Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    • 6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025
    • Kewangan

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    By Umi FatehahJune 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MASALAH kesihatan mental dan tekanan emosi telah menjadi isu kesihatan awam yang semakin penting, terutamanya setelah wabak Covid-19 melanda negara. 

    Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 10 September 2022, kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan 2021 berbanding 631 kes pada 2020.

    Bagi 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM sehingga bulan Jun.

    Sebagai inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dari sudut kesihatan mental, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) ditubuhkan pada Oktober 2021 dengan visinya untuk menjadi peneraju dalam pendidikan kesihatan mental dan menyokong orang yang mengalami gangguan kesihatan mental.

    Jelas MIASA dalam sebuah kenyataan, antara Januari 2023 hingga April 2023, sebanyak 1,923 panggilan dibuat ke talian hotline dan 5,021 panggilan dibuat ke talian pejabat dan nombor MIASA yang lain. 

    Selain itu, kira-kira 9,936 orang menghubungi organisasi untuk mendapatkan bantuan merentas semua platform lain dalam tempoh masa yang sama.

    Bersama berganding bahu dengan Yayasan Sime Darby (YSD), MIASA melihat keperluan untuk memindahkan sistem talian bantuan kepada penyedia baharu. Ia merupakan usaha bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada mereka yang bergelut dengan isu, cabaran kesihatan mental termasuklah rakyat Malaysia secara keseluruhan. 

    Melalui pengenalan sistem baharu, perkhidmatan krisis telah diberi nombor baharu yang diharapkan lebih mudah diingati. Apabila seseorang mengalami krisis, mereka memerlukan bantuan secepat mungkin. Oleh itu, nombor yang mudah diingat adalah sangat berguna dalam situasi genting. 

    Bermula 1 Jun 2023, orang ramai kini boleh menghubungi Talian Bantuan Krisis 24/7 MIASA di 1800-1800-66.

    Presiden dan pengasas MIASA, Anita Abu Bakar menasihati orang ramai agar menyimpan nombor itu dalam senarai kenalan untuk mendapatkan semula atau menghafalnya dengan lebih mudah.

    Paling penting, dengan adanya sistem baharu, Pasukan Krisis daripada MIASA dapat memberi sokongan lebih baik dengan sistem pengoperasian lebih lancar dan tindak balas yang lebih pantas.

    Dikendalikan oleh lebih daripada 150 sukarelawan terlatih, Talian Bantuan Krisis MIASA menawarkan khidmat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 

    Sesiapa sahaja yang memerlukan seseorang untuk bercakap dengan semasa krisis atau untuk mendapatkan sokongan psikologi boleh menghubungi talian bantuan pada bila-bila masa, kerana ia beroperasi 24 jam sehari, setiap hari. 

    “Krisis kesihatan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jadi, adalah penting untuk kita menyediakan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan cara yang mudah untuk mereka capai. 

    “Kami berharap, mereka yang sedang bergelut dengan isu kesihatan mental akan mendapatkan bantuan dan sokongan semudah dengan bercakap bersama seseorang yang mengambil berat, seperti sukarelawan kami di talian bantuan krisis,” tambah Anita.

    Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi Talian Bantuan Krisis MIASA di 1800-1800-66 mulai 1 Jun 2023, setiap hari, pada bila-bila masa. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.