadi penganggur. Dah berbelas-belas, malah mungkin berpuluh permohon kerja dihantar. Namun, satu pun tidak berbalas. 

    Setiap hari, harapan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan impiannya semakin membesar. Dia sudah tidak mahu bekerja dengan gaji yang dibayar ala kadar sahaja. Kini, dia mahu bekerja di syarikat yang menawarkan gaji lebih besar.

    “Agaknya, bila aku boleh mula bekerja semula? Aku juga mahu kerja dibayar gaji tinggi macam si Saleha itu,” detik Hana.

    Tiba-tiba, telefonnya berdenting – dia menerima satu pesanan emel. Dalam keadaan cemas dan teruja dia membaca setiap perkataan dalam emel tersebut.

    “Tahniah! Anda diterima untuk bekerja dengan kami.”

    ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kerja keras atau kerja sekadar gaji yang dibayar?

    Bibirnya senyum meleret sebelum wajahnya bertukar menjadi muram. Dia diterima bekerja namun gaji yang ditawarkan terlalu rendah. 

    Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang datang, tetapi dia juga perlu berfikir secara realistik. Kos sara hidup semakin mahal. Tambahan pula, dalam dunia ini semuanya perlukan wang. 

    Jadi, dia membuat keputusan untuk menolak tawaran itu. Bagaimanakah caranya untuk menolak tawaran kerja dengan gaji yang rendah secara baik dan profesional?

    1. Sabar, nilai semula tawaran itu terlebih dahulu

    Sebelum membuat keputusan muktamad, nilai semula tawaran itu dan pertimbangkan kebaikan dan keburukan sama ada mahu menerima atau menolaknya. 

    Contohnya, walaupun gaji mungkin rendah, pekerjaan itu boleh menawarkan faedah yang lebih baik seperti insurans kesihatan atau bayaran untuk kerja lebih masa. 

    Anda juga mungkin masih mahu menerima pekerjaan itu sekiranya ia bersesuaian dengan minat atau memerlukan kerja dengan segera. Pertimbangkan wang simpanan dan jumlah perbelanjaan bulanan untuk menilai sama ada anda boleh menerima atau menolak tawaran tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 

    1. Pertimbangkan untuk berunding

    Jika segala-galanya selain gaji menarik minat anda tentang tawaran kerja itu, pertimbangkan untuk berunding bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi. 

    Untuk berunding, hubungi pengurus pengambilan pekerja (hiring manager) dan beritahu mereka bahawa anda sedang mempertimbangkan tawaran kerja. 

    Tanyakan juga sama ada syarikat mempunyai bajet untuk berunding gaji dan apakah julat yang mereka mampu tawarkan untuk jawatan tersebut. 

    1. Tolak tawaran dengan cara baik

    Jika majikan tidak mahu atau tidak dapat berunding gaji, anda mungkin perlu menolak tawaran tersebut. 

    Untuk melakukan ini, cuba berkomunikasi dengan pengurus pengambilan pekerja secara langsung. Pilih medium komunikasi sama ada e-mel atau telefon untuk memaklumkan penolakan tawaran tersebut. 

    “Terima kasih kerana sudi memberi tawaran bekerja untuk saya. Tetapi, maaf saya perlu menolak.”

    1. Pertimbangkan untuk menjelaskan mengapa menolak

    Walaupun pengurus pengambilan pekerja tidak boleh meminta penjelasan, tidak ada salahnya jika anda memberi penjelasan. 

    Jika anda mahu memberi penjelasan, pastikan ia dilakukan dengan cara sesopan yang mungkin.

    Siapa tahu, selepas mendengar penjelasan, mereka mungkin bersetuju untuk berunding gaji semula. 

    1. Berterima kasih dan jalinkan rangkaian

    Sebelum dan selepas tolak, pastikan ucap terima kasih. Selain itu budaya kita sebagai orang Malaysia, ia juga merupakan etika yang baik. Secara tidak langsung, anda memberi tanggapan positif kepada pengurus pengambilan pekerja meskipun anda menolak tawarannya.

    Walaupun anda tidak menerima jawatan di syarikat mereka, tawaran kerja boleh menjadi peluang rangkaian (networking) yang sangat baik. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 jawapan selamat untuk cerita mengapa mahu cari kerja baharu ketika temu duga

    Apabila menolak tawaran, maklumkan kepada mereka bahawa anda akan berminat untuk bekerja di bawah syarikat tersebut pada masa hadapan jika belanjawan mereka dalam keadaan baik dan boleh membayar gaji yang diinginkan.

    Ini boleh membantu anda memperoleh peluang pekerjaan pada masa hadapan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.