Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Milli Vanilli: Menang Grammy tanpa menyanyi

    Milli Vanilli: Menang Grammy tanpa menyanyi

    By February 7, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MILLI VANILLI

    INI kisah epik bagaimana anugerah muzik paling berprestij dalam dunia pun boleh diperdaya permainan syarikat rakaman dan penerbit licik.

    Kisahnya bermula apabila dua anak muda, Fab Morvan dan Rob Pilatus bertemu dalam seminar tarian dan bersahabat. Mereka kemudiannya membentuk duo vokal dan merakamkan album bersama syarikat rakaman kecil di Jerman.

    Walaupun sudah secara rasmi menjadi penyanyi, mereka masih dibelenggu kemiskinan kerana pendapatan yang tidak tentu. Ini mendesak kedua-duanya untuk mencari peluang yang lebih besar dalam dunia muzik; mereka mahu jadi bintang.

    Nama Fab dan Rob mencuri perhatian penerbit popular yang melahirkan Boney M., Frank Farian. Kedua-duanya dijemput hadir ke studio milik Frank di Frankfurt. 

    Lagu pertama yang diperdengarkan kepada Fab dan Rob ialah Girl You Know It’s True, yang selepas itu melonjakkan nama mereka ke puncak populariti. Dunia mengenali Fab dan Rob sebagai Milli Vanilli, duo pop yang lincah menari dan berwajah tampan.

    Penyanyi gerak bibir

    Fab dan Rob menandatangani kontrak rakaman tanpa memahami kandungannya. Yang mereka tahu, Frank berjanji yang mereka akan jadi jutawan.

    Album sulung mula dirakam tetapi ada masalah pada vokal-vokal kedua-dua penyanyi tersebut. Frank kurang suka. Jadi, dia ambil keputusan mengupah penyanyi lain untuk merakamkan vokal.

    Suara yang keluar dalam album Milli Vanilli bukan milik Fab dan Rob, cuma wajah mereka yang digunakan. Apabila membuat persembahan langsung, tubuh Fab dan Rob yang menari di atas pentas tetapi mereka hanya menggerakkan bibir mengikut suara penyanyi upahan yang dipasang di belakang pentas. 

    Pada mulanya, Frank berjanji akan memberikan mereka lebih ruang artistik dalam rakaman, mungkin menyanyikan sendiri lagu-lagu yang ada tetapi album sulung Milli Vanilli, All or Nothing menjadi sangat popular.

    Sudah terlambat untuk mereka mengubah keadaan. Segunung wang dan kemasyhuran menanti.

    Album All or Nothing dijenama semula sebagai Girl You Know It’s True untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan dilancarkan pada Mac 1989. Lima lagu dalam album itu berjaya masuk carta Billboard Hot 100. Tiga daripadanya pernah menjejak tempat pertama. Tujuh juta unit album berjaya dijual di seluruh dunia.

    Malah, pada 1990, duo itu memenangi kategori Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Grammy ke-32 selain tiga anugerah lain dalam Anugerah Muzik Amerika ke-17.

    Tembelang pecah

    Beberapa bulan sebelum kemenangan mereka di Grammy, sudah ada cakap-cakap tentang keaslian persembahan Milli Vanilli. 

    Dalam sebuah acara di Connecticut, AS pada 21 Julai 1989, rakaman lagu yang dimainkan semasa Milli Vanilli membuat persembahan mempunyai masalah. Ia tersangkut.

    Fab dan Rob mula sedar yang gerak bibir mereka sudah tidak selari dengan audio yang dimainkan. Mereka segera berlari ke belakang pentas sebelum diyakinkan untuk meneruskan persembahan.

    Tak ramai yang perasan keadaan itu tetapi untuk yang bermata tajam, was-was mula terbina. 

    Rahsia itu berjaya disimpan sehingga November 1990 apabila Frank mengadakan sidang akhbar tergempar untuk mengumumkan pemecatan Fab dan Rob. Dalam sidang akhbar tersebut, Frank turut mengesahkan bahawa kedua-dua wajah Milli Vanilli itu tidak menyumbangkan vokal mereka dalam rakaman album.

    Pemecatan itu dibuat selepas Fab dan Rob menuntut supaya mereka dibenarkan menyanyi dalam album seterusnya. Kedua-duanya tidak mahu terus berpura-pura sebagai penyanyi, sedangkan yang dinikmati peminat mereka ialah suara penyanyi lain.

    Fab dan Rob juga mengadakan sidang akhbar mereka sendiri selepas itu dan mengesahkan dakwaan Frank.

    “Dua tahun ini, hidup kami bagai mimpi ngeri. Kami terpaksa menipu semua orang.

    “Kami penyanyi tetapi orang gila itu, Frank Farian tak pernah izinkan kami mengekspresikan diri sendiri,” kata Rob dalam sidang akhbar tersebut.

    Kejatuhan curam

    Skandal tersebut memaksa Akademi Seni dan Sains Rakaman Kebangsaan (penganjur Anugerah Grammy) menarik semula anugerah Artis Baharu Terbaik yang dimenangi Milli Vanilli. Ia merupakan kali pertama akademi tersebut menarik mana-mana anugerah dalam sejarah Grammy.

    Kontrak duo itu bersama pengedarnya di AS, Arista Records juga dibatalkan.

    Fab dan Rob selepas itu terus berusaha membuktikan yang mereka boleh menjadi penyanyi, walaupun jalannya lebih sukar. Mereka juga mencuba nasib menjadi pelakon.

    Pada 1992, di bawah syarikat rakaman Joss Enterteinment, mereka merakamkan album Rob & Fab. Ia dilancarkan setahun selepas itu. Kali ini, mereka berdua betul-betul menyumbangkan vokal.

    Walau bagaimanapun, album tersebut dianggap gagal kerana hanya dapat dijual kira-kira 2,000 unit.

    Pada 1997, Fab dan Rob kembali bekerjasama dengan Frank untuk kembali sebagai Milli Vanilli, kali ini dengan vokal kedua-duanya. Mereka merakamkan album Back and In Attack pada 1998.

    Namun, pada 3 April 1998, Rob ditemui mati, dipercayai akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol. Dia sebelum itu banyak terlibat dalam jenayah, malah pernah dipenjara selama tiga bulan dan menjalani rawatan pemulihan selama enam bulan.

    Milli Vanilli kini menjadi kisah skandal muzik rakaman yang diingati sampai bila-bila. Bagaimana percaturan penerbit boleh memesongkan kefahaman pendengar, malah menipu anugerah paling berprestij dalam dunia. – RELEVAN

    artikel pilihan featured Milli Vanilli muzik pendidikan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.