Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Satu hari di Pasar Boco: azam lama, nostalgia dan aroma mandiri

    Satu hari di Pasar Boco: azam lama, nostalgia dan aroma mandiri

    By January 29, 20246 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PASAR Boco menemukan buku, sastera, muzik dan aneka seni lain dalam satu acara. - KU SYAFIQ KU FOZI/RELEVAN

    KIRA-kira sedekad lalu, saya baru sedar bahawa gerakan alternatif tak hanya wujud dalam lapangan muzik. Ia ada untuk sastera, perbukuan, filem dan entah apa gerakan alternatif lain yang berada di luar radar saya.

    Tahun-tahun itu antara detik perkenalan awal saya dengan gerakan buku alternatif dan mandiri yang kebanyakannya berpusat di Kuala Lumpur. Hubungan saya dengan gerakan itu adalah secara maya dan serba pasif – saya tak turun lapangan, beli produk, hanya mengikuti perkembangan di Facebook dan Twiiter.

    Sebab itu, apabila Pasar Boco mengumumkan mahu kembali, saya perlu memerah ingatan bersungguh-sungguh, mencari apa sahaja kenangan yang saya ada tentang acara itu. Ingatan dan kering, segala jenis kotak dalam bilik memori dah dipunggah tapi tetap juga saya tak jumpa apa-apa.

    Sebab dalam pelbagai maklumat tentang gerakan buku alternatif dahulu, saya tidak pernah bersua apa-apa tentang Pasar Boco. Saya terlalu jauh dan pasif untuk tahu tentang acara itu yang sebenarnya sangat signifikan.

    Pengacara pada sebelah malam Sabtu, Elmi Elmo memetik banyak nama popular yang katanya bermula dengan platform yang disediakan Pasar Boco.

    Lambat sikit tapi okay

    Saya tiba agak lambat ke ruang acara – Reda Coffee di Seksyen 16, Shah Alam. Acara mula pukul 2 petang tapi saya tiba kira-kira 3.30 petang.

    Kebanyakan aktiviti Pasar Boco diadakan di ruang acara sebelah atas. Di situ meja jualan buku dibuka dan persembahan dijalankan. Bahagian bawah lebih kepada ruang melepak, makan dan minum.

    Setiba di atas, slot Bual Buku Mosyuki Borhan dan Api Husien sudah mula. Ada buku tebal yang agak aneh di hadapan mereka. Dalam perjalanan nak ke hadapan pentas, saya nampak muka Aliff Awan, Petak Daud dan Qristina Ariff. Lega ada kawan.

    Mosyuki rancak bertanya soalan tentang buku Api, Mencari Rumah Untuk Pulang. Ia merupakan buku fotografi dan puisi yang dihasilkan secara buatan tangan (handmade) oleh Api sendiri.

    Bual itu sangat menarik kerana buku yang dihasilkan Api unik. Dari segi penghasilan dan pemasarannya tidak sama dengan buku lain. 

    MELIHAT Api (Husien) bekerja

    Disebabkan terlewat, saya tidak dapat dengar keseluruhan perkara yang dibualkan tetapi menuju penghujung, bualnya makin menarik, terutamanya apabila Mosyuki membangkitkan soal kesempitan pasaran Malaysia untuk produk niche sebegitu.

    Terlepas

    Selepas Bual Buku, acara open mic pula bermula. Saya meluangkan masa sekejap, menonton Aliff Awan mengacara majlis dan Zewa mempersembahkan puisi.

    Banyak juga persembahan open mic yang saya terlepas kerana perlu menjalankan temu bual dan asyik bersembang dengan beberapa kenalan yang ada. 

    Itu satu kelebihan acara sebegitu yang jarang diiktiraf – peluang membina rangkaian dan meneroka ‘pustaka manusia’. Kerana yang hadir dalam acara sebegitu biasanya punya banyak cerita-cerita menarik yang berbaloi dibualkan (sembang saya dengan Sinaganaga dan Zan Zaini meluas dari isu buku, konsert sampai ubat kolesterol).

    Walau bagaimanapun, ada juga sedikit penyesalan kerana tidak mengikuti open mic dari mula sampai habis. Saya terlepas menonton Adlina Ghazali, Syahirah Wasabi dan Ahmadulamin buat pertama kali dan pastilah juga, terlepas untuk meneroka bakat-bakat baharu yang belum dikenali.

    Sebelah petang saya sempat tonton Natasha Aziz , Cahaya Jais dan Qristina Ariff. Cahaya dan Qristina paling menangkap, eksperimennya menarik.

    Qristina Ariff dan Cahaya Jais

    Yang mustahak

    Ketika dalam perjalanan ke Shah Alam, saya lebih banyak berfikir tentang sudut cerita yang nak dikarang kerana saya hadir membawa beban Relevan sebagai rakan media. Ini kali pertama Relevan diiktiraf sebagai rakan media dalam mana-mana acara.

