Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Utamakan kesihatan mental pekerja, majikan boleh amalkan 4 langkah ini

    Utamakan kesihatan mental pekerja, majikan boleh amalkan 4 langkah ini

    By Umi FatehahJuly 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEMAKIN banyak tanggungjawab digalas, semakin terganggu kesihatan mental. - GAMBAR HIASAN VASILIS CARAVITIS/UNSPLASH

    BEBERAPA tahun kebelakangan ini telah banyak mengajar kita tentang kesihatan mental. Ada banyak faktor mendorong kepada keadaan kesihatan mental yang kurang baik. Salah satunya adalah persekitaran kerja.

    Tidak dinafikan bahawa kesihatan mental mempengaruhi prestasi kerja dalam pelbagai cara. Sama ada ia berkaitan dengan prestasi kerja, kepuasan kerja serta pengambilan dan pemberhentian pekerja. 

    Sebagai pemimpin, anda mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan budaya dan persekitaran syarikat yang meletakkan kesejahteraan mental pekerja sebagai perkara utama.

    Bersempena tema bulanan Relevan bagi Julai ialah kesihatan mental, kami senaraikan empat cara bagaimana anda sebagai majikan perlu mengutamakan kesihatan mental di pejabat.

    1. Galakkan untuk berehat

    Bukan fakta asing lagi, beban dan persekitaran kerja akan menyebabkan kebimbangan, tekanan dan keletihan. Semakin banyak tanggungjawab digalas, semakin terganggu kesihatan mental. 

    Walaupun ada kalanya tanggungjawab kerja yang diberikan boleh membuatkan seseorang itu bertenaga dan bermotivasi untuk melengkapkan tugasan, mereka masih memerlukan masa untuk berehat dan mengutamakan diri sendiri.

    Lima minit waktu berehat boleh mengubah lima jam dalam sehari. Dengan meluangkan sedikit masa untuk mengamalkan berehat, bermeditasi atau sekadar melangkah keluar dan menghirup udara segar, anda boleh menjadi lebih bersedia untuk menangani situasi yang tertekan.

    Selain itu, anda juga akan lebih bertenaga untuk bekerja sehingga tiba masanya untuk pulang ke rumah.

    1. Galakkan pekerja menetapkan sempadan dan katakan tidak

    Menetapkan sempadan ialah cara terbaik untuk membantu pekerja mengutamakan kesihatan mental berbanding tuntutan kerja yang berterusan.

    Kadang-kadang pekerja mungkin berasa tenggelam atau overwhelm dengan beban kerja yang menimbun. Dalam situasi begini, penetapan sempadan sangat membantu.

    Dengan menetapkan sempadan, pekerja boleh mengelakkan situasi yang menyebabkan tekanan tinggi atau lebih teruk lagi, burn out. Satu cara untuk melakukan ini adalah dengan hanya berkata, “tidak.” 

    Apabila mereka mampu mengatakan “tidak” kepada perkara tertentu, pekerja boleh meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengatakan “ya” kepada perkara yang lebih penting.

    1. Bersikap terbuka untuk mendengar luahan pekerja

    Sekiranya anda sebagai majikan mahu mewujudkan budaya dan persekitaran yang mengutamakan kesihatan mental, pintu untuk mendengar luahan pekerja perlu dibuka untuk mengetahui permasalahan yang mereka hadapi.

    Mewujudkan dialog terbuka mengenai kesihatan mental bukan sahaja memberi ruang kepada pekerja untuk mengadu. Tetapi, anda sebagai majikan juga akan lebih memahami punca prestasi mereka merudum.

    1. Beri penghargaan

    Penghargaan terbukti secara saintifik memberi kesan positif kepada kesejahteraan pekerja. Menzahirkan penghargaan kepada para pekerja mampu meningkatkan prestasi pekerja kerana mereka akan lebih bermotivasi untuk memberikan yang terbaik demi kepentingan syarikat.

    Ia bukan sahaja sumber motivasi, tetapi juga memberi kesan kepada faktor kebahagiaan keseluruhan untuk syarikat anda.

    Jika pekerja sentiasa dikelilingi oleh rasa dihargai di pejabat, rasa penghargaan itu boleh menjadi menular. Ini bermaksud, sekelompok pekerja yang positif akan menyumbang kepada persekitaran pejabat yang lebih positif. – RELEVAN

    Previous ArticleTikTok punca generasi muda cuba vape
    Next Article Keliru dengan personaliti diri? 5 tanda ini anda seorang ambivert

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.