Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Di sebalik inisiatif kerjaya Belanjawan 2024

    Di sebalik inisiatif kerjaya Belanjawan 2024

    By Zubaidah IbrahimOctober 19, 2023Updated:October 19, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LATIHAN Teknikal dan Vokasional (TVET) juga merupakan bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi pada ketika ini.- GAMBAR HIASAN/PRESSFO/FREEPIK

    PADA 13 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 yang mencakupi pelbagai aspek penting dalam kehidupan seperti pendidikan, kesihatan dan juga pekerjaan.

    Selain bantuan tunai, rakyat juga ternanti-nanti mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan pekerjaan yang sangat penting untuk pendapatan atau gaji yang lebih baik dan sekali gus, dapat menjalani kehidupan sejahtera.

    Sehubungan itu, Relevan bawakan Konsultan Kerjaya, Nik Akmal Nik Othman untuk mengupas lebih lanjut mengenai Belanjawan 2024 yang berfokus kepada aspek pekerjaan.

    OKU, warga emas dan bekas banduan

    Menurut Nik Akmal, secara keseluruhan belanjawan itu telah menyentuh semua golongan dengan sangat baik termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan bekas banduan.

    “Golongan ini sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan persepsi dan keraguan majikan terhadap kebolehan mereka.

    “Inisiatif ini sangat menarik kerana ia adalah buat pertama kali isu ini disentuh dan dimasukkan dalam belanjawan negara,” katanya.

    Jelas beliau, OKU banyak memohon pekerjaan tetapi para majikan berat hati untuk menggaji mereka walhal tugasan tersebut tidak berkaitan dengan ketidakupayaan anggota mereka.

    Bagi syarikat-syarikat kecil, mereka tidak terikat dengan polisi untuk menggaji OKU berbeza dengan syarikat besar antarabangsa (MNC) yang mengamalkan polisi mesra kepelbagaian, ekuiti, penyertaan dan kepunyaan (DEIB) seperti menggaji satu peratus kakitangan OKU.

    “Namun, syarikat besar di Malaysia hanyalah tiga peratus dan selebihnya syarikat kecil.

    “Oleh itu, inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan sangat baik untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan,” katanya.

    Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

    Di samping itu, Nik Akmal juga memuji usaha kerajaan memperkasakan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sehingga peruntukan belanjawan untuk bidang tersebut sentiasa meningkat setiap tahun.

    Pada 2024, peruntukannya adalah sebanyak RM6.8 bilion.

    “Orang-orang industri sangat suka mengambil pelajar lepasan TVET kerana mereka ada kemahiran insaniah dan kalau diambil bekerja mereka boleh terus buat kerja.

    “Saya juga melihat TVET sudah diterima dengan sangat baik oleh masyarakat kita dan persepsi negatif telah berjaya dikikis.

    “TVET juga merupakan bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi pada ketika ini,” katanya.

    Program Academy in Industry

    Dalam pada itu, satu lagi inisiatif untuk para pekerja ialah Program Academy in Industry (AiI).

    Ia menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan RM70 juta.

    “Konsep ini adalah pertama kali dibuat dan ia merupakan inisiatif yang sangat bagus dengan memberi manfaat kepada 14,000 orang pekerja.

    “Jumlahnya tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar, tetapi sangat bermakna untuk melahirkan tenaga yang mahir dan cemerlang ,” terangnya.

    Usahawan belia

    Satu lagi inisiatif yang sangat baik ialah peruntukan RM20 juta untuk melahirkan usahawan belia.

    Nik Akmal berkata, usaha tersebut selari dengan Dasar Keusahawan Negara 2030 dan ia bakal membuka peluang pekerjaan yang besar kepada golongan belia.

    “Para belia mempunyai kebolehan dan bakat untuk berniaga apatah lagi dengan kemajuan teknologi serta penggunaan media sosial.

    “Oleh itu, platform yang disediakan oleh kerajaan ini dapat membantu mereka menguruskan perniagaan dengan lebih baik dan melonjakkan lagi jualan,” katanya.

    Industri halal

    Mengenai industri halal pula, Nik Akmal berkata, ia merupakan berita yang sangat baik.

    Selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030, inisiatif itu dilihat akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

    Ujarnya, dunia sudah mengiktiraf Malaysia dengan industri halal terbaik dan ia adalah kelebihan yang boleh dibanggakan.

    Di samping inisiatif positif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, Nik Akmal juga mahu menyentuh dua perkara penting yang wajar diberi perhatian dalam belanjawan negara.

    Underemployment

    Pertama, isu underemployment iaitu golongan pekerja yang bekerja di bawah kelayakan akademik yang merupakan bilangan terbesar pekerja di Malaysia.

    “Ini adalah realiti sebenar dunia pekerjaan pada ketika ini, ramai yang sanggup bekerja dengan gaji Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diploma walaupun memiliki ijazah sarjana muda.

    “Mereka sanggup menerima gaji yang rendah untuk meneruskan kehidupan sementara mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan akademik.

    “Dari segi data pengangguran memang kita lihat cantik, peratusan menurun, tetapi kalau mahu melihat landskap cari kerja yang sebenar kita tidak boleh abaikan golongan ini yang berjumlah jutaan orang,” katanya.

    Graduan menganggur

    Kedua ialah graduan menganggur dan lambakan graduan dalam bidang-bidang tertentu.

    Beliau berkata, isu ini sudah berlanjutan sejak sekian lama dan wajar diberikan bajet khusus dalam belanjawan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    “Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Kementerian Sumber Manusia mempunyai data jenis pekerjaan diperlukan untuk tahun-tahun tertentu.

    “Contohnya, tahun 2024 memerlukan seramai 100,000 orang jurutera, tetapi pengambilan pelajar jurusan tersebut melebihi kosongan kerja yang diperlukan sehingga berlaku lambakan.

    “Isu ini berterusan kerana tiada koordinasi secara serius dan berstruktur untuk berapa bilangan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu ambil jurusan tersebut supaya kemasukan selari dengan permintaan pasaran apabila mereka menamatkan pengajian nanti,” ujarnya.

    Jelas beliau lagi, sekarang ini lambakan graduan disumbang oleh penghasilan graduan melebihi keperluan industri.

    Oleh itu, Nik Akmal menyarankan pihak IPT, TalentCorp dan Kementerian Sumber Manusia perlu mempunyai kerjasama bersepadu untuk berkongsi data serta keperluan pekerjaan semasa bagi mengelakkan lambakan graduan yang akhirnya menganggur atau bekerja di bawah kelayakan.- RELEVAN

    Previous ArticlePertahan reformasi ekonomi, nikmati kestabilan politik
    Next Article Perincian perbelanjaan operasi dan pembangunan Belanjawan 2024

    Artikel berkaitan

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.