Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ujian genetik kesan masalah kesihatan peringkat awal

    Ujian genetik kesan masalah kesihatan peringkat awal

    By Zubaidah IbrahimMarch 7, 2023Updated:March 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UJIAN analisis genetik dapat mengesan dan mengurangkan risiko kesihatan sejak di awal usia.- GAMBAR HIASAN

    KESEDARAN mengenai faedah pengesanan awal gangguan genetik dan genom untuk pencegahan penyakit semakin meningkat. Justeru, semakin ramai pengguna memilih ujian analisis genetik untuk mengesan dan mengurangkan risiko kesihatan sejak di awal usia.

    Dengan objektif untuk memperluaskan akses kepada maklumat genetik, Synapse telah melancarkan myPreciseDNA iaitu sebuah ujian analisis genetik langsung yang bermatlamat mendemokrasikan saringan genetik untuk masyarakat awam di Malaysia.

    Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Synapse, Dr. Rachna Kairon, setiap orang mempunyai genom unik yang terdiri daripada data profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang ada dalam gen seseorang.

    “Oleh itu, ujian analisis genetik dapat membantu mengenalpasti varian genetik yang berkaitan dengan kesihatan, kesejahteraan dan keadaan penyakit tertentu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Faktor hormon dan genetik jadi punca lelaki hidap kanser payudara – Relevan

    “Ujian myPreciseDNA menganalisis lebih 129 ciri genetik untuk menghasilkan laporan peribadi yang terperinci seperti berkenaan kesihatan, sensitiviti makanan dan kecergasan.

    SYNAPSE melancarkan myPreciseDNA iaitu sebuah ujian analisis genetik langsung yang bermatlamat mendemokrasikan saringan genetik untuk masyarakat awam di Malaysia.

    “Selain itu, laporan tersebut juga menyediakan cadangan seperti tip perubahan gaya hidup, suplemen dan nasihat perubatan supaya pengguna boleh mengambil langkah proaktif untuk tingkatkan gaya hidup sihat yang sesuai mengikut peringkat kehidupannya,” katanya.

    Profil genetik peribadi

    Untuk melengkapi ujian genetik tersebut, myPreciseDNA juga menyediakan kaunseling genetik dan konsultansi klinikal yang boleh membantu mentafsir hasil ujian agar pelanggan memahami laporan yang dikeluarkan dengan lebih mendalam.

    Kaunselor atau pakar perubatan dari Synapse juga akan membantu mencadangkan dengan rapi pilihan rawatan untuk menangani masalah berkaitan emosi, rawatan tersedia dan saranan kesihatan yang lebih mendalam berdasarkan profil genetik peribadi.

    Sementara itu, Synapse juga memperkenalkan BabySafe iaitu satu siri ujian khas untuk ibu dan bayi bermula dari pranatal, perinatal sehinggalah ke penjagaan postnatal.

    Saringan bayi baru lahir BabySafe membantu mengesan lebih 40 penyakit metabolik yang juga dikenali sebagai Kepincangan Metabolisme Terwaris atau Inborn Errors of Metabolism (IEM).

    IEM merupakan penyakit yang terhasil akibat kecacatan genetik yang mengganggu metabolisme badan. Ia diwarisi daripada kedua ibu bapa dan bayi selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simptom sejurus dilahirkan.

    Pun begitu, gangguan metabolisme ini akan menyebabkan kegagalan tumbesaran, kecacatan penglihatan dan pendengaran, imunodefisiensi serta defisit perkembangan.

    Ujian Pranatal Bukan Invasif BabySafe atau BabySafe Non-Invasive Prenatal Testing (NIPT) menyediakan ibu bapa dengan pilihan untuk mengesan penyakit atau keadaan genetik dalam janin semasa tahap awal kandungan.

    Menggunakan teknologi Penjujukan Generasi Seterusnya atau Next Generation Sequencing (NGS), ujian tersebut menawarkan saringan genetik untuk ibu mengandung seawal minggu ke-10 atau ke-13 kehamilan.

    Ia sangat sensitif dan spesifik serta boleh digunakan untuk kandungan In-vitro (IVF),  kembar, mahupun kandungan melalui telur penderma.

    ARTIKEL BERKAITAN: FTD jenis demensia jarang berlaku, tiada penawar – Relevan

    Ujian NIPT menyediakan pilihan untuk mencari dan mengesan sejumlah besar pemadaman mikro atau microdeletions dalam masa yang sangat singkat.

    Warisi genetik

    Ujian ini amat penting untuk membantu para ibu bapa mengesan kemungkinan janin mereka mewarisi keadaan genetik seperti Sindrom Down, Sindrom Edward ataupun Sindrom Patau.

    “Kesihatan ibu dan bayi merupakan bahagian penting dalam mikrokosma kesihatan keluarga serta kesihatan masyarakat pada amnya.

    “Menjaga dan menjamin ibu yang sejahtera beserta anak yang sihat merupakan misi unik Synapse.

    “Kami sebagai sebuah makmal berfungsi sebagai perantara antara teknologi dan perkhidmatan ini untuk para ibu bapa dengan kerjasama para pengamal perubatan untuk program penjagaan ibu dan anak yang komprehensif dengan harga berpatutan,” tambah Dr. Rachna.

    Synapse juga akan memperkenalkan ujian analisis untuk kanak-kanak yang mempunyai gangguan jarang jumpa serta analisa tumor untuk penghidap kanser.

    Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Synapse dan perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari https://www.synapselaboratory.com/, http://babysafetest.com/ dan http://myprecisedna.com/. – RELEVAN

    Previous Article3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya
    Next Article Sifar kematian akibat covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.