Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

    63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

    By January 16, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KIRA-kira 63% kekayaan dunia dibolot golongan paling kaya, selebihnya dikongsi 99 peratus populasi dunia yang lain. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DALAM tempoh dua tahun sejak Disember 2019 hingga Disember 2021, AS$42 trilion (RM181.4 trilion) kekayaan baharu dicipta. Daripada jumlah itu, kira-kira 63 peratus dimiliki oleh golongan satu peratus paling kaya dalam dunia.

    Selebihnya, iaitu kira-kira AS$16 trilion (RM69.1 trilion) dimiliki 99 peratus populasi dunia yang lain.

    Ini merupakan statistik terbaharu yang diterbitkan Oxfam International pada 16 Januari melalui laporannya yang bertajuk Survival of the Richest.

    Statistik tersebut memberikan gambaran tentang jurang kekayaan dunia yang semakin melebar, terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19 melanda dunia.

    Malah, pada tahun ini, buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun, kekayaan ekstrem dan kemiskinan ekstrem meningkat dalam masa sama.

    Kaya melampau

    Menurut Oxfam, sejak 2020, seorang bilionair memperoleh kira-kira AS$1.7 juta (RM7.34 juta) untuk setiap AS$1 (RM4.32) kekayaan baharu yang dimiliki golongan 90 peratus termiskin.

    Kekayaan para bilionair juga meningkat AS$2.7 bilion (RM11.66 bilion) setiap hari. 

    Untuk konteks, kos membina Menara Merdeka 118 ialah AS$1.9 bilion (RM8.21 bilion). Anda boleh bina satu menara tersebut dan masih ada baki AS$800 juta (RM3.46 billion) untuk dibelanja setiap hari. Tak masuk akal.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 orang terkaya di Malaysia 2022

    Dalam masa yang sama, terdapat 1.7 bilion pekerja hidup dalam negara yang kadar inflasinya lebih tinggi berbanding kadar kenaikan gaji. Lebih 820 juta manusia pula sedang lapar kerana tak cukup pendapatan.

    Dunia sekarang berhadapan peningkatan jurang kekayaan yang terbesar dalam sejarah sejak Perang Dunia Kedua, menurut Bank Dunia.

    Negara-negara miskin membelanjakan empat kali ganda lebih untuk membayar hutang berbanding perbelanjaan kesihatan. 

    Tiga perempat negara dunia merancang perbelanjaan ikat perut, termasuk dalam sektor kesihatan dan pendidikan, menyasarkan penjimatan sebanyak AS$7.8 trilion (RM33.69 trilion) dalam tempoh lima tahun.

    Semua ini terjadi ketika individu superkaya dalam dunia terus bermandi wang, membina kekayaan yang tidak seimbang.

    Cukai sang kaya

    Sehubungan itu, Oxfam menyeru supaya manusia-manusia kaya tersebut dicukai lebih tinggi. Selama ini, terlalu banyak potongan cukai diberikan kepada golongan kaya sehingga dalam banyak negara, kadar cukai yang dibayar golongan miskin lebih tinggi berbanding sang kaya.

    “Antara individu terkaya dalam dunia, Elon Musk membayar ‘kadar cukai benar’ sebanyak kira-kira tiga peratus antara 2014 hingga 2018. 

    “Seorang vendor tepung di Uganda, Aber Christine, memperoleh AS$80 (RM345.52) sebulan dan membayar kadar cukai sebanyak 40 peratus,” kata Oxfam.

    Kata Oxfam, hanya 4 sen daripada setiap dolar cukai di seluruh dunia diambil daripada cukai terhadap orang kaya. Malah, separuh daripada bilionair dunia tinggal dalam negara tanpa cukai warisan untuk waris langsung.

    Dalam keadaan itu, mereka boleh mewariskan harta bertrilion dolar kepada waris tanpa perlu membayar apa-apa cukai.

    ARTIKEL BERKAITAN: Orang miskin paling terkesan kenaikan harga makanan

    Pendapatan orang kaya kebanyakannya datang dari pulangan terhadap aset dan ia dicukai pada kadar purata 18 peratus, kira-kira separuh berbanding purata kadar cukai tertinggi untuk upah dan gaji.

    Menurut laporan tersebut, dalam tempoh 40 tahun ini, kerajaan di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika telah memotong kadar cukai pendapatan untuk golongan kaya. Pada masa sama, mereka meningkatkan cukai barangan dan perkhidmatan yang lebih memberi kesan kepada golongan miskin serta melonjakkan ketidaksaksamaan jantina.

    “Tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, kadar cukai pendapatan untuk persekutuan Amerika Syarikat kekal pada tahap lebih 90 peratus dan berpurata pada 81 peratus sejak 1944 hingga 1981.

    “Tahap cukai yang sama juga wujud dalam negara-negara kaya yang lain dalam tempoh perkembangan ekonomi terbaik mereka dan memainkan peranan penting dalam mengembangkan akses kepada perkhidmatan awam seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya.

    Rapat jurang

    Menurut analisis oleh Fight Inequality Alliance, Institute for Policy Studies, Oxfam dan Patriotic Millionaires, cukai kekayaan tahunan sebanyak lima peratus kepada bilionair dan jutawan pukal (multi-millionaire) dunia boleh meraih AS$1.7 trilion (RM7.34 trilion) setahun.

    Ia mencukupi untuk membebaskan dua bilion manusia daripada kemiskinan, mendanai sepenuhnya kekurangan dalam rayuan kemanusiaan sedia ada dan merealisasikan rancangan 10 tahun untuk menamatkan kebuluran.

    Malah, kutipan cukai tersebut juga dapat menyokong negara-negara miskin yang terkesan akibat perubahan iklim dan memberikan penjagaan kesihatan serta perlindungan sosial kepada semua orang yang tinggal di negara-negara berpendapatan rendah serta sederhana.

    Oleh itu, Oxfam mencadangkan tiga polisi cukai yang boleh dijalankan kerajaan-kerajaan dunia, iaitu:

    • Memperkenalkan cukai kekayaan solidariti sekali kena dan cukai durian runtuh bagi menamatkan pencatutan krisis.
    • Meningkatkan cukai terhadap golongan kaya sebanyak satu peratus secara kekal, dengan kadar yang lebih tinggi untuk jutawan pukal dan bilionair. Kerajaan perlu meningkatkan kadar cukai keuntungan modal yang mempunyai kadar cukai lebih rendah berbanding pendapatan lain.
    • Mencukai golongan satu peratus paling kaya pada kadar yang cukup tinggi untuk mengurangkan jumlah dan kekayaan golongan tersebut secara signifikan serta mengagihkan semula kekayaan tersebut. Ini termasuk melaksanakan cukai warisan, harta dan tanah, selain cukai kekayaan bersih. – RELEVAN

    cukai featured jurang kekayaan kewangan

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.