Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Garam tetap garam, waspada ancamannya kepada kesihatan

    Garam tetap garam, waspada ancamannya kepada kesihatan

    By Umi FatehahFebruary 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagi menegaskan mesej penting daripada ciapan Kesihatan Awam Malaysia, garam adalah tetap garam. - GAMBAR HIASAN FARAN RAUFI/UNSPLASH

    TEMPOH hari, akaun Twitter rasmi Kesihatan Awam Malaysia membuat ciapan berkenaan garam. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis garam yang dijual di pasaran sehingga ada yang mengatakan ada beberapa jenis garam adalah lebih baik daripada garam biasa.

    Malah, ada juga yang mendakwa bahawa sesetengah garam mampu merawat hipertensi, penawar kepada masalah buah pinggang dan mampu menurunkan berat badan.

    Kesihatan Awam Malaysia juga berkongsi bahawa ada seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami cirit-birit yang berlanjutan selama dua hingga tiga jam. 

    Pemeriksaan lanjut mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah pula menunjukkan paras kandungan garam sodium terlalu tinggi. Keadaan ini dikenal pasti sebagai Hypernatraemia. 

    Apabila ditanya, beliau telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150 gram setiap hari selama 10 hari kononnya bagi membantu penghadaman dan mengurangkan berat badan.

    Merujuk kepada hantaran tersebut, mereka menegaskan bahawa garam tetap garam, tidak kiralah sama ada ia garam Himalaya atau garam kosher.

    Garam tetap garam

    Meskipun terdapat pelbagai jenis garam yang boleh didapati di pasaran, semua jenis garam mempunyai kandungan sodium yang hampir sama. 

    Sebagai contoh, ada pihak yang mengatakan garam Himalaya adalah lebih baik daripada garam-garam lain. Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini?

    Adakah garam Himalaya lebih baik berbanding garam lain? – GAMBAR HIASAN ANASTASIA ZHENINA/UNSPLASH

    Menurut Healthline, tiada kajian yang membandingkan kesan kesihatan garam Himalaya dan garam biasa. Meskipun wujud penyelidikan berkaitan isu tersebut, kemungkinan besar tiada perbezaan dari sudut kesan kepada kesihatan berkaitan penggunaan garam yang berbeza.

    Sebagai contoh, penggunaan garam gua sebagai rawatan untuk penyakit paru-paru telah dinilai dalam beberapa kajian. Keputusan menunjukkan bahawa mungkin terdapat beberapa manfaat tetapi secara keseluruhan, kajian yang lebih teliti diperlukan untuk menyiasat keberkesanannya. 

    Sebaliknya, ada beberapa tuntutan kesihatan yang dikeluarkan sebenarnya hanyalah fungsi normal natrium klorida dalam badan, jadi anda akan mendapat manfaat ini daripada apa-apa sahaja jenis garam.

    Sebagai contoh, penyelidik mendapati bahawa pengalaman diet dengan kandungan garam yang rendah boleh menyumbang kepada masalah tidur.

    Ini menunjukkan bahawa jumlah garam yang mencukupi mungkin diperlukan bagi mendapatkan tidur yang berkualiti. 

    Ambil setakat perlu

    Walau bagaimanapun, kajian itu tidak melakukan kajian khusus terhadap garam Himalaya dan ia berkemungkinan merupakan fungsi natrium klorida dalam mana-mana garam.

    Selain itu, kandungan mineral dalam garam Himalaya tidak mempunyai kuantiti yang cukup besar untuk memberi sebarang kesan dalam usaha mengimbangi pH badan. Paru-paru dan buah pinggang sudah sedia ada mengawal paras pH badan tanpa bantuan garam Himalaya.

    Tambahan pula, paras gula dalam darah, penuaan dan libido semuanya dipengaruhi oleh faktor-faktor lain, bukan garam. Malah, tiada kajian saintifik yang mencadangkan pengambilan garam Himalaya boleh memberi manfaat kepada mana-mana aspek kesihatan.

    Apa yang membezakan garam-garam ini ialah cara penghasilan, rupa, komposisi dan kegunaan berlainan bagi masakan sahaja. Tidak ada garam spesifik yang menjanjikan memberikan kesan positif terhadap keadaan kesihatan seseorang.

    Bagi menegaskan mesej penting daripada ciapan Kesihatan Awam Malaysia, garam adalah tetap garam. Apa yang akan memberi kesan terhadap taraf kesihatan anda ialah jumlah pengambilan garam dalam diet harian. 

    Namun, jika kandungan garam yang diambil tidak mencukupi, ia akan memberi kesan lain iaitu masalah gangguan tidur. Justeru itu, ambil garam dalam kandungan yang diperlukan sahaja. – RELEVAN

    Previous Article237 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 9,399 jumlah kes aktif Covid-19 setakat semalam

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.