Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Ramadan #5:  Nuzul al-Quran, tiang-tiang merah, bulan terhapus dosa, lailatulqadar dan Malam 7 Likur

    5 Soalan Ramadan #5:  Nuzul al-Quran, tiang-tiang merah, bulan terhapus dosa, lailatulqadar dan Malam 7 Likur

    By April 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AMALAN memasang pelita pada Malam 7 Likur diharuskan dalam Islam. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DALAM bulan Ramadan, terdapat hari-hari penting yang disambut, seperti Nuzul al-Quran bagi memperingati hari turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan malam lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

    Dalam siri 5 Soalan Ramadan kali ini, Relevan membawakan jawapan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan, termasuk kepercayaan tradisi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

    Soalan dan jawapan ini dikumpulkan dari Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

    • Al-Quran diturunkan pada malam Nuzul al-Quran atau malam lailatulqadar?

    Al-Quran diturunkan secara berperingkat, bermula dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) kemudian dari Baitul Izzah ke bumi (diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW). Al-Quran diturunkan pada kedua-dua malam Nuzul al-Quran dan malam lailatulqadar, cuma pada peringkat yang berbeza.

    Malam 17 Ramadan yang disebut sebagai malam Nuzul al-Quran ialah permulaan turunnya al-Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat. Malam lailatulqadar pula merupakan malam turunnya al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara serentak kesemua 30 juzuk.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri Ke-228

    • Apakah status hadis penampakan tiang-tiang merah ke arah timur ketika matahari terbit di bulan Ramadan?

    Hadis berkenaan penampakan tiang-tiang berwarna merah menghala ke arah timur pada bulan Ramadan yang menandakan tahun kelaparan diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. 

    Hadis ini mempunyai sanad yang lemah berdasarkan tiga faktor, iaitu:

    • Sanad hadis ini tafarrud (bersendirian) sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Tabrani.
    • Sanad hadis ini terputus antara Khalid bin Ma’dan dengan ‘Ubadah bin al-Samit dan antara Bisyr bin Bakr dengan Zaid bin Bisyr.
    • Perawi yang bernama Ahmad bin Risydin merupakan perawi yang lemah dan beliau tidak pernah mengambil hadis daripada Zaid bin Bisyr.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke-227

    • Apakah status hadis Ramadan sebagai bulan terhapus dosa?

    Hadis yang menyatakan bahawa Ramadan ialah bulan Allah dan bulan terhapus dosa diriwayatkan dalam Musnad al-Firdaus karya al-Dailami tanpa sanad. Kemudian, Ibn Hajar al-Asqalani mengemukakan sanad hadis tersebut dan dimuatkan dalam al-Gharaib al-Multaqitah min Musnad al-Firdaus.

    Hadis ini terlalu lemah kerana terdapat perawi yang bernama al-Hasan bin Yahya al-Khushani. Beliau seorang perawi yang terlalu lemah hafalannya. Periwayatannya juga sering ditinggalkan dan diabaikan oleh ulama hadis.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke-217

    • Apakah tanda-tanda lailatulqadar dan doa yang dianjurkan untuk dibaca pada malam itu?

    Terdapat beberapa tanda kejadian lailatulqadar yang boleh diketahui sebahagian hamba Allah SWT yang terpilih dengan keizinan-Nya. Ia termasuk:

    • Berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan
    • Berlaku pada malam yang ganjil dalam bulan Ramadan
    • Malam tersebut tenang dan terang serta tidak panas pada keesokan paginya
    • Matahari terbit tidak terang dan tidak panas
    • Air masin (laut) bertukar menjadi tawar

    Sementara itu, doa yang dianjurkan untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah:

     اللَّهُمَّ ‌إِنَّكَ ‌عَفُوٌّ ‌تُحِبُّ ‌الْعَفْوَ ‌فَاعْفُ ‌عَنِّي. Umat Islam juga digalakkan untuk membaca doa serta zikir yang lain pada malam tersebut.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke-204

    • Apa hukum mengamalkan tradisi Malam 7 Likur?

    Malam 7 Likur merujuk kepada tradisi memeriahkan suasana kampung pada malam 27 Ramadan. Pada malam itu, halaman rumah akan dihiasi nyalaan pelita dan pelbagai aktiviti sesama jiran.

    Perbuatan memasang pelita dan memberi makan kepada jiran tetangga adalah diharuskan menurut Islam. 

    Namun, ia dilarang dan diharamkan apabila amalan tersebut dilakukan berasaskan iktikad tertentu atau kepercayaan ghaib, seperti memasang pelita untuk memudahkan malaikat masuk ke dalam rumah atau menyambut roh orang yang telah mati. 

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri Ke-200 

    *Pandangan yang dicatatkan dalam artikel ini merupakan ringkasan. Untuk dalil yang lebih terperinci, pembaca dinasihatkan menekan hyperlink yang disediakan.

    5 Soalan Ramadan featured pendidikan pendidikan Islam
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.