Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Strok haba atau keletihan haba, apakah perbezaannya?

    Strok haba atau keletihan haba, apakah perbezaannya?

    By Umi FatehahMay 17, 2023Updated:May 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    STROK haba atau keletihan haba, apakah perbezaannya? - GAMBAR HIASAN NATHAN DUMLAO/UNSPLASH

    MUSIM panas yang melanda seluruh Malaysia dijangka akan berlarutan sehingga Ogos ini. Ekoran cuaca panas itu, beberapa kes maut akibat strok haba telah direkodkan.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, mari kita kenali apa itu perbezaan ciri dan simptom antara strok haba atau keletihan haba agar langkah yang proaktif dapat diambil bagi mencegah masalah kesihatan atau lebih teruk, maut.

    Keletihan haba berlaku apabila badan kehilangan kandungan air dan garam, biasanya akibat berpeluh. Sebaliknya, strok haba adalah keadaan serius yang berlaku apabila badan tidak dapat mengawal suhu dalamannya.

    PERBEZAAN ciri dan simptom antara strok haba dan keletihan haba. – INFOGRAFIK OLEH HASSAN SHAH

    Strok haba

    Bagi strok haba, simptom pertama yang mungkin pesakit akan alami ialah peningkatan suhu badan yang mencecah 40 darjah Celsius ke atas. Sekiranya perkara ini berlaku, terus hubungi pihak hospital atau terus ke bahagian kecemasan untuk dapatkan rawatan segera.

    Suhu badan yang terlalu tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan lain yang mungkin akan mengeruhkan keadaan.

    Simptom yang seterusnya mungkin tidak ramai yang sedar iaitu degupan jantung. Perhatikan degupan jantung, jika ia berdegup dengan cepat dan kuat ketika anda berada di bawah terik panas matahari atau dalam keadaan yang panas, bergegas pindah ke kawasan yang lebih teduh atau sejuk.

    Sekiranya anda mula merasakan kehilangan atau perubahan kepada tahap kesedaran dan tidak mampu untuk berfokus, tingkatkan pengudaraan bagi mempercepatkan proses penyejukan badan. Buka tingkap, kuatkan kelajuan kipas atau hidupkan pendingin hawa bagi menstabilkan suhu badan.

    Selain itu, akibat kekurangan air, kulit juga akan kelihatan kemerahan, panas, kering atau lembap di luar kebiasaan, gunakan kain basah yang sejuk untuk membantu menurunkan suhu badan.

    Keletihan haba

    Simptom-simptom keletihan haba pula seperti berikut. Relevan sertakan bersama apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anda mengalami mana-mana simptom berikut.

    • Rasa lemah atau letih disebabkan cuaca panas

    Sekiranya anda mengalami simptom ini, cuba sejukkan badan dengan mandi menggunakan air sejuk. Sekiranya berada di luar kawasan rumah, dapatkan kompres atau kain sejuk bagi membantu menurunkan suhu badan.

    • Peningkatan penghasilan peluh yang luar daripada kebiasaan

    Bagi mengelakkan dehidrasi akibat pengeluaran peluh yang banyak, tingkatkan pengambilan air. Anda boleh minum air minuman biasa atau minuman bertenaga seperti 100 plus, redbull atau Revive.

    • Degupan jantung yang laju

    Sama seperti simptom strok haba, gegas berpindah ke kawasan yang lebih redup dan sejuk bagi mengelakkan suhu badan semakin meningkat.

    • Mual atau muntah

    Sekiranya anda muntah dengan kerap, dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor untuk diagnosis yang lebih tepat.

    • Pening atau pengsan

    Rehat sebentar sama ada baring atau duduk sebentar sehingga anda merasakan badan sudah stabil. Jangan lupa untuk minum air juga bagi membantu mempercepatkan proses menstabilkan badan semula.

    • Kulit kelihatan pucat, sejuk dan lembab

    Tanggalkan sebarang lapisan pakaian yang tidak diperlukan, seperti kasut atau stokin. Tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan suhu badan tidak meningkat.

    Jika anda boleh menyejukkan badan dalam masa 30 minit, keletihan haba biasanya tidak dianggap sebagai kecemasan.

    Tetapi, jika anda tidak dapat menurunkan suhu badan atau jika mengalami mana-mana simptom yang lebih teruk, dapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk berlaku. – RELEVAN

    featured keletihan haba kesihatan strok haba
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.