Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SETARA dan MyQuest: Lebih 85 peratus IPT cemerlang

    SETARA dan MyQuest: Lebih 85 peratus IPT cemerlang

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 1, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UiTM merupakan antara IPT yang mencatat keputusan cemerlang dalam penarafan SETARA. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    LEBIH 85 peratus institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia mencatatkan keputusan cemerlang dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) 2022.

    Jabatan Pendidikan Tinggi berkata, sebanyak 90 atau 86.54 peratus daripada 104 IPT telah mendapat keputusan Berdaya Saing untuk penarafan SETARA manakala 158 atau 90.29 peratus daripada 175 kolej telah mendapat keputusan Berdaya Saing untuk MyQUEST.

    Secara keseluruhannya, lebih 85 peratus IPT mendapat keputusan Berdaya Saing untuk kedua-dua penarafan.

    “Pencapaian memberangsangkan ini membuktikan usaha berterusan dari Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

    “Keputusan ini juga diharap dapat membina kapasiti yang mampan di samping menggalakkan IPT ke arah pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa,” kata jabatan itu dalam kenyataan pada 1 September.

    SETARA dan MyQUEST merupakan sistem penarafan yang dibangunkan Kementerian Pengajian Tinggi masing-masing pada 2007 dan 2009 bagi mengukur jaminan kualiti dan standard IPT di Malaysia.

    SETARA merupakan sistem penarafan khusus untuk universiti dan kolej universiti manakala MyQUEST untuk kolej swasta.

    SETARA dan MyQUEST 2022 dilaksanakan untuk menilai prestasi IPT bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

    Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat pembaharuan dalam pelaksanaan SETARA dan MyQUEST 2022 apabila hanya dua kategori digunakan, iaitu Berdaya Saing dan Berdaya Maju.

    Sebelum 2022, penarafan tersebut menggunakan skala satu hingga enam bintang.

    “Penetapan kategori baharu bagi penarafan SETARA dan MyQUEST 2022 ini mengambil kira kesan pandemik Covid-19 ke atas pengurusan IPT.

    “Ia dilihat sebagai salah satu pendekatan yang adil dan realistik kepada IPT memandangkan data yang dinilai meliputi tahun 2019, 2020 dan 2021, yang merupakan tahun-tahun negara dilanda pandemik.

    “Oleh yang demikian, keputusan penilaian penarafan IPT 2022 hanya menggunakan data tahun 2021 sahaja,” katanya.

    Jelas Jabatan Pendidikan Tinggi, IPT yang berada dalam kategori Berdaya Saing merupakan IPT yang berkemampuan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

    Katanya, IPT yang Berdaya Saing merupakan institusi-institusi yang dinilai dan diklasifikasikan dalam kumpulan IPT yang cemerlang dan memenuhi kriteria-kriteria penilaian di bawah Penarafan IPT Malaysia.

    Sementara itu, kategori Berdaya Maju pula merujuk kepada IPT yang berkemampuan untuk berkembang maju dan melangkah ke tahap yang lebih baik.

    “IPT yang Berdaya Maju merupakan institusi-institusi yang dinilai dan diklasifikasikan dalam kumpulan IPT yang baik dan mencapai kriteria minimum yang ditetapkan,” katanya. 

    Senarai penuh keputusan SETARA dan MyQUEST 2022 boleh dilihat di bawah. – RELEVAN

    KEPUTUSAN PENARAFAN SETARA 2022

     

    KEPUTUSAN PENARAFAN MYQUEST 2022

     

    Previous Article7 tip capai keseronokan bekerja, prestasi meningkat
    Next Article Kemunculan varian baharu Covid-19 dilaporkan

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.