Facebook Twitter
    Trending
    • Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    • Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?
    • 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim
    • Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik
    • Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!
    • Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global
    • Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi
    • Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025

      Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

      July 22, 2025

      Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

      July 22, 2025

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025
    • Kewangan

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025
    • Pendidikan

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025
    • Kerjaya

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 personaliti kewangan bersama titipan pesan buat keempat-empatnya

    4 personaliti kewangan bersama titipan pesan buat keempat-empatnya

    By December 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MANA satu personaliti kewangan anda: penyimpan, pembelanja, pengimbang atau pelabur? - GAMBAR HIASAN/KAROLINA GRABOWSKA (Pexels)

    SETIAP orang punya personaliti yang tersendiri. Secara psikologi, ada orang yang pendiam, ramah, terbuka, pemarah dan sebagainya.

    Dalam memahami tindak-tanduk manusia di sekeliling wang, penyelidik juga memperkenalkan personaliti kewangan – jenis-jenis sikap dan tabiat manusia ketika menguruskan wang.

    Setiap orang mempunyai sikap yang berbeza terhadap wang dan memahami personaliti kewangan sendiri dapat membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih baik.

    Sehubungan itu, Relevan mahu memperkenalkan kepada anda empat personaliti kewangan yang paling utama, berpandukan modul kecelikan kewangan oleh Khan Academy. 

    Penyimpan

    Mereka dengan personaliti penyimpan sangat berhati-hati menguruskan wang. Mereka tidak suka berbelanja lebih daripada keperluan dan sentiasa mencari jalan untuk berjimat.

    Penyimpan cemerlang dalam menyediakan belanjawan dan membuat simpanan tetapi mereka mungkin terlepas peluang untuk mengembangkan kekayaan kerana terlalu berhati-hati dalam mengambil risiko.

    Jika anda seorang penyimpan, ikuti nasihat ini:

    • Tak mengapa kalau anda membelanjakan sedikit wang untuk membeli barang yang boleh membawa kegembiraan. Ini termasuk untuk hobi, kesihatan atau pendidikan.
    • Pastikan belanjawan anda tidak terlalu ketat. Beri ruang untuk berseronok sekali-sekala dan buat perubahan apabila perlu.
    • Kongsikan rezeki dengan orang yang memerlukan. Mungkin boleh guna sedikit simpanan untuk bantu keluarga, kawan atau bersedekah.

    Pembelanja

    Pembelanja, seperti namanya, suka berbelanja. Kelemahan pembelanja adalah suka berbelanja secara impulsif dan sukar untuk patuh pada belanjawan. Ini menyebabkan mereka berisiko membina gunung hutang yang tinggi.

    Walaupun pembelanja menikmati kehidupan dengan lebih bebas berbanding penyimpan, mereka juga diancam tekanan sekiranya gagal menguruskan wang dengan baik.

    Maka, untuk pembelanja, ingat perkara ini:

    • Asingkan dulu wang anda untuk simpanan dan pelaburan sebelum berbelanja.
    • Guna wang tunai atau kad debit berbanding kad kredit untuk mengelakkan terlebih belanja dan beban bayaran faedah.
    • Letakkan had untuk perbelanjaan barang atau khidmat bukan keperluan dan patuh kepada had tersebut.
    • Semak semula tabiat berbelanja anda dan kenal pasti bahagian yang boleh dijimatkan.
    • Cari cara lain untuk beri penghargaan kepada diri sendiri, cara yang tidak memerlukan banyak belanja.

    Pengimbang

    Pengimbang mengambil kedua-dua ciri baik yang ada pada penyimpan dan pembelanja: mereka berhati-hati mengurus wang tetapi masih berbelanja untuk menikmati kehidupan. Pengimbang juga mengambil tahu tentang pelaburan dan peluang untuk menambah kekayaan. 

    Pengimbang kelihatan sempurna tetapi bukan mudah untuk membina personaliti ini.

    Jika anda pengimbang, pertimbangkan pesan ini:

    • Bertenang dan nikmati wang yang anda ada sekali-sekala.
    • Bersedia untuk mempelajari peluang baharu untuk menambah wang. Pertimbangkan semua pilihan sebelum menolak.
    • Minta bantuan daripada orang yang dipercayai dan jangan lupa untuk bina pendapat sendiri juga.
    • Gembira apabila berjaya, berbangga selepas bekerja.

    Pelabur

    Pelabur sentiasa fikirkan cara untuk mengembangkan kekayaan. Mereka sanggup mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar. 

    Ini menjadikan mereka berpotensi menjadi kaya atau terus terjunam miskin apabila pelaburannya tidak membawa pulangan yang dijangkakan.

    Buat pelabur, ingat hal ini:

    • Jangan letak semua wang dalam satu pelaburan. Pastikan ada simpanan kecemasan.
    • Fikirkan untung-rugi setiap pelaburan. Jangan serahkan semua pada nasib dan berharap.
    • Ingat pada matlamat peribadi juga, jangan biarkan seluruh hidup diambil alih kemahuan mencari wang.
    • Melabur pada perkara yang anda percaya sahaja. Jangan disebabkan wang, anda melawan prinsip sendiri. – RELEVAN
    featured kewangan personaliti kewangan
    Artikel Terkini

    Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

    July 30, 2025

    Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

    July 29, 2025

    6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

    July 28, 2025

    Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

    July 25, 2025

    Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

    July 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.