Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Syarat dan cara memohon patching sijil SPM 2023

    Syarat dan cara memohon patching sijil SPM 2023

    By Umi FatehahMay 27, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Syarat dan cara memohon patching sijil SPM 2023. - GAMBAR HIASAN FAISOL MUSTAFA

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada 27 Mei menunjukkan sejumlah 395,924 orang calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2023.

    Berita gembiranya, 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, iaitu meningkat sebanyak 1,604 berbanding tahun sebelumnya.

    Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan. 

    Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM? 

    Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil. 

    Ia juga meningkatkan kualiti, tahap keselamatan dan kesahihan sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP. 

    Merujuk kepada syarat ditetapkan, perkhidmatan ini terhad kepada calon yang memperoleh sijil peperiksaan SPM bermula dari tahun 2009 dan ke atas. Setiap permohonan pula terhad untuk 12 subjek sahaja.

    Berikut, Relevan perincikan cara membuat permohonan patching sijil SPM menurut perkongsian LP.

    1. Pengisian borang

    Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/2023c yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), LP Wilayah Persekutuan Putrajaya atau muat turun dari laman sesawang rasmi LP.

    2. Kemukakan dokumen penting

    Pemohon yang hadir ke kaunter fizikal perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat permohonan perkhidmatan patching sijil SPM.

    Pemohon juga dinasihatkan menyertakan bersama salinan sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM.

    Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja. Pastikan wakil yang dilantik membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon.

    Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, ejen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan.

    3. Permohonan melalui pos

    Jika anda memfailkan permohonan melalui pos, pastikan ia dialamatkan kepada:

    PENGARAH PEPERIKSAAN 

    LEMBAGA PEPERIKSAAN 

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

    ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E 

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 WP PUTRAJAYA 

    (u.p.: Unit Maklumat dan Pemprosesan Keputusan)

    Sertakan bersama satu sampul Pos Laju atau sampul mana-mana kurier bersaiz A4 yang beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran Patching Sijil SPM secara pos.

    4. Pembayaran

    Setiap permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak RM100. Pembayaran melalui kaedah tunai boleh dilakukan di kaunter LP secara langsung. 

    Bagi permohonan melalui pos pula, anda dikehendaki menyertakan bersama-sama dengan kiriman wang atau draf bank atas nama Akauntan Negara Malaysia. Sebagai peringatan, anda tidak dibenarkan untuk melakukan pembayaran melalui cek persendirian. – RELEVAN

    Previous ArticleSPM 2023: Boleh semak semula keputusan jika tak puas hati, begini caranya
    Next Article Ringkasan laporan analisis keputusan SPM 2023

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.