Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beauty standards, pretty privilege dan kesihatan mental

    Beauty standards, pretty privilege dan kesihatan mental

    By Umi FatehahJuly 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMAI yang memihak kepada individu yang lebih cantik. - GAMBAR HIASAN NICHOLAS KUSUMA/UNSPLASH

    BUKAN satu rahsia lagi bahawa masyarakat kita amat mementingkan penampilan fizikal. 

    Pengaruh daripada pengiklanan, selebriti dan media sosial semuanya membawa mesej kita perlu mempunyai penampilan atau cara tertentu untuk dianggap cantik. Ini juga dinamakan sebagai piawaian kecantikan (beauty standards).

    Gambar-gambar yang dilihat di iklan dan media sosial setiap hari mempunyai mempunyai kesan yang mendalam terhadap cara kita melihat diri sendiri dan orang lain. 

    Akan ada beberapa ketika, atau hampir setiap hari, individu yang mempunyai masalah imej badan (body image) yang negatif membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

    Perkara ini kemudian menimbulkan perasaan sentiasa tidak mencukupi kerana kurangnya rasa sayang dan menghargai diri sendiri. 

    Akibatnya, ramai orang merasakan tekanan yang besar untuk mengikut piawaian kecantikan yang ditetapkan oleh media sosial. Malangnya, ia boleh membawa akibat yang berbahaya dari segi mental dan fizikal.

    Perkaitan antara piawaian kecantikan dan kesihatan mental

    Tidak dinafikan dalam dunia yang mementingkan kecantikan ini, ramai yang memihak kepada individu yang lebih cantik atau menepati piawaian kecantikan. Ia dikenali sebagai pretty privilege.

    Orang yang lebih cantik atau kacak akan menikmati lebih banyak faedah berbanding orang yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Sebagai contoh, orang cantik menerima layanan istimewa di pejabat atau ke mana sahaja mereka pergi. 

    Dalam sesetengah budaya, kecantikan mungkin bermakna kelihatan sihat. Tetapi, dalam masyarakat yang semakin materialistik dan mementingkan imej lebih dari segalanya, piawaian kecantikan yang ada sekarang ini tidak realistik. 

    Secara logiknya, manusia dilahirkan dengan pelbagai latar belakang kehidupan, genetik, kaum, warna kulit dan sebagainya. Mustahil untuk semua orang mahu mengikuti piawaian kecantikan. Wajah dan badan kita sekarang juga tidak boleh diubah dalam sekelip mata seperti yang diinginkan walaupun melalui pembedahan plastik.

    Hanya untuk kelihatan cantik dan mendapat pengiktirafan (validation) daripada masyarakat, sesetengah individu sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan fizikal. 

    Antara masalah kesihatan mental yang mungkin timbul berpunca daripada isu ini ialah seperti berikut.

    • Kecelaruan makan (eating disorder)

    Masalah gangguan makan timbul kerana model, selebriti dan pempengaruh yang terkenal di media sosial semuanya berbadan kurus dan langsing. Individu yang sedikit berisi mula berasa tidak yakin dengan diri sendiri dan mahu ubah penampilan mereka dengan menurunkan berat badan.

    Tidak salah untuk menurunkan berat badan demi kehidupan yang lebih sihat, yang salahnya ialah cara penurunan berat badan itu dilakukan. Ada yang lebih rela berlapar untuk kurus dan cantik. Penurunan berat badan melalui cara ini bukan sahaja menganggu kesihatan mental, malah akan merosakkan kesihatan badan.

    • Kurang keyakinan diri

    Keyakinan diri yang rendah boleh mendatangkan banyak kesan negatif terhadap kehidupan dan perhubungan seseorang. Orang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah berasa tidak layak dan sering mencari hubungan untuk menguatkan keyakinan mereka. Ia akan membuatkan hidup terlalu bergantung kepada pendapat orang lain terhadap diri mereka sendiri.

    Mereka juga kurang keyakinan untuk mencuba perkara baharu. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pengalaman hidup, malah boleh menjadi halangan besar dalam kerjaya.

    • Benci pada diri sendiri

    Perasaan ini timbul kerana tidak mampu menerima kelebihan dan kekurangan diri sendiri kerana sering membandingkan diri dengan orang lain. 

    Apabila mula terbit rasa benci pada diri sendiri, mereka mungkin melakukan perkara seperti menyakiti diri sendiri (self harm) atau mempunyai fikiran untuk membunuh diri (suicidal thoughts).

    Rupa bukan segalanya

    Usaha mewujudkan rasa cintakan diri sendiri dan imej badan yang lebih positif memerlukan masa dan usaha. Anda juga perlu ingat bahawa kecantikan bukan segalanya dan cantik itu adalah subjektif. 

    Kita semua cantik dan unik dengan cara sendiri. Ada yang cantik pada perwatakannya, cara pertuturannya atau gaya pemikirannya.

    Ingatlah bahawa anda lebih daripada wajah dan badan yang cantik. Anda adalah manusia mempunyai bakat dan kualiti yang jauh lebih penting daripada rupa paras anda. – RELEVAN

    beauty privilege beauty standards featured kesihatan kesihatan mental
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.