Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ulasan 5 lagu terbaik kategori hip hop ALI2023 dan ramalan pemenang

    Ulasan 5 lagu terbaik kategori hip hop ALI2023 dan ramalan pemenang

    By February 28, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Siapa akan bergelar juara kategori hip hop ALI2023?

    ANUGERAH Lagu Indie (ALI) 2023 berjaya menonjolkan bakat-bakat hip hop yang aktif bergiat di bawah radar jentera industri muzik arus perdana.

    Ada nama-nama besar yang mara ke peringkat akhir, seperti Lawalah Familia (kini menggunakan nama LXF), SLATAN dan 53 UNIVERSE. Namun, nama-nama ini masih tidak diangkat di media-media popular, sekali gus menjadikan ALI sebagai platform yang berkesan untuk mengiktiraf bakat-bakat sebegini.

    ALI pernah mengangkat lagu bergenre hip hop sebagai juara apabila penampilan pertama Arunboii melalui lagu Enge Port menjadikan penyanyi rap itu sebagai juara kedua.

    Bagaimanapun, cukup kuatkah lima lagu yang tersenarai ke peringkat akhir dalam kategori ini untuk mengulang kejayaan Arunboii?

    Relevan membawakan anda ulasan untuk kelima-lima lagu yang bertanding berserta ramalan lagu yang akan mengungguli kategori hip hop dalam pentas akhir ALI2023 pada 7 Mac nanti.

    Gard O Gard – 53 UNIVERSE, Fuego, YBJ

    Gard O Gard membawakan gaya dreamy, lo-fi dan pekat ambien yang popular, terutamanya di Malaysia, ketika ini. Namun, ia tidak formulaik dan banal. Penyampaiannya masih tersendiri dan memikat.

    Lagu-lagu begini sukar untuk menyerlah dari segi lirik. Begitu juga dengan Gard O Gard yang dibayangi rima paksaan dan simile tangkap muat pada beberapa bahagian.

    Kelebihan lagu ini terletak pada susunan dan produksi yang berkesan serta verse kedua oleh Fuego yang cukup sofistikated.

    LXF – LXF

    Pertama, penggunaan sampel yang sangat bergaya. Tak perlu lagu popular, Berpisah Jauh oleh Ahmad Jais itu sudah cukup cocok untuk LXF.

    Kedua, gaya rap LXF kedengaran old school tapi gabungan rentak dan gaya itu masih segar. Kurang fasihnya saya tentang hip hop menyukarkan penjelasan tetapi itulah yang dirasakan.

    Lagu swatajuk ini semacam penberitahuan bahawa Lawalah Familia masih ada untuk memberi warna kepada lapangan hip hop pada usia yang mencecah 11 tahun.

    Dari segi lirik, tidak banyak yang boleh diulas. Temanya keangkuhan dan mengangkat diri yang lazim dalam hip hop. Namun, ia tidak banal atau membosankan.

    Mimpi Untuk Semalam – SLATAN, JAYSTATION, Quai

    Lagu seperti Mimpi Untuk Semalam bukan untuk dijadikan single utama dalam sebuah album, namun tidak juga boleh dianggap sebagai filler. Lagu begini memberi nikmat kepada pendengar album yang tidak hanya bergantung kepada lagu-lagu popular.

    Mimpi Untuk Semalam lebih tenang dan berjiwa, memberi ruang untuk lirik yang lebih sensitif dan peribadi.

    Jika lagu ini dinilai sebagai naskhah yang membawa perbezaan dan kedalaman, ia ada peluang menang. Namun, jika dua faktor ini dipandang ringan, sukar untuk SLATAN diangkat tinggi.

    Candy Mind – SYA, SENNA

    Kita boleh faham yang budaya hip hop terbuka untuk elemen-elemen eksplisit tetapi jika ia diulang-ulang secara hedonis, tanpa kedalaman dan penerokaan, produk akhirnya akan banal.

    Kekuatan Candy Mind sangat terpaut pada rentak dan melodi rap yang segar. Ada elemen psikedelik yang dibandung dengan produksi kemas.

    Namun, untuk mengatasi peserta lain dengan kekuatan itu agak sukar.

    ICE COLD CA$tLE – Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru

    Dalam senarai peserta akhir kategori hip hop, ICE COLD CA$tLE yang paling puas didengar. Ada kesegaran, produksi berkesan dan nyanyian rap yang tidak formulaik.

    Pilihan produksi yang dibuat untuk lagu ini tepat, termasuk pemilihan Nakalness dan Akkimwaru serta terutamanya, baris gitar pendek pada penghujung.

    Liriknya tidak begitu istimewa tetapi cukup baik untuk lagu sebegini.

    Rumusan

    Dari segi lirik, semua peserta akhir berada pada tahap sederhana, kecuali Candy Mind yang agak lemah kerana kebanalan elemen eksplisitnya.

    Namun, dari segi komposisi keseluruhan, dua lagu mempunyai kelebihan jelas, iaitu ICE COLD CA$tLE dan LXF.

    Faktor penentu ketiga, iaitu undian yang merangkumi 30 peratus daripada markah keseluruhan pula semestinya memberi kelebihan kepada Mimpi Untuk Semalam dan Gard O Gard.

    Pertimbangan akhir, hanya Candy Mind yang dilihat sukar menang. Namun, Relevan menjangkakan kualiti keseluruhan ICE COLD CA$tLE akan mengangkat lagu tersebut sebagai pemenang kategori dan mungkin juara keseluruhan. – RELEVAN

    Anugerah Lagu Indie featured hip hop muzik pendidikan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.