Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Vacation brain: Beri ruang dan masa otak bercuti untuk kurangkan tekanan

    Vacation brain: Beri ruang dan masa otak bercuti untuk kurangkan tekanan

    By Umi FatehahApril 6, 2023Updated:April 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    VACATION brain: Beri ruang dan masa otak bercuti untuk kurangkan tekanan

    BILAKAH kali terakhir anda benar-benar berehat daripada segala hal yang berkaitan dengan kerja semasa bercuti? Mematikan telefon, tidak menjawab e-mel dan berehat sepenuhnya daripada bekerja?

    Disebabkan kemajuan teknologi yang semakin canggih, sempadan yang menjarakkan kehidupan peribadi dan kehidupan profesional sudah semakin kabur. Ini bermakna, walaupun sedang bercuti, anda kemungkinan dikehendaki untuk memberi respon kepada apa-apa panggilan berkaitan kerja.

    Jadi, walaupun bercuti, anda tidak dapat bercuti sepenuhnya. Mungkin jasad anda berada di Pulau Perhentian tetapi minda anda sebenarnya masih di pejabat.

    Pernahkah anda mendengar istilah otak bercuti atau vacation brain?

    Vacation brain merujuk kepada anda memberi ruang dan masa kepada otak anda untuk bercuti daripada terus ligat bekerja. Apabila otak bercuti, ia berpotensi untuk mengurangkan rasa tekanan dan memberi kesan positif kepada kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhan.

    Otak manusia tidak direka untuk bekerja keras sepanjang masa. Ia memerlukan masa untuk penyelenggaraan mental, termasuk rehat, pengecasan semula dan refleksi yang diperlukan untuk beroperasi pada tahap optimum.

    Apabila otak diberi masa dan ruang untuk berehat seketika, bukan sahaja akan berasa segar, tetapi ia juga akan membuatkan anda berasa lebih bertenaga dan fokus setiap hari.

    Bagaimanakah caranya untuk otak bercuti?

    • Berehat seketika dengan kerap

    Walaupun kita menghabiskan sebahagian besar hari kerja kita dalam pemikiran logik, menganalisis, mengira dan menyusun strategi, kita sebaiknya menggunakan mod meresap (diffuse mode) otak dengan lebih kerap.

    Pada dasarnya, mod meresap ialah bertentangan dengan mod fokus. Mod meresap ialah keadaan mengelamun dan santai yang berlaku apabila kita membenarkan diri berehat dan fikiran merewang yang berlaku tanpa sedar.

    Terdapat banyak cara untuk menggunakan mod meresap dengan kerap, termasuk dengan amalan kesedaran seperti meditasi dan muhasabah diri. Satu lagi cara praktikal untuk mengaksesnya adalah dengan berehat biasa sepanjang hari dan melibatkan diri dalam aktiviti lain seperti melukis.

    • Berhenti seketika daripada dunia digital

    Salah satu cabaran dalam kehidupan ialah untuk lupakan telefon dan menjauhkan diri daripada komputer. Tetapi ia boleh menjadi sangat berfaedah untuk otak anda berehat. Situasi ini juga dikenali sebagai digital detox.

    Jika itu terlalu berat untuk anda, cuba matikan notifikasi dan rehat sebentar dari media sosial. Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil tetapi ia sangat mempengaruhi corak pemikiran. Jadi, cuba kurangkan penggunaan telefon dan komputer untuk otak anda bersantai.

    • Zahirkan sisi ceria anda

    Sebagai dewasa, kita sering jatuh ke dalam lembah yang serius, hanya perlu fokus untuk bekerja dan tidak boleh berseronok. Dan ya, ia menjadikan hidup sangat membosankan.

    Cara mudah untuk menyesuaikan lebih banyak keseronokan dalam hari anda adalah dengan tersenyum setiap kali anda berjalan melalui pintu. Bunyinya mungkin mengarut tetapi cuba cari sekecil-kecil keseronokan dalam seharian untuk kehidupan yang lebih ceria.

    • Jaga kesihatan badan

    Ya, ya, mungkin anda sudah muak mendengar nasihat tentang penjagaan kesihatan badan. Tetapi tidak dinafikan apabila anda menjaga pemakanan dan dapatkan tidur yang cukup, ia dapat membantu kestabilan kesihatan mental.

    Apabila badan dan otak dapat berehat dengan cukup di samping makan makanan yang berkhasiat, anda akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selain dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik.

    Persekitaran mempengaruhi cara otak kita berfungsi. Jika anda tidak bertindak sekarang untuk mengutamakan kesihatan mental, mungkin keadaan kesihatan semakin merudum dan entah bila pula anda berpeluang untuk beristirehat. – RELEVAN

    digital featured kesihatan kesihatan mental mental health otak
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.