Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » YouTube tidak lagi membenarkan anda menggunakan penyekat iklan

    YouTube tidak lagi membenarkan anda menggunakan penyekat iklan

    By Umi FatehahMay 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    YouTube tidak lagi membenarkan anda menggunakan penyekat iklan. - GAMBAR CHRISTIAN WIEDIGER/UNSPLASH

    YOUTUBE telah melakukan eksperimen dengan memaparkan notifikasi pop-up kepada beberapa pengguna yang memberi amaran tidak dibenarkan menggunakan penyekat iklan (ad-blocker) ketika menggunakan laman web perkongsian video tersebut.

    Notifikasi seperti yang boleh dilihat di bawah, muncul jika Google mengesyaki anda menggunakan sejenis penyekat kandungan yang menghalang video di YouTube memaparkan iklan.

    PAPARAN notifikasi pop-up kepada beberapa pengguna YouTube dengan penyekat iklan. – GAMBAR OLEH PENGGUNA REDDIT

    Menurut YouTube, ini adalah percubaan dan hanya sebilangan kecil pengguna akan melihat notifikasi tersebut semasa melayari YouTube.com. Notis itu memberitahu pengguna, “nampaknya anda mungkin menggunakan penyekat iklan,” dan mengingatkan mereka bahawa “iklan membolehkan YouTube kekal percuma untuk berbilion pengguna di seluruh dunia.”

    Ia juga menggesa anda untuk “layari tanpa iklan dengan YouTube Premium dan pencipta kandungan masih boleh mendapat bayaran daripada langganan anda.”

    Jurucakap YouTube mengesahkan eksperimen ini dan berkata syarikat itu menggesa penonton untuk mencuba YouTube Premium atau membenarkan iklan di platform.

    “Kami sedang menjalankan percubaan kecil di seluruh dunia yang menggesa penonton dengan menghalang penggunaan penyekat iklan bagi membenarkan iklan di YouTube atau mencuba YouTube Premium,” kata jurucakap itu kepada BleepingComputer.

    Pengesanan penyekat iklan bukan perkara baharu dan pencipta kandungan lain kerap meminta penonton melumpuhkan penyekat iklan.

    Terdapat dua pilihan yang dibentangkan iaitu butang untuk “membenarkan iklan di YouTube,” dan butang untuk mendaftar untuk YouTube Premium, langganan tanpa iklan yang berharga RM17.09 sebulan di Malaysia.

    Beberapa pengguna yang menggunakan penyekat iklan yang telah melihat notis mengatakan bahawa mereka boleh mengabaikan pilihan tersebut dan terus menyekat iklan seperti biasa tetapi kaedah ini tiada siapa yang tahu mampu bertahan untuk berapa lama.

    Namun begitu, terdapat pautan jika anda tidak menggunakan penyekat dan ingin melaporkan pengesanan palsu.

    Setakat ini, sejauh mana eksperimen ini dilakukan masih tidak dapat dikenal pasti. Wujud juga kebarangkalian bahawa syarikat itu merancang untuk menghentikan mereka yang menggunakan penyekat iklan daripada mengakses platform tersebut sama sekali.

    Menurut laporan daripada sebuah media di Amerika Syarikat, ini berlaku selepas pengenalan Youtube Premium dan Youtube Music yang mempunyai kira-kira 80 juta pelanggan pada November 2022 iaitu meningkat lebih 30 juta pengguna dalam tempoh kurang daripada setahun.

    Membuat tempoh paparan iklan semakin lama dan iklan yang tidak boleh dilangkau kebelakangan ini juga menjadi beberapa sebab pengguna menggunakan penyekat iklan termasuk juga yang sanggup melanggan pakej YouTube Premium bagi menikmati pengalaman menonton video tanpa iklan.

    Seperti yang diluahkan oleh seorang pengguna media sosial Reddit, sejak YouTube memaparkan iklan, ia tidaklah terlalu teruk sehingga mereka memaparkan iklan berdurasi dua minit yang tidak dapat dilangkau.

    Selain itu, YouTube juga sering memaparkan lebih daripada satu iklan sebelum video dimainkan dan di pertengahan video. Perkara ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kemarahan pengguna. – RELEVAN

    Previous Article3 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap hipertensi, ramai yang tidak menjaga kesihatan
    Next Article Bagaimana telefon ‘mengintip’ perbualan dan tingkah laku anda untuk iklan?

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.