Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » TikTok punca generasi muda cuba vape

    TikTok punca generasi muda cuba vape

    By Umi FatehahJuly 11, 2023Updated:August 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TikTok menyumbang kepada peningkatan jumlah penggunaan vape. - GAMBAR HIASAN FAISOL MUSTAPHA

    KEBIMBANGAN ibu bapa terhadap risiko yang dihadapi oleh anak-anak ketika menggunakan media sosial kini mungkin mempunyai sebab tambahan yang perlu dirisaukan.

    Kita sudah sedia maklum mengenai platform media sosial yang telah terbukti mewujudkan risiko kepada remaja untuk menghadapi cabaran kesihatan mental. Antaranya ialah gangguan tidur, pendedahan kepada buli dan peningkatan kes kemurungan serta kebimbangan. 

    Namun, kajian terbaharu menunjukkan bahawa remaja di TikTok juga mudah terpengaruh untuk mencuba rokok elektronik atau vape.

    Meskipun generasi muda sebenarnya tahu keburukan rokok tradisional terhadap kesihatan, vape masih laku dijual di pasaran. 

    Menurut Forbes, salah satu sebab penjualan dan pembelian vape dalam kalangan generasi muda sangat tinggi adalah kerana mengikut trend. Itu salah satu sebab rokok elektronik yang juga dikenali sebagai e-cigs dan vape digemari ramai berbanding produk tembakau tradisional dalam kalangan belia.

    MESKIPUN generasi muda sebenarnya tahu keburukan rokok tradisional terhadap kesihatan, vape masih laku dijual di pasaran. – ILUSTRASI OLEH HASSAN SHAH

    TikTok menyumbang kepada peningkatan jumlah penggunaan vape

    Menurut penyelidik di Universiti Curtin di Perth, Australia, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penggunaan vape dalam kalangan belia ialah TikTok. 

    Walaupun media sosial popular itu menentang promosi dadah, alkohol dan tembakau, pasukan penyelidik tersebut masih mendapati video yang mempromosikan vape berleluasa di laman web tersebut. 

    Kandungan vape

    Sama seperti rokok, nikotin merupakan agen utama dalam vape. Ia terbukti menyebabkan ketagihan dalam kedua-dua bentuk sama ada rokok tradisional mahupun vape. 

    Selain itu, vape juga mempunyai kesan yang sama seperti rokok tradisional, iaitu terbukti dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Keadaan ini boleh menyebabkan individu yang merokok mempunyai penyakit paru-paru kronik serta meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. 

    Penggunaan vape dalam kalangan golongan muda termasuk di Malaysia semakin berkembang pesat. Begitu juga bukti kesan kesihatan yang berbahaya daripada vape. 

    Sejak awal tahun lagi, sudah ramai yang kongsikan dada mereka ditebuk akibat penggunaan vape yang terlalu kerap. Tetapi, orang ramai seakan-akan buat endah tak endah sahaja dan teruskan kebergantungan terhadap vape. 

    Adakah vape lebih baik daripada merokok?

    Pasti anda pernah dengar tentang vape itu lebih baik daripada merokok, bukan? Ada juga yang berkata vape ialah inisiatif yang baik untuk berhenti merokok. 

    Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), kebanyakan pakar bersetuju bahawa vape kurang berbahaya jika dibandingkan dengan rokok tradisional. Tetapi, ia tidak bermakna vape bebas daripada risiko merosakkan kesihatan. 

    Vape dikatakan mendedahkan pengguna kepada toksin dalam kandungan yang lebih sedikit dan pada tahap lebih rendah berbanding merokok.

    Betul, vape nikotin merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk berhenti merokok. Namun, ia tidak disyorkan untuk bukan perokok dan golongan muda kerana ia tidak bebas daripada bahaya sepenuhnya.

    Seeloknya, jika vape digunakan untuk berhenti merokok, anda juga seharusnya menanam niat untuk berhenti menggunakan vape juga. Paling penting, pilihan paling sihat adalah tidak merokok atau vape sama sekali.

    Jika anda tidak pernah merokok, jangan sesekali mula untuk mencuba vape. – RELEVAN

    Previous ArticleRama-rama jadi inspirasi penyelesaian masalah matematik
    Next Article Utamakan kesihatan mental pekerja, majikan boleh amalkan 4 langkah ini

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.