Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap hipertensi, ramai yang tidak menjaga kesihatan

    3 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap hipertensi, ramai yang tidak menjaga kesihatan

    By Umi FatehahMay 12, 2023Updated:May 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi sering digelar sebagai pembunuh senyap. - GAMBAR IN.DEED COMMUNICATIONS

    MASALAH hipertensi atau tekanan darah tinggi sering digelar sebagai pembunuh senyap (silent killer) kerana sesiapa sahaja yang menghidapi masalah ini, mereka tidak menunjukkan simptom yang ketara.

    Kadar hipertensi di Malaysia pula sangat tinggi di mana tiga daripada 10 dewasa menghidapi masalah kronik ini. Disebabkan hipertensi tidak menunjukkan simptom yang ketara, hampir separuh daripada pesakit tidak mengambil apa-apa tindakan.

    “Sikap tidak mengendahkannya boleh membawa kepada komplikasi serius seperti strok dan kegagalan organ dalam badan. 

    “Sebaik sahaja munculnya tanda-tanda amaran seperti penglihatan yang kabur, pening-pening, sakit dada dan kesukaran untuk bernafas, ini bermakna komplikasi sudah pun berlaku,” jelas Pakar Perubatan Keluarga di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Madya Dr. Verna Lee Kar Mun.

    Menurut beliau, faktor-faktor risiko termasuklah sejarah keluarga yang menghidapi hipertensi, obesiti, gaya hidup yang tidak aktif dan diet tidak sihat yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. 

    Berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan untuk mengelak atau mengurangkan risiko hipertensi.

    Periksa tekanan darah dengan kerap

    Jangan berasa takut untuk memeriksa tekanan darah. Orang ramai sepatutnya perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali walaupun anda percaya kesihatan diri dijaga dengan baik.

    Walaupun anda berjumpa dengan doktor disebabkan demam selsema atau sakit-sakit lain yang kurang berisiko, dapatkan doktor yang merawat untuk periksa tekanan darah sebagai langkah berjaga-jaga.

    Meskipun tekanan darah lazimnya akan sedikit naik semasa anda tidak sihat, ia sepatutnya tidak akan melepasi 140/90. Hanya bacaan yang melebihi 140/90 secara konsisten walaupun tiada penyakit akan didiagnosis sebagai menghidap hipertensi.

    Bagi orang yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap hipertensi, mereka lebih berisiko tinggi untuk menghidapinya dan perlu lebih kerap mendapatkan pemeriksaan supaya tekanan darah tinggi dapat diteliti oleh doktor. 

    Kekerapan pemeriksaan juga dapat mengesan hipertensi lebih awal, di mana perubahan gaya hidup dan rawatan berkemungkinan lebih berkesan.

    Sementara itu, orang yang sudah pun didiagnosis menghidap hipertensi, perlulah mempunyai alat untuk memantau tekanan darah di rumah. Dapatkan nasihat doktor tentang kekerapan pemeriksaan darah yang perlu dilakukan.

    Ambil perhatian akan perkara yang boleh meningkatkan tekanan darah 

    Hipertensi berlaku apabila saluran darah makin sempit dan meningkatkan tekanan. Jika keadaan ini berlaku, ia memaksa jantung bekerja lebih keras untuk meningkatkan jumlah dan mengekalkan aliran darah yang mencukupi ke semua organ-organ utama. 

    Masalah obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif merupakan antara faktor berlakunya hipertensi. Walaupun kebanyakan orang menyedari yang mereka perlu bersenam dan mengekalkan berat badan sihat, terdapat beberapa lagi faktor yang tidak diketahui yang mendorong kepada tekanan darah tinggi seperti:

    • Hipertensi sekunder. Ia berlaku disebabkan faktor kesihatan lain seperti apnea tidur obstruktif (OSA) yang lazimnya berlaku kepada orang yang mengalami masalah obesiti. Penyebab lain bagi hipertensi sekunder ialah tiroid dan penyakit buah pinggang kronik. 
    • Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti ubat pelega (decongestant) yang berfungsi menyempitkan saluran darah dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs).
    • Tabiat pemakanan yang buruk. Elakkan memakan makanan yang tinggi kandungan garam. Sebaliknya, tingkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan potasium tinggi seperti pisang, kekacang dan buah-buahan sitrus bagi mengawal tekanan darah.

    Jujur dan bersikap terbuka dengan doktor

    Menurut Verna, kadang-kadang, pesakit tidak betul-betul berlaku jujur dengan doktor. Ada yang keberatan untuk memaklumkan suplemen herba tertentu.

    Ada juga yang takut hendak mengaku bahawa mereka sudah berhenti mengambil ubat yang ditetapkan untuk mereka oleh doktor. Lazimnya kerana mereka sudah berasa sihat atau kerana takut akan kesan sampingan.

    Justeru itu, beliau mengingatkan pesakit hipertensi supaya tidak leka hanya kerana mereka berasa sihat. Doktor tidak dapat meramalkan jenis komplikasi yang mungkin akan dialami. 

    Oleh itu, anda perlu mengawal atau menguruskan paras tekanan darah kerana ia sangat penting. Selain itu, jaga kesihatan dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam dan mengekalkan berat badan yang sihat. – RELEVAN

    featured hipertensi kesihatan
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.