Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

    Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 8, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RESUME yang baik dapat menyerlahkan kekuatan dan kemahiran pemohon kerja seperti yang dimahukan majikan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    ANTARA kegusaran utama graduan yang baru mula mencari kerja ialah cara penyediaan resume. Pelbagai tip dan pantang larang yang dikongsi di media sosial, menyebabkan graduan ada ketikanya keliru tentang cara penyediaan yang betul.

    Sebenarnya, tidak ada cara spesifik untuk menyediakan resume. Bukan semua pegawai sumber manusia juga sukakan gaya resume yang tertentu.

    Oleh itu, apa yang perlu dilakukan para graduan ialah memahami fungsi sebenar resume dan sediakannya mengikut kecenderungan sendiri. Yang penting, ia jelas dan mampu ‘menjual’ khidmat graduan kepada majikan.

    Di sini Relevan kongsikan kepada anda cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Pusat Kerjaya dan Sumber Akademik Harvard Extension School. 

    Ingat, tidak ada cara yang spesifik untuk menulis resume dan tidak ada gaya penulisan tertentu yang boleh menjamin anda mendapat kerja. Ini cuma panduan untuk anda memahami gaya, bentuk dan kandungan resume yang baik.

    Fungsi resume

    Resume ialah sebuah ringkasan. Ia seharusnya padat dengan maklumat penting berkenaan kebolehan, pendidikan dan pengalaman anda.

    Sebuah resume yang baik akan menonjolkan kekuatan dan kemahiran terbaik anda yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Ia juga perlu membezakan anda dengan calon lain yang memohon jawatan sama.

    Walaupun resume sahaja belum boleh menjamin pekerjaan, ia penting bagi memastikan anda mendapat peluang temu duga.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana hasilkan resume yang unggul? ikuti tip yang dikongsikan oleh konsultan kerjaya ini

    Oleh itu, maklumat dalam resume perlu disusun supaya ia selari dengan kehendak jawatan yang dipohon. Tidak semestinya semua kebolehan atau pengalaman itu perlu berkait secara langsung dengan jawatan yang diingini. Yang penting, resume itu mampu menonjolkan kemahiran yang dimahukan oleh majikan.

    Apabila selesai menulis resume, baca semula kandungannya. Bayangkan jika anda majikan, adakah diri anda yang ditampilkan dalam resume itu berbaloi diambil bekerja?

    Tip penulisan

    Terdapat beberapa tip penulisan resume yang digariskan Universiti Harvard namun bukanlah semuanya bersesuaian dengan konteks negara kita.

    Sebagai contoh, Harvard tidak menggalakkan pemohon kerja meletakkan gambar, umur dan jantina dalam resume. Banyak majikan di Malaysia masih mahukan maklumat-maklumat tersebut dinyatakan dalam resume pemohon.

    Hal ini diakui Harvard sendiri yang menyatakan, panduan resume boleh berbeza mengikut negara.

    Namun, tip-tip lain yang dikongsikan masih bermanfaat untuk pemohon kerja di Malaysia. 

    • Gaya bahasa

    Contohnya, Harvard menggalakkan penggunaan bahasa yang lebih spesifik berbanding umum.

    Maksudnya, apabila menyatakan pencapaian di syarikat lama, jangan guna perkataan seperti “baik”, “banyak” atau “cemerlang”. Sebaliknya, nyatakan secara spesifik pencapaian anda. Jika ada nombor atau peratusan, letakkan terus.

    Anda juga digalakkan untuk menggunakan ayat aktif berbanding pasif dalam resume. Ayat aktif lebih mudah untuk dibaca berbanding ayat pasif.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 petua menggunakan LinkedIn untuk menarik minat perekrut dan majikan

    Penulisan resume yang baik juga tidak meleret, berbunga-bunga dan rumit. Ia perlu ringkas, jelas dan berkesan. Jangan guna terlalu banyak kata hubung kerana ia boleh mengelirukan.

    Paling penting, gaya penulisan anda perlu berasaskan fakta dan ditulis untuk orang yang membaca dengan cepat.

    Pegawai sumber manusia tidak akan meluangkan lebih daripada lima minit untuk membaca resume anda. Itulah pentingnya penulisan yang ringkas, padat dan tepat. Ia lebih mudah menarik perhatian majikan.

    • Kesilapan lazim

    Terdapat lima kesilapan lazim dalam penulisan resume yang digariskan Harvard.

    Pertama, kesilapan ejaan dan tatabahasa. Ia kesilapan yang paling mudah dikesan. Jadi, pastikan anda menyemak ejaan dan tatabahasa.

    Kedua, tiada emel dan nombor telefon. Resume sudah cantik, majikan sudah gembira tapi tiada emel atau nombor telefon yang ditinggalkan. Sudahnya, peluang terbazir begitu saja.

    ARTIKEL BERKAITAN: Deskripsi kerja ialah soalan bocor temu duga? Ini penjelasan jurulatih kerjaya bertauliah

    Ketiga, menggunakan ayat pasif. Seperti dijelaskan sebelum ini, ayat aktif lebih mudah untuk dibaca dan difahami. 

    Keempat, tidak tersusun, tepat dan sukar untuk dibaca cepat. Maklumat yang bersepah-sepah itu menjengkelkan dan anda tidak mahu pegawai sumber manusia yang terjengkel.

    Kelima, tidak disusun mengikut jawatan dan industri. Apa kena-mengena pencapaian johan pertandingan nyanyian peringkat jabatan dengan permohonan kerja sebagai pereka grafik? Pastikan maklumat yang anda letakkan relevan dengan jawatan yang dipohon.

    • Larangan

    Elakkan perkara-perkara berikut:

    • Guna kata ganti nama peribadi seperti saya (bahasa Melayu) atau I (bahasa Inggeris)
    • Guna singkatan
    • Guna gaya penceritaan
    • Gunakan kategori nombor atau abjad
    • Guna bahasa pasar/slanga
    • Memasukkan gambar*
    • Memasukkan umur atau jantina*
    • Menyenaraikan rujukan*
    • Memulakan setiap baris dengan tarikh

    *ikut kesesuaian dan kehendak majikan

    • Galakan

    Buat perkara-perkara berikut:

    • Konsisten dengan format dan kandungan
    • Pastikan ayat mudah dibaca, seimbangkan ruang kosong/putih
    • Gunakan langkau, huruf tebal dan huruf besar yang konsisten untuk penekanan
    • Senaraikan tajuk mengikut urutan keutamaan
    • Dalam setiap tajuk, senaraikan maklumat dalam turutan terbalik (mulakan dengan yang terbaharu)
    • Elakkan kelompongan maklumat
    • Pastikan format penulisan anda tidak terganggu apabila ditukar kepada format pdf

    Kata kerja

    Penggunaan kata kerja yang tepat penting bagi memastikan resume anda dilihat profesional dan sofistikated.

    Variasi kata kerja tidak banyak dalam bahasa Melayu, jadi ia tidak menjadi masalah yang besar. Cuma dalam bahasa Inggeris, banyak kata kerja yang sama maksud tetapi berbeza nuansa.

    Gambar di bawah menyenaraikan kata kerja yang sesuai digunakan dalam resume, mengikut bidang-bidang tertentu.

    Contoh resume

    Berikut merupakan contoh resume yang baik menurut Harvard (contoh adalah dalam bahasa Inggeris):

    -RELEVAN

    Previous Article5 wanita berpengaruh di Malaysia
    Next Article Mengapa Hari Wanita Sedunia disambut? Ini sejarah ringkas

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.