    Fikiran yang dipenuhi idea-idea penulisan buat saya terlupa untuk mempersiap diri menghadap satu hal yang paling penting apabila hadir ke acara sebegini. Paling penting, signifikan, mustahak, utama dan perdana: belanjawan buku.

    Buku ialah produk penghakis wang paling berkesan kalau pembeliannya tidak dirancang dengan baik. Ia paling menggoda, menawan, impulsif – beli satu tak pernah cukup dan setiap kali melangkah keluar dari ruang jualan, akan ada buku baharu yang melambai-lambai ke arah dompet.

    Di Pasar Boco, saya hampir sanggup berbelanja besar membeli sebuah buku langka tetapi dihalang oleh pemilik buku itu sendiri. Dia tahu saya miskin. Dia tahu.

    Ketepikan hal perancangan kewangan saya yang lemah, kita sambung cerita tentang 11 penerbit dan kolektif yang diajak berdagang di Pasar Boco. Bagi saya, merekalah tarikan utama acara itu.

    MELIHAT Petak Daud buat peace

    Studio Anai-Anai sudah lama tidak berdagang tapi mereka ada untuk Pasar Boco. Moka Mocha Ink dan Laras 99 juga jarang membuka meja, saya fikir, tapi mereka ada.

    Penerbit dan kolektif yang turut serta ialah FIXI, Buku Liar, Kolektif Ketepi, Svara, Kata-Pilar Books, Kaukab, Manes Wordworks dan Zontiga.

    Secara peribadi, saya sangat gembira setiap kali berada dekat dengan meja Laras 99 dan meja itu juga jadi punca saya sangat bersyukur menghadiri Pasar Boco.

    Sebidang pintu bernama jarak yang ditembus suara Mosyuki Borhan

    Persembahan sebelah malam paling ditunggu ramai. Sejak awal, ruang atas Reda Coffee dan Abstrax memadat. Saya dapat rasa sempit-sempit klaustrofobik yang buat dada tak selesa tapi persembahan yang menarik buat sempit menjauh.

    Bermula dengan Aliff Awan, kemudian Wani Ardy. Persembahan Wani Ardy satu lagi punca saya sangat bersyukur menghadiri Pasar Boco.

    Ketika slot Api Husien, saya turun sebentar mereda ketidakselesaan (maaf Api) tetapi sempat juga saya dengar sedikit pada penghujung.

    Persembahan Aus et al. dan Mosyuki Borhan saya nikmati dari belakang. Memandang dari celah-celah bahu orang. Aus et al. punya melodi-melodi yang sangat-sangat menghibur dan Mosyuki Borhan, ya Tuhan.

    Mosyuki Borhan dan Aus

    Saya duduk di meja Laras 99 – paling belakang, agak jauh dari pentas – ketika dia dan Aus berpusing-pusing dan bergilir-gilir menyanyi dan bersajak. Dalam jarak jauh itu, suara Mosyuki cukup padu untuk menggerakkan perasaan saya. Ketika dia sedih, saya ikut sedih. Ketika dia marah, saya ikut marah.

    Aroma nostalgia

    Saya terlepas menikmati aroma gerakan mandiri seperti Pasar Boco suatu masa dulu. Pernah juga saya berazam – waktu kagum dengan gerakan Buku Jalanan dan sastera mandiri dahulu – untuk menikmati semuanya sebaik tamat belajar, ketika sudah mampu ada duit dan pilihan sendiri.

    Tapi perjalanan hidup bukannya boleh diduga mudah. Minat saya beralih pada hal-hal berat yang politikal dan ideologikal ketika mula-mula berpindah alamat ke Lembah Kelang. Masih mandiri tapi aromanya berbeza.

    Pasar Boco dan gerakan sastera mandiri lain pun sudah tidak begitu aktif. Saya pun semakin tahun semakin lupa pada azam lama.

    Sebab itu saya syukuri Laras 99 dan Wani Ardy.

    Di atas meja Laras 99 ada buku Mohd Jayzuan, Fasyali Fadzly, Petak Daud dan beberapa yang lain yang diterbitkan pada sekitar 2011 dan 2012. Lebih penting lagi, buku-buku itu membawa aroma sastera mandiri era itu yang saya terlepas selama ini.

    Malah, pada penghujung acara, saya ternampak buku Seksi Ovari oleh Fazleena Hishamuddin di situ. Saya tak berjaya beli tapi melihat dan membeleknya sudah cukup buat saya teruja; terasa seolah-olah azam lama saya tercapai.

    Begitu juga dengan persembahan Wani Ardy. Sangat minimal. Gitar tak perlu kabel, cucuh saja mikrofon pada lubang bunyi. 

    Bagi sesetengah orang ia biasa tapi bagi saya, ia menyembur aroma nostalgia yang saya tak tahu pun saya rindu. Mungkin dulu saya tengok video persembahan sebegitu dalam video atau ternampak gambar-gambar di Facebook. Kini ia berlaku depan mata dan perasaannya tak terungkap. – RELEVAN

    buku featured muzik Pasar Boco pendidikan sastera
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.