Facebook Twitter
    Trending
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026
    • Pendidikan

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ceritakan tentang diri ketika temu duga? Jangan panik, ini langkah dan cara untuk menjawabnya

    Ceritakan tentang diri ketika temu duga? Jangan panik, ini langkah dan cara untuk menjawabnya

    By Umi FatehahJanuary 23, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ceritakan tentang diri ketika temu duga? Jangan panik, ini langkah dan cara untuk menjawabnya. - GAMBAR HIASAN CAN TAY MEDIA/UNSPLASH

    UMUM mengetahui bahawa fungsi resume ialah untuk mencari kerja. Selain itu, resume juga digunakan sebagai alat untuk ‘menjual’ kemahiran dan pengalaman kepada bakal majikan untuk dinilai sama ada anda berkelayakan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan atau tidak.

    Mengikut proses mencari kerja, selepas resume dihantar, anda akan dipanggil untuk hadir ke temu duga. Sebelum ini, Relevan telah kongsikan beberapa tip berkaitan temu duga termasuklah soalan bocor. 

    Namun, ada kemungkinan penemu duga akan meminta ceritakan sesuatu tentang diri anda yang tidak dinyatakan dalam resume. Jadi, lebih baik anda bersedia beberapa hari sebelum hari temu duga untuk kemungkinan ini. 

    Berikut ialah langkah dan cara yang perlu dilakukan semasa merancang cara menjawab soalan di atas agar lebih bersedia untuk sesi temu duga.

    1. Semak semula resume anda

    Mungkin terdapat butiran yang tidak disertakan dalam resume anda yang menunjukkan aspek penting latar belakang profesional. Beberapa perkara tersebut mungkin termasuk:

    • Pengalaman di luar industri

    Resume memaparkan pengalaman paling relevan dalam pencarian kerja anda. Dalam sesi temu duga, anda boleh menyebut kerja sampingan, sukarelawan atau pengalaman bekerja sebagai pekerja bebas (freelancer) untuk menyerlahkan pencapaian lain yang dimiliki.

    • Kemahiran

    Walaupun telah menyatakan kemahiran yang dimiliki dalam resume, anda masih boleh menceritakan kekuatan atau kemahiran anda ketika pengalaman kerja terdahulu. Semasa temu duga, anda huraikan kemahiran yang disenaraikan atau bincang kemahiran tambahan lain yang tidak dinyatakan dalam resume.

    • Pensijilan

    Anda mungkin telah memperoleh pelbagai pensijilan untuk membuktikan kebolehan teknikal, kemahiran pengurusan atau kelayakan profesional yang lain. 

    Walaupun mungkin telah menyatakannya dalam resume atau cover letter, huraikan sebab anda melakukan dan meneruskan pensijilan tersebut serta perancangan untuk menggunakan kemahiran tersebut untuk kerja baharu.

    • Anugerah atau pencapaian

    Anda mungkin mempunyai bahagian pencapaian profesional pada resume, tetapi mungkin berbaloi untuk meluangkan sedikit masa dalam temu duga dengan menyediakan lebih banyak konteks tentang bagaimana anda berjaya atau halangan yang diatasi.

    • Aktiviti kokurikulum

    Mempunyai hobi di luar kehidupan bekerja boleh membantu mengembangkan kemahiran tambahan dan memberi anda masa untuk mengejar minat lain. Semasa sesi temu duga, bincangkan bagaimana hobi dan minat menjadikan anda seorang profesional yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan menjadi seorang yang mempunyai matlamat.

    • Minat khusus

    Terangkan sekiranya anda mempunyai minat yang mendalam tentang topik tertentu. Misalnya, anda minat dengan topik berkaitan alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup mesra alam. Dengan cara ini, ia akan meluaskan perspektif penemu duga tentang personaliti dan kelayakan anda.

    1. Sebutkan elemen yang bersesuaian dengan nilai yang dicari

    Anda boleh memantapkan lagi jawapan dengan memilih elemen yang memberikan nilai kepada bakal majikan untuk dibentangkan. 

    Semasa menyemak resume anda, pilih perkara yang membezakan anda daripada calon-calon lain dan tunjukkan keupayaan anda untuk cemerlang dalam peranan tersebut. 

    Walaupun kelayakan dan kepakaran anda mungkin menjadikan anda pilihan yang baik untuk peranan itu, pengalaman dan perspektif unik anda boleh membezakan anda. Pertimbangkan perkara yang menyerlahkan keupayaan anda untuk menyumbang kepada matlamat syarikat dan menunjukkan potensi pertumbuhan anda dalam organisasi.

    Sebagai contoh, majikan mencari pekerja yang mempunyai nilai seperti cakna dengan undang-undang, trend masa kini dan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan cepat. Jadi, ceritakan bagaimana anda seseorang yang menepati ciri yang dicari.

    Cara menjawab soalan “ceritakan sesuatu tentang anda yang tidak dinyatakan dalam resume”

    • Yakin

    Walau apa pun alasan anda tidak memasukkan perkara yang dibentangkan dalam resume, perlu diingatkan bahawa ia masih sebahagian penting daripada diri sebagai calon pekerja. 

    Menjawab soalan ini dengan jelas dan yakin akan menunjukkan kepada penemu duga bahawa anda percaya dengan kelayakan yang sedia ada. Ia boleh menjadikan anda lebih menarik sebagai bakal pekerja.

    • Ringkas tapi padat

    Anda boleh menyebut satu perkara dan ulas tentangnya atau anda boleh membincangkan dua atau tiga elemen yang berkaitan. Jawab dengan yakin apabila menerangkan pengalaman atau kemahiran dan hanya hurai dengan lebih lanjut jika penemu duga ajukan soalan tambahan.

    • Terangkan mengapa anda tidak menyatakannya dalam resume

    Anda boleh memilih untuk menerangkannya atau tidak. Tetapi sekiranya ditanya, cuba jawab sebaik mungkin agar penemu duga faham sebarang batasan yang dihadapi semasa membuat resume dan cover letter. 

    Jika anda mempunyai pengalaman sukarelawan yang tidak bersesuaian dengan dokumen atau pensijilan dalam bidang yang tidak berkaitan, nyatakan sebab anda tidak menyertakannya. – RELEVAN 

    Previous Article4 perbualan kewangan untuk pasangan berkahwin
    Next Article Program Rekreasi Terapeutik pelajar UPM bersama OKU

    Artikel berkaitan

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026
    Artikel Terkini

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.