Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » YEG tawar pengajian dengan permintaan tinggi pasaran kerja

    YEG tawar pengajian dengan permintaan tinggi pasaran kerja

    By Zubaidah IbrahimJanuary 20, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DARI kiri AzizulHakim, Hasan dan PU Amin ketika berucap pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 di Putrajaya baru-baru ini.

    YEG Academy (YEG) menyasarkan seramai 5,000 orang pelajar secara keseluruhannya bakal menyertai pelbagai program yang ditawarkan menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023.

    Pengarah Pemasaran YEG, AzizulHakim Suhaimi berkata, pihaknya mahu mengurangkan peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mahu sambung belajar dengan menawarkan program pengajian berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

    “Sasaran kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 adalah untuk tingkatkan jumlah pelajar yang mahu menyambung pelajaran daripada 72 peratus yang tidak mahu sambung belajar pada tahun lepas.

    “Oleh itu, YEG menyasarkan seramai 5,000 orang pelajar akan mendaftar dalam pelbagai program yang ditawarkan pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 di Putrajaya baru-baru ini.

    Tambah AzizulHakim, pihaknya yakin program yang ditawarkan oleh YEG mampu menarik minat anak muda untuk menyambung pelajaran.

    “Kami yakin dengan adanya dermasiswa bernilai RM10 juta, penyediaan silibus yang lengkap dan bidang pengajian yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerjaya akan dapat menarik minat pelajar yang tidak mahu sambung belajar,” ujar AzizulHakim.

    Menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023 #belajarteruskerja, YEG menawarkan program seperti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma dalam Industri Penerbangan, Diploma Pengurusan Hotel dan terbaharu, Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia.

    Menariknya, pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah akan dihantar menjalani latihan industri di Madinah.

    Sementara itu, pelajar Diploma Pengurusan Hotel pula akan menjalani proses pembelajaran selama setahun di Malaysia sebelum dihantar untuk menjalani latihan industri di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar selama 18 bulan.

    “Pihak kami percaya proses pembelajaran menerusi praktikal dan pengalaman lebih memberi manfaat kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan.

    “Hal ini kerana, pengalaman terlibat dalam industri sebenar terutama di luar negara memberi lebih nilai kepada pelajar sekembalinya mereka ke tanah air,” tuturnya.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin; Ketua Kolej Meatech, Che Rozaina Azizan; Pengerusi Putraforce, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Pengerusi Kolej Antarabangsa Inovatif, Datuk Prof. Emeritus Dr. Hashim Yaacob.

    Tidak ketinggalan Ketua Program Dubai Qatar, Shahawati Umar; Felo Meatech, Zarul Umbrella; Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, PU Amin serta PU Riz.- RELEVAN

    Previous Article318 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.