Facebook Twitter
    Trending
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    • Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    • Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    • Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025
    • Kerjaya

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah kopi meningkatkan risiko batu karang?

    Adakah kopi meningkatkan risiko batu karang?

    By Umi FatehahApril 3, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BATU karang bersaiz kecil, keras dan diperbuat daripada bahan buangan dalam air kencing yang belum dikeluarkan sepenuhnya.

    Walaupun penyelidik masih mengkaji kaitan antara kopi dan risiko batu karang, kajian terbaharu membuktikan bahawa pengambilan kafein seperti kopi atau teh boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.

    Apakah kaitan antara kopi dan batu karang?

    Secara umumnya, kopi mempunyai sifat diuretik. Ini bermakna kopi boleh menyebabkan anda lebih kerap kencing. 

    Kebanyakan orang termasuk beberapa pakar kesihatan berpendapat bahawa minum kopi mungkin menyebabkan dehidrasi, sekali gus meningkatkan risiko batu karang. Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan mengatakan sebaliknya.

    Malah, kajian terbaharu mengenai batu karang menunjukkan bahawa penggunaan kafein sebenarnya boleh mencegah batu karang.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan pada 2021, kafein, sama ada yang terkandung dalam teh, soda, kopi atau alkohol boleh mengurangkan risiko batu karang. 

    Pengambilan sekurang-kurangnya satu hingga hampir dua cawan sehari sudah mampu mengurangkan risiko batu karang sehingga 40 peratus.

    Hasil kajian yang berlainan pula menjelaskan bahawa individu yang tidak minum apa-apa cecair berkafein mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat batu karang berbanding mereka yang mengambil kafein dalam pemakanan seharian. 

    Apakah yang menyebabkan batu karang dan siapa yang berisiko?

    Batu karang adalah kesan sampingan daripada ketidakupayaan badan untuk membuang bahan buangan melalui air kencing dengan sepenuhnya. 

    Apabila kandungan mineral yang tertentu dalam air kencing tidak dikeluarkan, ia boleh membentuk kristal. Hablur kecil ini terus mengumpul jenis sisa lain sehingga membentuk batu karang.

    Apakah faktor batu karang terbentuk?

    • Umur
    • Diet yang tinggi dengan protein haiwan, garam atau gula
    • Obesiti
    • Mempunyai masalah kesihatan seperti hipertensi, diabetes, dan penyakit buah pinggang kronik
    • Gaya hidup yang tidak aktif
    • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi batu karang
    • Faktor persekitaran seperti suhu tinggi dan tahap kelembapan
    • Ubat-ubatan tertentu seperti Acetazolamide atau Warfarin
    • Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti kadmium atau melamin

    Apakah cara yang terbaik untuk mencegah batu karang?

    Penyelidik dan pakar kesihatan menjelaskan bahawa diet atau tabiat pemakanan dalam sehari memainkan peranan yang besar terhadap risiko batu karang.

    Untuk mencegah batu karang, amalkan diet yang seimbang. Mulakan dengan meningkatkan jumlah pengambilan air dalam sehari. Hasil penyelidikan menegaskan bahawa semakin banyak anda minum sama ada air, kopi atau teh, semakin rendah risiko pembentukan batu karang. 

    Bagi setiap tambahan 200ml minuman yang diambil, risiko pembentukan batu karang menurun sebanyak 13 peratus. 

    Selain itu, kurangkan pengambilan natrium iaitu garam dan daging. Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2020 menunjukkan wujud perkaitan antara pengambilan garam dan peningkatan risiko batu karang. 

    Kajian itu juga mendapati bahawa peningkatan 50 gram dalam pengambilan daging membawa kepada peningkatan sebanyak 1.17 peratus untuk risiko pembentukan batu karang.

    Seterusnya, banyakkan pengambilan buah-buahan dan serat. Penyelidik mendapati bahawa diet yang tinggi serat, buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko batu karang dalam kalangan wanita menopaus. 

    Walau bagaimanapun, perubahan terhadap amalan pemakanan ini tidak memberi apa-apa perubahan kepada mereka yang sudah sedia mempunyai batu karang atau mempunyai sejarah batu karang yang ada dalam sejarah keluarga. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    December 29, 2025

    5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    December 26, 2025

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025
    Artikel Terkini

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    December 29, 2025

    5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    December 26, 2025

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.