Facebook Twitter
    Trending
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Twitter akan benarkan panggilan suara dan video, dedah Musk

    Twitter akan benarkan panggilan suara dan video, dedah Musk

    By Umi FatehahMay 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CIRI panggilan di Twitter akan membawa platform blog mikro selaras dengan aplikasi media sosial Meta. - GAMBAR HIASAN JOSHUA HOEHNE/UNSPLASH

    KETUA Eksekutif Twitter Inc Elon Musk pada hari Selasa mendedahkan butiran tentang ciri baharu platform media sosial itu termasuk menambah panggilan dan pemesejan yang disulitkan (encrypted message). 

    Tahun lepas, Musk membentangkan rancangan beliau untuk “Twitter 2.0 The Everything App“, yang katanya akan mempunyai ciri seperti mesej langsung (direct message), ciapan yang lebih panjang dan pembayaran.

    “Akan datang tidak lama lagi ialah panggilan suara dan video daripada peranti anda kepada sesiapa sahaja di platform ini. Jadi, anda boleh berinteraksi dengan orang di mana-mana sahaja pelusuk dunia tanpa perlu memberi nombor telefon,” kata Musk dalam ciapannya.

    Ciri panggilan di Twitter akan membawa platform blog mikro selaras dengan aplikasi media sosial Meta iaitu Facebook dan Instagram yang mempunyai ciri seiras.

    Musk berkata versi mesej langsung yang disulitkan akan tersedia di Twitter mulai Rabu, tetapi tidak menyatakan sama ada ciri panggilan yang bakal diperkenalkan akan disulitkan.

    Twitter minggu ini berkata ia akan memulakan proses pembersihan dengan memadamkan dan mengarkibkan akaun yang tidak aktif selama beberapa tahun.

    Terdahulu, Twitter memperkenalkan tweet sepanjang 4,000 aksara untuk pengguna yang melanggan Twitter Blue untuk menggalakkan orang ramai menerbitkan ciapan yang lebih panjang dalam satu hantaran dan tidak lagi perlu membuat bebenang.

    Selain itu, sesiapa sahaja yang melanggan Twitter Blue akan mendapat ‘lencana biru’ atau tanda verified di hujung nama pengguna mereka. 

    Sebelum tawaran langganan ini diperkenalkan, tidak semua orang boleh mendapatkan lencana biru tersebut. Hanya individu yang dikenali dengan pengikut yang ramai sahaja yang layak mendapatkannya. 

    Bukan itu sahaja keistimewaan yang ada pada pakej Twitter Blue. Berikut merupakan beberapa keistimewaan lain dan harga langganan sekiranya anda berminat.

    Keistimewaan Twitter Blue

    • Boleh melakukan perubahan atau penambahan pada ciapan sehingga lima kali dalam masa 30 minit.
    • Diberi akses untuk membuat ciapan yang lebih panjang daripada biasa (280 patah perkataan) sehingga 10,000 aksara
    • Diberi keutamaan dalam perbualan dan carian
    • Kurang iklan yang dipaparkan berbanding pengguna biasa
    • Boleh mengubah teks dalam bentuk bold atau italic 
    • Muat naik video dengan durasi yang lebih panjang dalam format sehingga 1080p
    • Disediakan fail atau folder untuk bookmark

    Harga langganan Twitter Blue

    Twitter menawarkan dua pakej langganan yang ditawarkan sekali gus untuk mendapatkan tanda verified iaitu secara bulanan dan tahunan.

    • Harga bulanan: RM35.00 sebulan (RM420 setahun)
    • Harga tahunan: RM369 setahun (RM30.75 sebulan)

    Menurut pengiraan, anda akan dapat jimat kira-kira 12 peratus jika anda melanggan pakej tahunan berbanding pakej bulanan.

    Pakej Twitter Blue ini sesuai bagi pengguna Twitter yang bekerja sebagai pencipta kandungan kerana anda tidak lagi perlu meluangkan masa yang terlalu lama untuk menghasilkan bebenang. 

    Kini, ia semudah perlu taipkan sahaja segala input yang ingin dikongsikan dalam satu hantaran. Berbaloi atau tidak? Itu bergantung kepada cara dan tujuan anda menggunakan platform ini. – RELEVAN

    Previous Article36 jam beradu idea, UPSI komited pupuk kepimpinan mahasiswa
    Next Article Bekas plastik mesra alam daripada ubi kayu dan daun pisang  

    Artikel berkaitan

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026
    Artikel Terkini

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.