Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa nak buat bila kerja tak habis-habis?

    Apa nak buat bila kerja tak habis-habis?

    By Umi FatehahSeptember 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APA nak buat bila kerja tak habis-habis? - GAMBAR HIASAN YAN KRUKAU/PEXELS

    PERNAH tak anda rasa lepas dah siap satu kerja, datang lagi kerja yang lain? Bekerja dalam syarikat atau persekitaran kerja yang pantas boleh menjadi sangat mencabar dan meletihkan. 

    Pada kebanyakan masa, ia akan menyebabkan ramai pekerja terlalu tertekan dan terpaksa berhadapan dengan senarai tugasan yang tidak berkesudahan.

    Tetapi, itu tidak semestinya menunjukkan anda tidak cukup berkelayakan atau tidak cekap. Ini mungkin bermakna bahawa konteks berubah atau peningkatan dalam tuntutan kerja.  Jadi, anda memerlukan lebih banyak sumber dan sokongan.

    Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan apabila berada dalam situasi kerja yang tak habis-habis.

    1. Jangan melakukan banyak kerja dalam satu masa

    Multitasking boleh dianggap sebagai kekuatan pada diri anda sebagai staf. Tetapi ia juga boleh menjadi kelemahan. Meskipun anda perlu mengendali pelbagai projek besar dalam satu masa yang sama, selesaikan satu per satu bermula dengan yang paling perlu disiapkan segera.

    Jika anda melakukan banyak tugas dalam satu masa, tugasan itu mungkin tidak berkualiti atau tidak dapat disiapkan pun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Trend pekerja ‘boomerang’ meningkat di Asia Tenggara  

    1. Rancang kaedah pelaksanaan tugasan

    Cuba anggarkan juga berapa banyak masa yang diperlukan untuk menyelesaikan setiap tugasan dan jenis sokongan yang anda perlukan. 

    Jika susunan dan rancangan kerja ini pada awal pagi, ia akan membantu anda menentukan sejauh mana kemampuan anda untuk menyiapkan tugasan, perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak mampu untuk dilakukan. 

    Perancangan jenis ini juga akan membolehkan anda memahami beban harian dengan lebih baik dan tugasan apakah yang anda perlu katakan tidak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ketoksikan budaya hustle demi hasil

    1. Berkomunikasi dengan pengurus

    Kadang-kadang, kita perlu bekerja lebih daripada yang kita mampu dan ia tidak begitu membahagiakan. Walau bagaimanapun, jangan harap bos tahu anda telah mencapai had jika tidak diberitahu. 

    Sekiranya tanggungjawab anda bertambah terlalu cepat dan banyak sehingga menjejaskan kualiti kerja, jangan teragak-agak untuk bercakap dengan pengurus kerana dia mungkin boleh mewakilkan kepada staf lain dan membahagikan beban kerja. Jangan takut untuk meminta sokongan daripada rakan sekerja atau pekerja bawahan anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan kesihatan mental pekerja, majikan boleh amalkan 4 langkah ini

    1. Ambil masa untuk segarkan badan semula

    Ini merupakan penyelesaian yang baik untuk undur apabila keadaan menjadi tidak terkawal. Cuba luangkan sedikit masa setiap hari untuk merehatkan diri daripada semua yang berkaitan dengan pekerjaan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kepentingan tidur sewaktu kerja

    Baring, pergi berbasikal atau lakukan brisk walk sambil mendengar lagu kegemaran. Benarkan badan dan minda anda rehat. Ini akan membantu anda berfikir dengan lebih jelas, mengurangkan tahap tekanan dan akhirnya meningkatkan tenaga yang akan mencerminkan prestasi anda pada sudut positif. – RELEVAN

    Previous ArticleKepentingan tidur sewaktu kerja
    Next Article 7 tip capai keseronokan bekerja, prestasi meningkat

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.