Facebook Twitter
    Trending
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Masyarakat belum celik zakat, masih keliru dan kurang kesedaran

    Masyarakat belum celik zakat, masih keliru dan kurang kesedaran

    By Zubaidah IbrahimJanuary 12, 2023Updated:January 12, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENUNAIKAN zakat merupakan rukun Islam ketiga dan dalam al-Quran terdapat 27 ayat yang mana Allah S.W.T memerintahkan secara berkembar iaitu dirikan solat dan tunaikan zakat.

    SEBAGAI umat Islam, kita diwajibkan menunaikan zakat sekiranya harta, simpanan dan pendapatan itu memenuhi syarat yang ditetapkan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

    Menunaikan zakat merupakan rukun Islam ketiga dan dalam al-Quran terdapat 27 ayat yang mana Allah S.W.T memerintahkan secara berkembar iaitu dirikan solat dan tunaikan zakat.

    Menurut Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhd. Fikri Naim Harun, relevannya menunaikan zakat pada masa kini adalah bagi merapatkan jurang yang besar antara golongan miskin dengan kaya.

    MUHD. FIKRI NAIM

    “Zakat adalah instrumen yang menjadi solusi atau formula bagi membantu golongan memerlukan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Islam.

    “Dalam ayat al-Quran menyuruh kami sebagai amil mengambil 2.5 peratus (%) daripada mereka yang berharta untuk diberikan kepada mereka yang tidak berharta,” katanya kepada Relevan.

    Jelas Muhd. Fikri Naim, ada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Pertama ialah fakir. 

    Di Selangor, pendapatan isi rumah bawah RM1,367 sudah dikira fakir manakala pendapatan di antara RM 1,367 hingga RM 2,734 dikira sebagai miskin.

    Kedua adalah miskin, iaitu orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

    Pada masa ini, lebih 60,000 keluarga asnaf, fakir dan miskin telah menerima bantuan daripada LZS setiap bulan dari segi bantuan makanan, kewangan serta sewa rumah.

    Di samping itu, LZS juga memberi bantuan modal, kursus latihan dan pendidikan kepada anak-anak asnaf.

    Ketiga merupakan amil zakat, iaitu mereka yang menguruskan zakat dan mengagihkan zakat.

    Golongan keempat ialah muallaf, mereka yang baru sahaja memeluk islam dan akan diberikan bantuan seperti pendidikan, kewangan, modal perniagaan serta penempatan.

    Kelima, al-riqab iaitu merujuk kepada seseorang yang terbelenggu di bawah kuasa atau situasi yang menjadi halangan kepadanya menjalani kehidupan yang lebih baik. Misalnya mereka yang terjerumus dengan masalah sosial.

    “Keenam al-gharimin, iaitu orang yang berhutang.  Dalam konteks sekarang, hutang melibatkan kesihatan. Sebagai contoh, hutang dialisis dan LZS telah membelanjakan lebih RM50 juta setahun untuk kos perubatan,” ujar Muhd. Fikri Naim.

    Bagi golongan ketujuh pula ialah fisabilillah, mereka yang melakukan usaha atau aktiviti ke jalan Allah seperti pendidikan, membina masjid serta program penerapan nilai Islam.

    Manakala kelapan pula dikenali sebagai ibnu sabil iaitu musafir yang terhenti bekalannya di tengah-tengah jalan.

    Dalam konteks semasa, ibnu sabil adalah banduan di penjara. Apabila dipenjarakan mereka kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan lain.

    Oleh itu, pihak zakat akan memberi bantuan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan selepas tamat hukuman tersebut.

    Muhd. Fikri Naim memberitahu, selain memberikan manfaat kepada lapan golongan tersebut, zakat juga berfungsi untuk membersihkan harta, mengembangkan kitaran ekonomi masyarakat dan menyuburkan harta pembayar zakat serta dikurniakan limpahan pahala.

    “Pembayar zakat di Malaysia sangat beruntung kerana kerajaan memberikan keistimewaan kepada mereka dengan potongan rebat cukai.

    “Selain itu, zakat juga mendidik kita supaya tidak bakhil. Malah, orang yang membayar zakat akan merasai keajaiban iaitu rezekinya sentiasa cukup,” ujarnya.

    Muhd. Fikri Naim berkata, Selangor mempunyai asnaf paling ramai kerana negeri itu mempunyai penduduk paling tinggi.

    “Dianggarkan 1.47 juta penduduk Muslim di Selangor yang berusia 25 tahun ke atas yang mana secara lumrahnya sudah mempunyai pekerjaan.

    “Namun, mengikut rekod LZS hanya 400,000 yang membayar zakat manakala satu juta lagi tidak berbuat demikian, tetapi berkemungkinan mereka membayar di tempat lain,” tuturnya.

    Tambah beliau, kesedaran orang Islam terhadap pembayaran zakat masih rendah dan ramai lagi yang terkeliru dengan zakat fitrah.

    Sehubungan itu, pada tahun ini LZS memperkenalkan silibus khas pendidikan zakat yang diajar di sekolah rendah dan menengah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

    Mengulas lanjut mengenai syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu membayar zakat, Muhd. Fikri Naim memberitahu, mereka perlulah beragama Islam dan mempunyai harta milik sempurna (bukan hutang atau pinjaman) yang bernilai lebih RM20,978 setahun.

    “Bagi pengiraan zakat kita melihat kepada nisab (kadar/jumlah minimum harta diwajibkan zakat) dan di Selangor kita tetapkan RM20,978 setahun. Sekiranya pendapatan tahunan melebihi amaun tersebut maka, zakat 2.5 % perlu dibayar.

    “Kadar nisab ini ditetapkan berdasarkan 85gram harga emas (sumber harga emas di Bank Negara Malaysia). LZS mengemaskininya dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

    “Syarat keempat ialah cukup haul iaitu zakat perlu dibayar apabila cukup tempoh 12 bulan,” ulasnya lagi.

    Bagi syarat kelima wajib bayar zakat ialah mempunyai harta berkembang.

    Dalam usaha membantu dan menjelaskan kekeliruan orang mengenai pembayaran zakat, LZS telah membangunkan aplikasi ZakatSelangor untuk membuat pengiraan semua jenis zakat dan menyimpan data pembayaran zakat.

    Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pengiraan di laman web LZS dengan memasukkan data di bahagian kalkulator.- RELEVAN

    Previous ArticleMasa hadapan dan jangkaan gaji untuk pekerjaan dalam bidang kejuruteraan
    Next Article 9 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026
    Artikel Terkini

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.