Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Di enam tempat ini, matahari tidak terbenam

    Fakta Semesta: Di enam tempat ini, matahari tidak terbenam

    By Umi FatehahApril 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta Semesta: Di enam tempat ini, matahari tidak terbenam.- GAMBAR HIASAN DAVID MULLINS/UNSPLASH

    BUMI perlu berputar kira-kira 24 jam sehari dengan kira-kira 12 jam pada waktu siang dan selebihnya pada waktu malam.

    Namun, tahukah anda bahawa terdapat tempat di dunia ini yang sentiasa disinari cahaya matahari lebih daripada 70 hari? Di tempat-tempat ini, matahari tidak terbenam.

    Bayangkan bagaimanakah penduduk di tempat-tempat ini menjalankan kehidupan seharian. Ibarat bangun tidur dengan langit yang cerah, waktu tidur juga langit masih cerah.

    Berikut adalah enam tempat di bumi yang tidak mengalami fasa matahari terbenam dalam tempoh tertentu.

    1. Norway
    NORWAY. – MICHAEL FOUSERT/UNSPLASH

    Norway, yang terletak di Bulatan Artik, dipanggil The Land of the Midnight Sun, di mana dari Mei hingga akhir Julai, matahari tidak terbenam. Ini bermakna bahawa dalam tempoh sekitar 76 hari, matahari tidak pernah terbenam. 

    Di Svalbard, Norway, matahari menemani kehidupan seharian secara berterusan dari 10 April hingga 23 Ogos; ia juga merupakan wilayah paling utara yang didiami di Eropah. 

    Anda boleh merancang lawatan ke tempat ini pada masa ini untuk merasai pengalaman hidup di negara yang langitnya sentiasa cerah termasuklah pada waktu malam.

    1. Nunavut, Canada
    NUNAVUT, Canada. – WIKIPEDIA

    Nunavut terletak sekitar dua darjah di atas Bulatan Artik, di Wilayah Barat Laut Kanada. Mereka yang tinggal di sini berpeluang melihat sekitar dua bulan cahaya matahari selama 24 jam dalam tujuh hari. 

    Semasa musim sejuk, penduduk Nunavut berpeluang menikmati sekitar 30 hari berturut-turut kegelapan walaupun pada waktu siang.

    1. Iceland
    ICELAND. – ZHENYU WU/UNSPLASH

    Iceland ialah pulau terbesar di Eropah selepas Britain. Ia juga dikenali sebagai negara yang tidak mempunyai nyamuk. 

    Semasa musim panas, langit malam di Iceland kelihatan cerah manakala pada Jun, matahari sebenarnya tidak pernah terbenam. Untuk melihat The Midnight Sun atau Matahari Tengah Malam, anda boleh melawat bandar Akureyri dan Pulau Grimsey di Bulatan Artik.

    1. Barrow, Alaska
    BARROW, Alaska. – TRAVEL LENS

    Dari akhir Mei hingga akhir Julai, fenomena matahari terbenam tidak berlaku di sini. Namun, bermula daripada awal November sehingga 30 hari berikutnya, fenomena matahari tidak terbit pula berlaku dan ia juga dikenali sebagai malam kutub.

    Ini juga bermakna negara itu kekal dalam kegelapan semasa musim sejuk yang boleh dikira agak ekstrim.

    Terkenal dengan pergunungan yang dilitupi salji dan glasier yang memukau, tempat ini boleh dilawati sama ada pada musim panas atau musim sejuk.

    1. Finland
    FINLAND. – CNBC

    Finland, yang juga dikenali sebagai tanah seribu tasik dan pulau merupakan salah satu tempat yang tidak mengalami proses siang dan malam dengan normal. 

    Kebanyakan bahagian Finland dapat melihat matahari secara berterusan selama 73 hari semasa musim panas. 

    Pada masa ini, matahari terus bersinar selama kira-kira 73 hari, manakala semasa musim sejuk, wilayah ini tidak dapat melihat cahaya matahari. Ia juga merupakan salah satu sebab mengapa orang di sini kurang tidur pada musim panas dan lebih banyak tidur semasa musim sejuk.

    Selain itu, Finland juga tempat yang sesuai untuk anda menikmati Northern Lights atau lebih dikenali sebagai Aurora. 

    Salah satu tarikan unik yang menarik di Finland ialah bermain ski dan pengalaman menetap selama beberapa hari di dalam iglo kaca.

    6. Sweden

    FINLAND. – NILS SODERMAN/UNSPLASH

    Dari awal Mei hingga akhir Ogos, Sweden melihat matahari terbenam sekitar tengah malam dan terbit sekitar jam empat pagi di negara ini. 

    Di sini, tempoh masa cahaya matahari berterusan mungkin bertahan sehingga enam bulan dalam setahun. 

    Oleh itu, penduduk Sweden menghabiskan hari yang panjang dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang seronok untuk dilakukan di bawah sinaran matahari seperti bermain golf, memancing dan banyak lagi! – RELEVAN

    Previous ArticleVacation brain: Beri ruang dan masa otak bercuti untuk kurangkan tekanan
    Next Article 5 Soalan Ramadan #5:  Nuzul al-Quran, tiang-tiang merah, bulan terhapus dosa, lailatulqadar dan Malam 7 Likur

    Artikel berkaitan

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.