Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » FKL 2022 tampil keindahan batik Malaysia, boleh cuba hasilkan sendiri produk kraf

    FKL 2022 tampil keindahan batik Malaysia, boleh cuba hasilkan sendiri produk kraf

    By Zubaidah IbrahimDecember 23, 2022Updated:December 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FESTIVAL Kraf Langkawi (FKL) 2022 mengangkat tema Ini Batik Malaysia bersempena ulang tahun pertama Hari Batik Malaysia.

    KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Festival Kraf Langkawi (FKL) 2022 di Kompleks Kraf Langkawi (KKL), Teluk Yu bermula 22 hingga 27 Disember.

    FKL 2022 yang berlangsung selama enam hari itu mula dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan mengetengahkan produk usahawan kraf khususnya dari negeri Utara.

    Menurut Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Muhamad Razib Saruddin, penganjuran FKL 2022 merupakan kali yang ke-13 dengan mengangkat tema Ini Batik Malaysia.

    MUHAMAD RAZIB

    “Kami memilih tema tersebut pada penganjuran FKL 2022 kerana bersempena dengan ulang tahun pertama Hari Batik Malaysia.

    “Setiap negara mempunyai keindahan batiknya yang tersendiri, begitu juga di Malaysia dan diharapkan FKL 2022 pada kali ini orang ramai dapat menambah pengetahuan mengenai batik tempatan serta keunikan produk-produk kraf yang lain,” katanya kepada Relevan.

    Tambah Muhamad Razib, antara objektif utama pengajuran FKL 2022 ialah untuk mempromosikan dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat serta pelancong yang berada di Pulau Langkawi.

    Pihaknya juga berharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap produk kraf Malaysia dan sekali gus, mempromosikan Kompleks Kraf Langkawi sebagai pusat lawatan kraf setempat.

    Jelas beliau, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti para pengunjung seperti jualan produk kraf, demonstrasi pembuatan kuih tradisional, pameran agensi-agensi kerajaan dan persembahan artis.

    Pengunjung juga dihidangkan dengan demonstrasi kraf pembuatan batik seperti batik canting, batik cetakan kreatif dan pewarnaan asli, pembuatan blok batik, batik blok cetakan tanah liat dan pameran kempen Ini Batik Malaysia.

    PENGUNJUNG berpeluang melihat demonstrasi pembuatan batik dan mencuba menghasilkannya sendri.

    Bukan itu sahaja, para pengunjung turut berpeluang mencuba sendiri membuat seni kraf menerusi segmen Interaktif kraf:

    • Batik cetakan kreatif (ecoprint)
    • Batik ikat dan celup
    • Mewarna batik
    • Mencanting dan mewarna batik
    • Mengecop batik
    • Aksesori keychain rotan
    • Aksesori anting-anting dan gelang tangan daripada wayar
    • Cenderamata bunga tisu
    • Cenderamata anyaman riben
    • OOTD baju pengantin
    • Paper Doll Fridge Magnet
    BATIK Malaysia mempunyai identiti dan keunikan tersendiri yang membezakannya dengan batik dari negara lain.

    Selain itu, aktiviti lain yang menjadi tarikan pengunjung adalah seperti berikut:

    • Pertandingan mewarna lukisan kanak-kanak (motif batik)
    • Pertandingan peragaan fesyen kanak-kanak (tema batik Malaysia)
    • Pertandingan karaoke irama Malaysia
    • Pertandingan masakan jaguh kampung
    • Pertandingan swafoto @ FKL
    • Kuiz Eksplorasi Muzium dan Galeri@KKL
    • Permainan tradisional
    • Pameran parang dan Keris
    • Cabutan bertuah

    MOTAC dan Kraftangan Malaysia berharap penganjuran program sebegini dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat Malaysia membudayakan penggunaan produk kraf tempatan sebagai satu gaya hidup.

    Usahawan-usahawan kraf juga diharap terus menghasilkan produk-produk berkualiti untuk ditawarkan kepada pelancong di dalam dan luar negara.- RELEVAN

    Previous ArticleUiTM anjur konvensyen pelajar kewartawanan pertama di Malaysia
    Next Article Ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum campur tangan British

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.