Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dijangkiti Covid-19 hampir 2 tahun, alami lebih 50 mutasi

    Dijangkiti Covid-19 hampir 2 tahun, alami lebih 50 mutasi

    By Zubaidah IbrahimMay 7, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PESAKIT yang dijangkiti SARS-CoV-2 biasanya akan bebas daripada virus dalam beberapa hari atau minggu.- GAMBAR HIASAN

    PENYELIDIK Belanda baru-baru ini melaporkan kes jangkitan SARS-CoV-2 yang paling lama dijangkiti seorang lelaki iaitu 613 hari. Pesakit yang leman imun itu akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut.

    Lelaki berusia 72 tahun yang tidak disebutkan namanya itu mengalami kekurangan imuniti yang teruk apabila dia dijangkiti dengan varian Omicron pada 2022 selepas menerima beberapa suntikan vaksin Covid-19.

    Sejak itu, dia secara berterusan positif koronavirus selama 613 hari sehingga kematiannya pada Oktober tahun lalu. Ini adalah kes terpanjang yang pernah berlaku.

    Sepanjang tempoh 20 bulan jangkitan, doktor mencuba segala-galanya untuk membantu lelaki warga emas itu, tetapi tiada apa yang berhasil.

    Tubuhnya tidak dapat melakukan tindak balas imun yang cukup kuat untuk melawan virus itu, walaupun dengan bantuan ubat antibodi dan dia meninggal dunia tahun lepas akibat serangan penyakit tersebut.

    Pesakit yang dijangkiti SARS-CoV-2 biasanya akan bebas daripada virus dalam beberapa hari atau minggu, tetapi dalam kes yang melampau ini, jangkitan berterusan selama hampir dua tahun.

    Laporan daripada penyelidik untuk Pusat Perubatan Eksperimen dan Molekul (CEMM) di Pusat Perubatan Universiti Amsterdam (Amsterdam UMC), Belanda, memberitahu bahawa virus itu membangunkan daya tahan terhadap sotrovimab, (rawatan antibodi Covid-19), hanya 21 hari selepas pesakit mula menerimanya.

    Sepanjang tempoh jangkitan itu, doktor berulang kali mengambil sampel daripada lelaki itu untuk menganalisis bahan genetik koronavirus dan mereka mendapati bahawa varian Omicron BA1 asal telah mengalami lebih 50 mutasi, termasuk beberapa yang membolehkannya mengelak sistem imun manusia.

    Nasib baik tiada penularan kepada ahli komuniti yang lain, tetapi kes itu menekankan risiko jangkitan SARS-CoV-2 yang berpanjangan.

    “Kes ini menggariskan risiko jangkitan SARS-CoV-2 yang berterusan dalam kalangan individu lemah imun kerana varian virus SARS-CoV-2 yang unik mungkin muncul disebabkan evolusi intra-host yang meluas.

    “Jangkitan SARS-CoV-2 yang paling lama juga menekankan kepentingan memantau individu yang terjejas imun dengan jangkitan berterusan memandangkan potensi ancaman kesihatan awam berisiko menyebarkannya ke dalam komuniti,” tulis penyelidik.- RELEVAN

    Previous ArticleMengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 2)
    Next Article Dunia media, generasi baharu dan juadah raya yang bakal dirindu

    Artikel berkaitan

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.