Facebook Twitter
    Trending
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025
    • Kerjaya

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 makanan ini buat perut lebih kenyang, bantu kuruskan badan

    7 makanan ini buat perut lebih kenyang, bantu kuruskan badan

    By June 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT beberapa makanan yang boleh membantu anda berasa kenyang dan sekali gus, membantu menurunkan berat badan. - FOTO OLEH PEXELS

    MENGAWAL jumlah makanan yang diambil adalah langkah terpenting dalam usaha menguruskan badan selain bersenam dan pelbagai aktiviti sihat yang lain, tetapi sering berasa lapar akan membantutkan usaha menurunkan berat badan.

    Sudah pasti keadaan ini membuatkan anda berputus asa untuk meneruskan misi kurus dan memilih melayan selera makan yang tidak berkesudahan.

    Apa kata anda cuba makanan yang disarankan oleh realbuzz.com untuk mencegah rasa lapar. Berikut Relevan perincikan tujuh makanan itu yang membantu membuat anda kenyang dengan cara lebih sihat.

    1. Bubur

    Kebanyakan pakar pemakanan akan mengesyorkan anda makan bubur dan pelbagai jenis oat secara konsisten sebagai makanan sihat yang mengenyangkan terutama untuk memulakan hari.

    Bubur Oat mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang sangat rendah. Ini bermakna, glukosa daripada karbohidrat dilepaskan ke dalam aliran darah anda secara perlahan-lahan, mengekalkan tahap tenaga untuk masa yang lebih lama dan menghalang keinginan makanan selepas sarapan pagi.

    Oat yang tinggi serat akan memastikan paras gula dalam darah anda seimbang dan juga mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyerap sebarang cecair dengan cekap melalui saluran penghadaman pada kadar yang sangat perlahan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 makanan kulit cantik, gebu dan awet muda – Relevan

    1. Bertih jagung

    Bertih jagung adalah bijirin penuh lantas menjadikannya kaya dengan serat dan protein. Empat cawan bertih jagung bersamaan 3 gram (g) nutrien.

    Snek ringan ini bukan sahaja rendah kalori tetapi membuat kita berasa kenyang kerana apabila dimakan bertih jagung akan mengambil banyak ruang dalam perut.

    Kini, bertih jagung disaluti dengan pelbagai perasa, tetapi dalam usaha menjaga pemakanan sihat, anda disarankan menetapkan pengambilan bertih jagung yang kurang 150 kalori.

    Adalah lebih baik menjauhkan diri daripada makan bertih jagung yang disalut mentega dan tofi (toffee) kerana ia tidak sihat.

    1. Epal, oren dan pear

    Epal, pear dan oren adalah buah-buahan yang bagus untuk menahan rasa lapar kerana ia penuh serat serta gula semula jadi, malah berfungsi sebagai sumber tenaga mampan yang berguna.

    Kajian juga telah mencadangkan buah-buah tersebut untuk dibuat snek pra-makan yang baik.

    Penyelidikan menunjukkan bahawa makan sebiji epal 20 minit sebelum makan dapat mengurangkan jumlah makanan yang dimakan semasa makan.

    Oren adalah satu lagi buah super apabila merujuk kepada indeks kenyang dan hampir dua kali lebih mengenyangkan berbanding pisang untuk jumlah kalori yang sama.

    1. Telur

    Telur mengandungi proteinnya yang tinggi dan merupakan sebagai salah satu daripada beberapa protein lengkap yang mempunyai kesemua sembilan asid amino.

    Setelah dimakan, asid amino ini mencetuskan hormon dalam usus yang menyekat selera makan, mencapai perasaan puas.

    Protein dalam telur itu bukan sahaja membuat anda berasa kenyang, tetapi ia juga penting untuk pertumbuhan optimum badan dan penyelenggaraan tisu otot yang aktif secara metabolik.

    Satu biji telur mengandungi kira-kira 140 kalori dan 12g protein yang boleh membantu menahan rasa lapar dan mengekalkan paras gula darah.

    Jangan sesekali membuang kuning telur kerana sebahagian besar proteinnya terkandung dalam kuning telur.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 nutrien penting untuk badan dan kesihatan mental – Relevan

    1. Sup

    Sup adalah salah satu daripada makan tengah hari dan snek yang ideal agar anda boleh miliki rasa puas ketika makan dan terhindar daripada rasa lapar.

    Sup juga lambat dihadam, melalui sistem penghadaman lebih perlahan, mengisi perut anda dengan cecair dan sayur-sayuran dipecahkan dengan perlahan.

    Memulakan hidangan dengan sup yang enak ialah strategi pengisian yang hebat kerana banyak penyelidikan yang mencadangkan makan sup sebelum makan mampu meningkatkan rasa kenyang, menyebabkan anda makan lebih sedikit dan mengambil lebih sedikit kalori.

    Pun begitu, sup terbaik adalah dimasak sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sihat, mengawal pengambilan garam, gula serta serbuk perasa lain.

    1. Yogurt greek dan smoothie

    Buah-buahan mempunyai banyak manfaat kesihatan lebih-lebih lagi apabila anda menggabungkannya dengan yogurt dan smoothie untuk menambah kalsium serta mengisi kekosongan di dalam perut anda.

    Buah beri terutamanya, boleh menjadi makanan tambahan yang bagus kepada beberapa yogurt atau smoothie untuk memberikan sumber nutrisi dan tenaga ekstra kerana ia rendah gula dan tinggi serat berbanding buah-buahan lain.

    Smoothie boleh menjadi cara terbaik untuk memuaskan rasa lapar kerana teksturnya yang lebih pekat dan kandungan nutrisi yang kaya akan memperlahankan sistem penghadaman.

    Menambah beberapa yogurt greek ke dalam smoothie anda adalah satu lagi cara yang produktif untuk mengelakkan rasa lapar kerana ia mengandugi protein yang tinggi dan asid amino untuk melambatkan sistem penghadaman serta mencegah rasa lapar.

    1. Avokado

    Buah ini terkenal dengan kandungan lemaknya yang tinggi, tetapi anda jangan salah anggap. Avokado mengandungi lemak baik (monounsaturated) yang membantu mengurangkan kolesterol dengan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi yang terdapat dalam darah, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan ketara dan juga membantu masalah lain seperti arthritis.

    Avokado juga meningkatkan penyerapan nutrien larut lemak dan membantu badan anda menggunakan sepenuhnya sebarang makanan yang dimasukkan ke dalamnya.

    Kandungan lemak sihat dan serat yang tinggi melambatkan sistem penghadaman, meningkatkan kepuasan dan melepaskan tenaga secara perlahan.

    Sama ada dimasukkan dalam sandwic atau salad, terdapat banyak cara yang boleh anda sediakan buah ini untuk mengurangkan rasa lapar dan mengawal berat badan.- RELEVAN

     

    featured kurus lemak baik makanan sihat zubaidah
    Artikel Terkini

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    June 12, 2025

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    June 11, 2025

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    June 9, 2025

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.