Facebook Twitter
    Trending
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah penciptaan Jalur Gemilang

    Sejarah penciptaan Jalur Gemilang

    By Umi FatehahAugust 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bendera Jalur Gemilang tiru bendera Amerika Syarikat? - GAMBAR MOHD FARIZWAN HASBULLAH

    KITA sudah melangkah masuk ke bulan Ogos yang sinonim dengan bulan kemerdekaan. Bermula sahaja bulan Ogos, Jalur Gemilang, bendera kebangsaan kita mula dikibarkan di merata tempat begitu juga dipasang di kenderaan-kenderaan.

    Ini juga dianggap sebagai simbol patriotisme kerana ia merupakan salah satu cara untuk menyambut Hari Kemerdekaan kita setiap 31 Ogos.

    Setiap tahun kita gantung bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Tetapi tahu tak asal usul dan sejarah di sebalik penghasilan Jalur Gemilang?

    Pencipta Jalur Gemilang

    Bendera kita dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor. 

    Sebelum Jalur Gemilang dicipta, kita mengibarkan bendera Union Jack kerana pada ketika itu Tanah Melayu masih dijajah. 

    Apabila Persekutuan Tanah Melayu mahu menggantikan Malayan Union, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Perundangan Persekutuan menganjurkan pertandingan merekacipta bendera untuk Tanah Melayu yang bakal merdeka.

    Seramai 373 karyawan menyertai pertandingan tersebut dan reka bentuk ciptaan Allahyarham menjadi salah satu daripada tiga rekaan yang terpilih untuk penilaian terakhir. Hasil undian daripada masyarakat Tanah Melayu menunjukkan kira-kira 42 peratus memilih rekaan Allahyarham Mohamed Hamzah sebagai pemenang.

    Namun begitu, reka bentuk bendera tersebut telah mengalami beberapa ubah suai. Bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih telah digantikan dengan warna kuning untuk melambangkan kebesaran Diraja. 

    Pindaan ini telah diberikan kelulusan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan cadangan yang diajukan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. 

    Kemudian, Raja George VI telah memberikan perakuan terhadap reka bentuk bendera ini pada 19 Mei 1950. Sehubungan itu, bendera Kebangsaan Tanah Melayu telah pertama kali dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950 dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai Raja George VI. 

    Bendera Kebangsaan Tanah Melayu kemudiannya secara rasmi dikibarkan pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor diiringi lagu Negaraku yang pertama kali didengarkan kepada orang awam. 

    Jalur dalam Jalur Gemilang

    Bendera ini pada asalnya mempunyai 11 jalur merah dan putih. Tetapi kemudian ditambah kepada 14 jalur apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Jumlah jalur yang sedia ada dan ditambah ini mewakilkan setiap negeri dalam Tanah Melayu. 

    Setelah dikibarkan dengan megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 semasa meraikan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mengetuai Malaysia sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah mencipta satu peristiwa bersejarah baharu dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

    Mohamed Hamzah tidak mendapat pengiktirafan

    Sebenarnya, Allahyarham Mohamed Hamzah tidak pernah menerima sebarang pengiktirafan sepanjang hayatnya. Malah, beliau sendiri merahsiakan identitinya sebagai pencipta bendera yang masih kita gunakan sehingga hari ini. 

    Namun, selepas 12 tahun beliau meninggal dunia, barulah kisahnya sebagai pencipta Jalur Gemilang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia pada tahun 2005. Semuanya bermula selepas kerjasama antara wartawan akhbar Harian Metro dan Arkib Negara.

    Jadi, guna dan kibarkanlah Jalur Gemilang dengan semangat cintakan negara. Terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan patriotisme melalui bendera. Tetapi, pastikan ia tidak bercanggah dengan adab menggunakan Jalur Gemilang. – RELEVAN

    Previous Article5 ragam manusia menguruskan wang
    Next Article Pertandingan rakam gambar untuk suarakan hak kanak-kanak

    Artikel berkaitan

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Artikel Terkini

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.