Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Haji dan Korban #3: Hukum berhutang, jantina haiwan korban dan lain-lain

    5 Soalan Haji dan Korban #3: Hukum berhutang, jantina haiwan korban dan lain-lain

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN telah menjadi amalan lazim, masih terdapat sesetengah perkara berkenaan hukum dalam ibadah korban yang menjadi kekeliruan buat umat Islam. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SUDAH menjadi kebiasaan setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, ibadah korban akan dilaksanakan anggota masyarakat yang berkemampuan bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT.

    Walaupun telah menjadi amalan lazim, masih terdapat sesetengah perkara berkenaan hukum dalam ibadah ini yang menjadi kekeliruan buat umat Islam.

    Sehubungan itu, berpandukan Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Relevan menyenaraikan lima persoalan berkaitan ibadah korban yang mungkin belum  jelas buat sesetengah pihak.

    • Hukum berhutang bagi mengerjakan ibadah korban

    Kewujudan pakej-pakej korban yang membolehkan bayaran dibuat secara ansuran menimbulkan persoalan sama ada tindakan berhutang untuk melaksanakan ibadah korban itu dibolehkan.

    Melaksanakan korban dengan cara berhutang adalah sah di sisi syarak kerana berkemampuan bukanlah syarat sah ibadah korban, sebaliknya syarat taklif.

    Namun, adalah tidak digalakkan untuk seseorang berhutang demi melaksanakan ibadah korban kerana tuntutan untuk melakukannya adalah pada orang yang mampu menggunakan wang sendiri.

    Malah, Islam juga tidak pernah membebankan umatnya untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan dirinya.

    Bacaan lanjut:  Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri ke-77

    • Sedekah bahagian korban yang tidak mempunyai penama

    Ibadah korban yang berkongsi bahagian pada seekor lembu dengan bahagian yang tidak diniat korban adalah harus menurut Mazhab Syafie. 

    Bahagian yang diniat korban tersebut sah ibadahnya dan pengagihan bahagian tersebut wajib mengikut apa yang disyaratkan dalam pembahagian daging korban.

    Sementara itu, bagi bahagian lembu yang tidak ada penama atau tidak diniatkan untuk korban, ia dikira sebagai sedekah secara umum dan tidak dikira sebagai ibadah korban kerana tidak diniatkan untuk korban.

    Daging pada bahagian tersebut boleh disedekah atau digunakan tanpa perlu mengikut cara pembahagian daging korban.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri ke-76

    • Hukum ibu bapa melaksanakan korban untuk anak yang belum baligh

    Ibu bapa diharuskan melaksanakan korban untuk anak yang belum baligh. Ini dengan syarat harta yang digunakan untuk membeli binatang korban mestilah diambil daripada harta ibu bapa dan bukan harta anak-anak.

    Ini bermaksud, binatang yang ingin dikorbankan mestilah datang dari harta ibu bapa, kemudian ibu bapa menghadiahkan korban tersebut kepada anaknya dan menyembelih binatang bagi pihak anak dengan keizinan anak.

    Ibu bapa akan mendapat pahala kerana memberi hibah manakala anak akan mendapat pahala kerana ibadah korbannya.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri ke-75

    • Jantina haiwan yang lebih afdal untuk dikorbankan

    Kedua-dua jantina haiwan ternakan adalah diharuskan untuk dikorban, tidak kira jantan mahupun betina. Namun, pemilihan haiwan yang paling utama adalah haiwan jantan yang tidak banyak mengawan.

    Ada juga pendapat yang mengatakan daging haiwan jantan adalah lebih baik berbanding betina.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri ke-74 

    • Hukum mengerjakan ibadah korban bagi pihak orang lain tanpa keizinannya

    Hukum mengerjakan ibadah korban bagi pihak lain yang masih hidup tanpa keizinannya adalah tidak sah.

    Ini kerana asal bagi perkara ibadah seperti korban adalah tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan ada dalil yang mengharuskan berbuat demikian, terutamanya apabila tiada keizinan.

    Namun, dalam konteks untuk melepaskan tanggungan sunat kifayah sesebuah keluarga, seorang ahli keluarga boleh mengerjakan ibadah korban tanpa keizinan ahli keluarga yang lain.

    Begitu juga halnya dengan sembelihan korban oleh pemimpin bagi kaum Muslimin menggunakan harta Baitulmal.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri ke-73 

    *Pandangan yang dicatatkan dalam artikel ini merupakan ringkasan. Untuk dalil yang lebih terperinci, pembaca dinasihatkan menekan hyperlink yang disediakan.

    Previous ArticleKeputusan tawaran Tingkatan 6 diumum 7 Julai, ini cara untuk buat semakan
    Next Article Kad kredit umpama pisau, guna dengan bijak

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.