Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jaga gigi untuk jaga diri

    Jaga gigi untuk jaga diri

    By Umi FatehahJune 15, 2023Updated:June 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JAGA gigi untuk jaga diri. - FOTO SHIDDIEQIIN ZON

    MASYARAKAT hari ini semakin cakna tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Tidak kira umur, latar belakang atau gaya hidup, semua orang memahami kepentingan menjaga kesihatan bagi menjalani kehidupan sejahtera. 

    Bermula daripada kesejahteraan fizikal kepada keseimbangan mental dan emosi, kesihatan kita merangkumi pelbagai dimensi. Setiap satu daripadanya memerlukan perhatian dan asuhan sejak kecil.

    Namun begitu, tidak semua orang betul-betul mengambil serius tentang kesihatan oral. Seperti yang dikatakan oleh pakar pergigian daripada Thrive Dental, Dr. Meera Asokan, oral health is overall health. 

    DR. Meera Asokan, dari Thrive Dental – FOTO SHIDDIEQIIN ZON

    Mulut ialah pintu gerbang kepada keseluruhan badan. Penjagaan oral yang buruk akan memberi kesan negatif kepada kesihatan secara menyeluruh.

    “Kesihatan mulut yang buruk boleh memberi kesan domino pada kesihatan keseluruhan. Ia menjejaskan struktur wajah dan menyukarkan anda untuk mengunyah. 

    “Apabila sukar untuk mengunyah, ia akan menyebabkan pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan.

    “Jika didiagnosis lebih awal, rawatan pergigian boleh menjadi mudah dan murah. Semakin lama diabaikan, semakin mahal harga rawatan untuk membaiki segala kesakitan,” ujar Meera.

    Kebanyakan pesakitnya di Thrive Dental ialah golongan geriatrik. Jadi, beliau sudah melihat dan merawat banyak masalah kesihatan oral dalam kalangan dewasa berumur daripada pelbagai faktor.

    Apakah yang dimaksudkan dengan pergigian geriatrik?

    Pergigian geriatrik ialah subkepakaran pergigian penjagaan khas yang hanya memfokuskan kepada warga emas. Warga emas yang dimaksudkan pula bukan sekadar berumur dan lemah. Tetapi terbahagi kepada tiga kategori lain iaitu:

    1. Warga emas yang sihat dan aktif

    Golongan ini boleh dikatakan mereka menua dengan sihat. Jadi mereka hanya diberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran, pencegahan dan penyelenggaraan. 

    Keadaan kesihatan oral golongan ini juga sesuai untuk rawatan estetik seperti pemutihan gigi, pendakap gigi dan veneer kerana gigi mereka yang kurang bermasalah.

    Kata Meera, selagi jasad sihat dan kuat kudratnya, anda tidaklah terlalu tua untuk mencantikkan gigi.

    1. Warga emas yang mempunyai latar belakang kesihatan kronik

    Mereka mungkin tidak memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti kehidupan seharian. Tetapi, kebiasaannya kesihatan gigi mereka terjejas kerana tabiat kehidupan atau kesan sampingan ubat-ubatan.

    Sebagai contoh, warga emas yang menghidap diabetes, post-stroke, demensia, rheumatoid arthritis dan kanser.

    Lazimnya, masalah pergigian yang dialami oleh golongan ini sudah tidak dapat dipulihkan. Jadi, mereka memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan. 

    1. Warga emas yang keadaan fizikalnya terjejas

    Golongan ini perlu diberi tumpuan kepada pengurusan kesakitan dan pencegahan sebarang kemasukan ke hospital akibat jangkitan gigi.

    Hal ini kerana sektor perkhidmatan kesihatan di Malaysia sudah keletihan. Mereka tidak seharusnya dibebani dengan kecemasan pergigian. 

    Walaupun penjagaan pergigian untuk pesakit geriatrik boleh disediakan oleh doktor pergigian am, adalah lebih baik sekiranya mereka dirawat oleh pakar pergigian yang terlatih dalam bidang ini. Mereka juga akan dirawat dengan mengambil kira sensitiviti, tingkah laku tidak menentu dan persekitaran yang lebih inklusif.

    Doktor geriatrik juga menitikberatkan peranan penjaga dan kerjasama dengan ahli keluarga. Disebabkan sesetengah pesakit tidak mampu untuk bangun ke tandas apatah lagi memegang berus gigi, penting untuk ahli keluarga lain memainkan peranan dengan betul.

    Sejujurnya, jarang-jarang kita dengar tentang klinik pergigian yang menumpukan penjagaan kesihatan oral dalam kalangan warga emas. Mungkin ada lagi beberapa klinik lain yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang ini tetapi ia tidaklah sebanyak klinik gigi biasa. 

    Ingin tahu lebih lanjut tentang penjagaan oral bagi warga emas? Nantikan bahagian dua dalam artikel seterusnya. – RELEVAN

    Previous ArticleRafizi konsisten, mahu hapus pengkelasan B40, M40, T20 bermula tahun hadapan
    Next Article Penjagaan oral dalam kalangan warga emas

    Artikel berkaitan

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.