Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

    5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

    By Umi FatehahJanuary 20, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah. - GAMBAR HIASAN WES HICKS/UNSPLASH

    KITA menghabiskan sebahagian besar masa dalam kehidupan untuk membina kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan idaman. Namun, tidak semua pilihan dalam kehidupan itu betul. 

    Selepas beberapa tahun bekerja dalam pekerjaan yang diimpikan, mungkin ada segelintir daripada kita mula menyedari bahawa laluan kerjaya ini kurang bersesuaian atau membebankan.

    Selalunya dalam kes ini, kita akan memilih untuk bertahan dan meneruskan pekerjaan kerana takut tersilap membuat keputusan. 

    Sejujurnya, kita mempunyai hak untuk mengubah apa sahaja yang dirasakan tidak sesuai dalam kehidupan, termasuklah pekerjaan. 

    Menurut perkongsian Erica Lamberg di Reader’s Digest, berikut merupakan beberapa tanda-tanda bahawa anda berada di dalam laluan kerjaya yang salah.

    1. Anda mula memohon cuti sakit lebih kerap daripada sebelumnya

    Semua orang memerlukan hari cuti demi kestabilan kesihatan mental. Tetapi jika anda memohon cuti sakit atas sebab bosan bekerja, ini merupakan red flag bahawa pekerjaan ini kurang bersesuaian dengan minat. 

    “Jika mendapati diri anda ingin berada di mana-mana tempat lain selain pejabat, anda mungkin memerlukan percutian atau perubahan kerjaya,” kata seorang perekrut, pakar pengambilan pekerja dan penulis Cracking the Code to a Successful Interview, Evan Pellett. 

    Perasaan tidak berpuas hati di tempat kerja juga boleh menjejaskan kesihatan. Ia boleh menjadikan anda kurang produktif, kurang sihat dan sengsara secara umum, seperti yang dikongsikan dalam artikel bertajuk Are you unhappy at work? here’s why — and what to do about it.

    2. Mula mengabaikan beberapa skop kerja

    Menurut Pellet, bukan semua orang mampu menguasai setiap aspek pekerjaan. Tetapi, itu tidak bermakna anda boleh menyelesaikan tugas sambil lewa.

    Sebagai contoh, anda bekerja di bahagian penjualan dan pemasaran. Majikan dan pengurus menugaskan anda untuk menguruskan projek besar dan perlu membawa keuntungan besar kepada syarikat. Tetapi menurut Fellet, tidak semua orang menguasai skil keupayaan teknikal (technical ability), teratur dan teliti.

    “Mungkin tidak semua orang berfikiran berorientasikan jualan atau sanggup ‘memutarkan kebenaran’ semata-mata untuk mendapatkan keuntungan,” kata Pellet. 

    Katakanlah, anda kurang selesa untuk bersikap kurang jujur dalam pelaksanaan kerja semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. 

    “Jika anda terus berdiam diri dan abaikan sahaja perasaan kurang selesa dan turut apa sahaja yang diminta oleh majikan, ia mungkin akan mensabotaj pencapaian kerjaya kerana dilakukan secara paksa rela dan tidak bersungguh-sungguh.

    “Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan untuk tanyakan pada diri masing-masing sama ada adakah ini apa yang anda mahukan. 

    Kita semua mempunyai tugas yang kita tidak suka lakukan, tetapi mungkin kerja itu sebenarnya kurang bersesuaian dengan minat anda,” tambah Pellet.

    3. Orang sekeliling merasakan anda akan lebih berjaya dalam pekerjaan lain

    Maklum balas jenis ini boleh menjadi pujian atau petunjuk bahawa anda tidak berkembang maju dalam pekerjaan sekarang. 

    “Selalunya, orang sekeliling dapat melihat kemampuan yang kita ada lebih baik daripada anda menilai diri sendiri. Belajar untuk mendengar dan menerima maklum balas daripada orang yang positif dan menyokong anda untuk menjadi lebih baik,” ujar Pellet.

    Kemudian, nilai semula diri anda berdasarkan maklum balas yang diterima dan fikir-fikirkan apakah langkah dan keputusan yang perlu dilakukan untuk perkembangan kerjaya.

    4. Mental anda sangat letih

    Satu lagi tanda bahawa anda berada dalam laluan kerjaya yang kurang sesuai ialah apabila pulang ke rumah setiap hari dalam keadaan keletihan mental (mentally exhausted) dan mungkin berasa seperti anda tidak mencapai apa-apa.

    “Kadang-kadang, ini merupakan perkara biasa. Tetapi, apabila ia berlaku dengan semakin kerap, ini bermakna pekerjaan anda kini kurang bersesuaian. Kerja harian yang dilakukan sepatutnya membuatkan anda berasa seperti berada dalam zon yang selesa dan positif. 

    “Perasaan letih setelah seharian bekerja itu normal tetapi jika berterusan, fikir-fikirkan semula apa yang akan membuatkan anda berasa lebih positif ketika bekerja,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli strategi tempat kerja di Aligned at Work di Scottsdale, Arizona, Laurie Battaglia.

    5. Sudah bosan dengan pekerjaan kini

    Tanda anda memerlukan perubahan kerjaya adalah jika tiada peningkatan dalam kerjaya dan merasakan peluang perkembangan kerjaya itu samar-samar. 

    “Jika anda mula bosan dan kurang bersemangat, mungkin sudah tiba masanya untuk ubah laluan kerjaya. Kemajuan dalam kerjaya adalah penting untuk kejayaan dan jaminan masa hadapan.

    “Justeru, ambil inisiatif untuk lompat kerja atau bertukar bidang kerjaya yang lebih sesuai dengan minat dalam diri anda,” kata jurulatih eksekutif dan pengasas Strategize That yang berpangkalan di New York City, Lori Scherwin. – RELEVAN 

    featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.